Hi Korang,
Dulu Seremban Prima Mall ni dikenali dengan nama Seremban Parade dan aku selalu lalu lalang kat sini sebab shortcut ikut LEKAS Highway dari Bangi kan. Tak terlintas langsung pun nak singgah, maybe aku assume alah semua shopping mall sama je kan.
Sabtu lepas, atas ajakan blogger RUBY.MY sendiri dan sempena ulangtahun pertama mall ni aku pun ikutlah ke Seremban Prima Mall.
Pepagi dah sampai so senang sket, parking bukan main banyak lagi. Aku park betul-betul depan main entrance of courselah seronokkan tak yah nak jalan jauh. Selain Ruby, Kelly Chin, Marini dan blogger travel Tatie pun ada sekali.
Seremban Prima Mall ni tak de besar sangat dan takdelah kecil mana pun tapi transformasinya sangat-sangat menarik iaitu ilham daripada Lion Seremban Parade Sdn Bhd. Memacam yang diorang dah ubah daripada tingkat bawah hinggalah ke tingkat empat. Ada pelbagai jenis kedai / outlet yang telah pun beroperasi iaitu Old Town White Coffee Cafe, Ayam Penyet Best, Mr Teppanyaki, kedai kain Tewah, Parkson, Timberland, Mr.DIY dan pelbagai lagi. Bukan main panjang listnya tau.
Encik Andy Chan
Majlis sambutan ulangtahun yang pertama ini turut dihadiri oleh Yang Bahagia Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Abdul Latif DPTS, ANS, PMC, PJK Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban dan juga Pengurus Lion Seremban Parade Encik Andy Chan.
Meriah sangatlah wei siap ada persembahan daripada kumpulan penari street-dance popular Rejuvenate Dance Crew. Hah rasa cam nak terbang-terbang bila tengok diaorang ni perform.
Kemudian ada plak tarian 1 Malaysia daripada anak-anak kecil yang berbilang kaum di Seremban ni, comel-comel belaka memasing ni.
Ok its time to explore apa yang ada di dalam Seremban Prima Mall ni ek
Sebelum tu kita makan dulu.
Kitaorang di bawa ke Prima Selera FoorCourt di tingkat bawah mall ni. Ada pelbagai pilihan menu makanan yang ada sampai aku sendiri pun tak tau nak makan yang mana kan.
muka orang lapooooo
Marini punye
Tatie punye
Cik Lily Putih punye, seperiuk makan ek
Kelly & Ruby punye, siap ada tomyam lagi tau
Sudahnya aku pilih Sizzling Chicken Rice Special Claypot. Hah ko berasap-asap masa pi ambil makanan tuh. Kemudiannya ktorang dapat mencuba ice-blended special daripada kiosk Smoothlings.
Betul-betul depan foodcourt ni.
Smoothlings menyediakan simple yang macam ala-ala ‘on the go’ gituh. Selain daripada fruits ice-blended, ada juga makanan waffle stick dan popcorn. Semua kitaorang rasa tau. Lepas makan, rehat kejap sambil borak-borak kan.
Jom kita melawat beberapa kedai/outlet yang aku rasa menarik dan unik untuk di kunjungi ek.
1. B.O.S
B.O.S ni merupakan kedai yang menjual pakaian untuk mereka yang bersaiz besar. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Semuanya diimport dari luar negara kat pengurus kedai ni.
Ktorang pun tengok sendiri baju dan seluar yang bersaiz besar ni. Rupanya ada jugak orang lain besar saiznya daripada aku kan hehehehe consider aku ni kecil molek la kan. Harga amat berpatutan aku rasa. Ada baju perempuan tu aku tengok hanya RM10 sahaja sehelai tapi aku tak sempat nak beli coz nak cepat kan.
Ktorang pun tengok sendiri baju dan seluar yang bersaiz besar ni. Rupanya ada jugak orang lain besar saiznya daripada aku kan hehehehe consider aku ni kecil molek la kan. Harga amat berpatutan aku rasa. Ada baju perempuan tu aku tengok hanya RM10 sahaja sehelai tapi aku tak sempat nak beli coz nak cepat kan.
