Tuesday, June 2, 2015

Buffet Ramadhan 2015 Di IMPIANA Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,

Entry ini adalah entry untuk buffet Ramadhan 2015 yang keempat. Ermm slow dan steady je menaip ni kan, walaupun dah ada 10 tempat yang aku pi review ni. 

So sabarrrrr ye…


Specialnya pada tahun ini Tonka Bean Cafe menampilkan kelainan di mana setiap tetamu yang buka puasa di sini akan di hidangkan dengan secawan airZam Zam yang di bawa dari Mekah. 


Selain itu juga segala menu yang ada di sini menggunakan bahan2 makanan Sunnah Rasullullah iaitu seperti Buah Delima, Buah Zaitun, Madu Lebah, Buah Tiin dan Buah Kurma. Jadi selain berpuasa korang juga akan dapat kebaikan makanan Sunnah Rasullullah bestkan.








Kalau korang nak tahu antara menu yang selalu ada di cafe ini adalah seperti Sup Gear Box, Roasted Whole Lamb dan juga Briyani Gam. Semua ini boleh di nikmati dengan makanan lauk pauk yang pelbagai seperti Ayam Goreng, Daging Masak Sambal, Rendang Daging, Udang Masak Butter, Sambal Sotong dan banyak lagi. 



Tapi special tahun ini pihak cafe telah menambah lagi perisa untuk aiskrim mewah Baskin Robbins bagi semua tetamu yang berbuka puasa di sini. 



Seperti mana tahu2 sebelum ini juga ada di sediakan gerai buah-buahan untuk anda nikmati buah-buahan tempatan. Paling special ada mesti buah Durian kerana tahun ini bulan puasa jatuh pada bulan Durian jadi menurut kata chef di sni mereka akan dapatkan buah Durian jenis Musang King, Udang Merah dan macam2 lagi. Tapi gerai ni di sediakan di luar cafe untuk penggemar raja buah tersebut ok.

















Sedap kan semuanya…

Untuk buffet ‘IFTAR RAMADAN ni, ianya bermula dari 18hb June 2015 hingga 17hb Julai 2015.


Harga buffet ramadhan di Tonka Bean ni adalah

RM148nett untuk dewasa

RM74nett untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

Untuk 3 hari pertama dan 3 hari terakhir Ramadhan, pihak Impiana menawarkan RM128nett seorang dan buffet bermula dari 6.30 petang hingga 10.00 malam

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2147 1111 ext 3034, 3320 atau 3035.

Kelainan tahun ini juga mereka menampilkan persembahan Ghazal yang akan memainkan Gendang dan Gambus semasa tetamu berbuka puasa. Jadi tahu ini tak bosan sangat makan sambil di hidangkan halwa telinga untuk berhibur secara sederhana. Tahun ini juga mereka menyediakan private dinning di Cedar on 15. Ini adalah exclusive restoran yang perlu di booking minima untuk 50 orang bagi majlis koporat yang mahu membuat majlis berbuka puasa.


Jom kita ke

Tonka Bean Cafe
Impiana KLCC Hotel
13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 60 3 2147 1111 Ext. 3315

Website: www.impiana.com

Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau. 

6 comments :

Wak Lat said...

salam. hee gmbr makanan menggoda, harga pon boleh tahann., ;p

sitirohaida said...

makanan semua laZat2 belaka...BR tu yang nampak lagi best...

Hanim said...

Perghhh tak menahan tengok makanan tu semua ... tapi yang paling best eskrem tu la. Ni kalau dapat kat anak-anak ni, konfim tak makan nasi dah hehe

Sherry said...

wah sedapnya!

hazman fadzil said...

Satu-satunya hotel yang ada aiskrim paling best.... dan ruang tempat makan yang selesa ... penggemar durian pun pasti suka dengan bufet durian diorang kan....

Yanieyusuf.com said...

sedapppnya.. siap ada Baskin Robbins dan duriannnnn...gler durian....wahhhh nyum nyum