Hi Korang,
Rasanya baru bulan lepas SPOTLIGHT ni bukak kat IPC Mutiara Damansara kan, sekarang ni dah bukak pulak di MINES. Kira hebat jugaklah kedai dari Australia ni ek.
Sangat-sangat VIRAL wokeh!!
Aku berkesempatan ke Spotlight outlet Mines ni. Of courselah sebelum grand opening day ktorang media dapat masuk dulu, meninjau apa yang ada di outlet terbaru ni.
Masa aku naik tingkat 4 tuh, tengok dari jauh macam kecik je storenya. Alah Cuma 2 pintu je, cam ne lah nak sumbat barang-barang diorang yang awesome ni kan. Hah amik ko sekali masuk, bukan main besar lagi. Rupanya store ni panjang je belakang, tup-tup rasa sayu je berjalan ke dalam ek.
Apa lagi, moh intai 6 kategori segmen barangan yang ada dijual di SPOTLIGHT!
"Home Gods & Goddesses"
Segalanya mudah semuanya ada. Daripada sarung tilam/bantal, linen, tuala dan aksesori serta peralatan dapur serta langsir "ready-made" serta "custom-made" ada ditawarkan. Jenama terkemuka seperti "Brampton House","Logan & Mason", "KOO", "Fackelmann", "MIXE", "Living Space" dan banyak lagi boleh korang dapatkan di sini.
"For Astute Home Decorators"
Terdapat pelbagai barangan deko yang unik dan menarik di sini. Ada karpet, bantal hiasan, jam dinding yang cantik-cantik, pasu, lilin, "wall art" dan banyak lagi.. Penin arrr
"Party Organizers"
So, kalau nak cari barangan ntuk majlis keraian seperti sambutan hari jadi, hari terbuka dan sebagainya. Di SPOTLIGHT macam-macam ada. Paling tertarik dengan parti costume!!! Dari saiz kanak-kanak sehingga orang dewasa ada juga dijual di sini.
"For Avid Dressmakers"
Jika dilihat pada sejarah 41 tahun dahulu ianya bermula dengan kiosk fabrik di Pasar Queen Victoria yang popular di Melbourne, dan kini SPOTLIGHT begitu gah sebagai "supplier" jahitan di Australia, New Zealand dan Asia. Ini termasuklah fabrik, barangan "knitting", "quilting" dan alatan menjahit. Fabrik juga ada pelbagai jenis, semuanya mengikut citarasa dan budget pelanggan
"For Passionate Hobbyists & DIY Enthusiasts"
Alatan untuk membuat kraf, "DIY" - semuanya mudah dan boleh didapati di sini. Nak buat kad ucapan, anak patung, rantai manik dan macam-macam lagi.
Memang banyak barangan baru kat sini. Kan aku dah pi another 2 outlet di IPC dan Ampang Point so taulah barang-barang mereka ni. Fabriknya yang makin lama makin cantik aku pandang, ada ruangan special untuk curtain, tempat craft yang lebih besar dan barangan dapur yang banyak sekali.
Kira outletnya sesuai sekali untuk orang-orang area Sri Kembangan, Cheras, Kajang, Puchong gak kan datang ke mari
Untuk info lanjut mengenai Spotlight @ The Mines Shopping Centre, please visit Spotlight Malaysia
Website:
Facebook:
5 comments :
ok belon tu kalau ash nampak mesti nak... ha ha ha...
kalau ada kat jb ni kan lagi best...
memang berjam2 dok sini la jawabnya :)
Nice... dengan harga yang berpatutan - pilihan pun banyak , kena cari hari cuti / minggu baru puas datang shopping sini kan....
sekali pandang mcm kedai DIY yang meriah
Post a Comment