2. Escape Room
Perut dah kenyang so its time untuk bakar lemak. Aku dah lah pertama kali nak cuba bermain dalam Escape Room ni. Hehehe.. Kitaorang pilih permainan menguji minda bertemakan ‘Fire Fighter’ sebab tema yang lelain tuh menakutkan, aku kan penakut so better elakkan permainan sakit jantung ni kan.
cik lily putih jadi bomba siot hahahha
memang fail kimia aku la huhuhu
Rupanya ‘Fire Fighter’ ni betul-betul menguji minda sangat, orang yang pandai kimia boleh lah main game ni. Kitaorang ni terkial-kial nak jawab semua soalan sampai ada orang mati dalam tempat tau. Kesudahannya kitaorang kecundang so LOSER....
3. Galaxy K Box
Setelah penat berhempas pulas dalam bilik terbakar tadi, kitaorang dapat merehatkan diri Galaxy K Box. Kata je merehatkan diri tapi tangan kemain kuat pegang mikrofon dengan nyanyi sekuat hati kan. Setiap bilik di dalam Galaxy K Box ni mempunyai tema yang tersendiri.
Diorang hiaskan bilik-bilik ni dengan tema-tema menarik seperti tema dari filem, kelab bolasepak, deco unik dan pelbagai lagi. Kira cam menambahkan mood lagi kita nak menyanyi kan. Sekarang ada promosi lagi iaitu nyanyi 3 jam dapat 1 jam PERCUMA. Yang kali melalak tuh, bolehlah datang ke mari. Untung banyak tuh, boleh nyanyi banyak lagu kan. Lagu-lagu semuanya up to date wokeh.
4. Sierra Tango
Ini merupakan kedai penjual segala kelengkapan peralatan askar dari kepala hingga ke kaki. Beg dan t-shirt bercorak askar turut di jual jugak. Beg dan boots askar pun ada jugak lah.
jom lawan, kita tengok sapa menang kan!!
yeah, saya berjaya hahahahaha
Tengok budak berdua ni, jadi model askar kejap. Hahahha kitaorang tergelak-gelak masa diorang ni bergambar berdua tau.
5. La Roasteria Coffee
Penat berjalan, kitaorang berehat untuk hitea pulak. Tapi tak order teh pun coz semuanya order kopi. Memang dasar hantu kopi. La Roasteria Coffee ni menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang kita boleh nikmati tak kira waktu pun.
Serbar sedikit menu hidangan hi tea ktorang
6. 6D Motion Ride
Ni best gak tau. Permainan ni ala-ala roller coaster tapi bertema dan 6D pulak tuh. Macam Marini dengan Kelly naik ni bertemakan seram harus terperanjat kan, siap angkat kaki lagi. Selain daripada screen 3D, kita boleh rasa angin, air dan bunyi-bunyi selaki so kira seram gituh lah.
Aku tak naik sebab apa, aku kan penakutttttt hahahahahha
7. Harold’s Bread
Kedai roti dan bakery Harold’s Bread ni aku rasa unik sebab roti-rotinya nampak sedap tak sama macam bakery lain. Lagi pulak, korang boleh chill lepak kat situ makan sandwich dan minum kopi.
Kitaorang dah tak larat nak makan lagi huhuhu, perut penuh so ambil gambar roti gebu je.
Itulah dia beberapa kedai / outlet yang sempat ktorang singgah. Kalau ikut betul-betul mau tidur baring dalam mall ni kan. Belum singgah main bowling lagi dan jalan-jalan shopping kat dalam Parkson kan, dah lah hari yang kitorang pi tuh ada sale hauhauhauahue..
Terima kasih kepada team Seremban Prima Mall kerana sudi mengajak kitaorang dan juga melayan segala kerenah kitaorang semasa media tour hari tuh, memang betul-betul memberi pengalaman baru.
Korang pun kalau ada masa weekend tak tau nak buat apa, bolehlah datang ke Seremban Prima Mall ni, segalanya ada di sini, baik makan, shopping, berlibur ermm lengkap la kan..
6 comments :
menariknya escape room tu..blh bg cadangan kt husband.escape from the kids kejap..hehee
Perghh....best giler arghh...sehari suntuk lepak kat seremban prima nie...tempat makan pun nampak best...cuma takde bowling atau pawagam yek kat sini ?
bestnya shopping mall ni.....
ada bowling kat atas but wayangg takde
Walaupon pos ni dah lame...terus rase nak gi situ esok hehe
Nak tnye la dkt mna ye nie..hihihi
Post a Comment