Thursday, April 23, 2015

Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan – Step By Step

Hi Korang,


Tujuan saya menulis entry ini adalah untuk memberi maklumat mengenai cara tukar hak millik kenderaan. Ewah poyo benau ayat dalam bahasa melayu baku ek.

ini bukan kereta atuk aku ek. ini tutu kat Jakarta tuh

Kebetulan kereta atuk aku tuh tak de sapa yang nak jaga kan, yang pakai ramai. Usung sana sini tapi nak buat proses tukar nama ni semua malas, jadinya ayah aku suruh aku buat lah. Time aku dah plan baik untuk buat pemeriksaan tukar milik ni time tu gaklah demam kan. Tak perlah sakit-sakit pun pegi gaklah coz appointment dah buat.

Ok ni aku nak tekan kan sekali lagi ek, ini ada proses untuk cara menukar hakmilik kenderaan persendirian / individu yang keretanya dah habis bayar hutang dengan bank. 

Ada 3 tempat utama yang korang kena pergi iaitu 
Puspakom 
Tempat Insurance Kereta 
JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)

Seboleh-boleh tempat-tempat ni dekat dengan korang atau pendek kata ikut alamat no plate kereta korang. Sebab no plate kereta drift atuk aku tu Melaka so baik segalanya buat kat Melaka. Bukan apa untuk tak kena banyak soal dengan JPJ nanti. 

Itu je, kalau tak boleh ikutlah kat mana yang senang korang. Aku tulis dalam point form ek supaya korang senang paham.


Langkah 1 - Pergi ke PUSPAKOM

1. Tolong buat booking by phone. Kalau tak de booking memang orang Puspakom tak kasi masuk at all. Sebab kereta memang banyak nak buat pemeriksaan. Dah set appointment, baru pi kan.

2. Sebelum masuk kat line, tolong double confirm line kereta no berapa dan time pukul berape. Sebab bila dah masuk line tak leh keluar lagi.


3. Nanti akak kaunter kasi form. Isilah apa yang patut details mengenai kereta tuh.

4. Bayar RM30 nanti dapat slip, selit kat wiper kereta. So time nilah orang Puspakom mula kerja. Check sana, check sini, check tinted, check no. enjin, no chasis. Kita diarahkan duduk kat tempat yang di sediakan tapi kita boleh tengok process checking tu di lakukan.


5. Nanti orang Puspakom serahkan kunci dan suruh kita park kat tempat yang di sediakan. Maknanya kereta kita lulus exam.

6. Pi kat bilik menunggu untuk tunggu report keluar. Report valid untuk 1 bulan je tau.


Info Penting

Masa menunggu = 1 jam proses semua sekali (kalau kereta cun, tak de problem)

Tak yah bawa owner kereta pun tak per, jadi ada wakil dan dengar je arahan orang Puspakom tuh sebab dia yang tentukan samada kereta kita lulus ke tidak.

Dokumen kena bawa = geran kereta (perakuan pendaftaran),duit RM32 (termasuk GST), photostate IC owner lama (in case)


Langkah 2 – Pergi Ke Syarikat Insurance

Apa-apa pun mesti kena tukar nama kat insurance kereta tu ek. Sebab kereta lama so pakailah 3rd party insurance. 

1. Pi syarikat insurance, ni tak yah appointment pun tak per.

2. Kena bawa owner lama sebab nak sign-sign document kan. 

3. Borang semua ada kat kaunter so bawah pen je sudah.

4. Tolong bawa geran kereta, report Puspakom, dah duit untuk insurance tu ek. Itu bergantung pada value kereta dan berapa yang korang nak sum insured kan


Info Penting

Masa menunggu = 30 minit prosesnya bergantung pada ramai orang ke tak

Dokumen kena bawa = Sila bawa duit lebih coz diorang tak service debit card / credit card ye


Langkah 3 – Pergi ke JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)

1. Kalau rajin, print borang kat website JPJ tu. Klik kat column transfer of ownership nanti keluarlah segala mak neka jenis borang. Ada 2-3 borang kena print. Tapi kalau malas tak per, JPJ kan hado.

2. Masuk je kat tempat ambil no tu, orang JPJ tu akan tanya nak buat apa. Bila explain dia kasi borang, korang kena fill up dulu then baru dia bagi nombor ek. Sebab tu aku print siap-siap dan isi sekali, terus dapat nombor. Tak delah terhegeh-hegeh menonggeng isi borang kan. 

3. Dapat nombor terus pi kat kaunter yang di arahkan dan tunggu no dipanggil.

4. Lengkap segala details siap dah.


Info Penting

Masa menunggu = 30 minit bergantung ramai orang ke tak

Sila bawa owner lama sebab nak tandatangan depan mata kakak JPJ tuh. Macam atuk aku kan tak boleh jalan, dia suruh naik kerusi roda dan tunggu kat customer service kaunter. Dalam tu ada mesin biometric untuk amik cap jari. Kalau cari tak boleh baca barulah dia akan amik chop jari. 

Dokumen kena bawa = geran kereta, report Puspakom, insurance terbaru, photostate IC owner lama dan baru, duit RM100 untuk proses, borang yang dah siap di isi tadi.

Itulah dia citernya.

Nampak macam senang kan tapi hasslenya Allah sahaja yang tau. Nasib baik ayah aku ikut sekali bawak atuk aku kalau tak rasanya cam nak nangis jugak masa kat JPJ tuh. Naik turun naik turun office di sebabkan chop jari tangan tuh. Ayah aku cuma uruskan atuk aku je yang lelain semua aku buat sendiri. 

Anyway tak sampai 1 hari pun untuk settlekan semua ni, lebih kurang sebelum kul 2.30petang dah siap semuanya. Cuma buang masa kat atas jalan raya la sebab dari satu tempat ke tempat lain tuh jauh sket dan menunggu tu yang lama. 

Apa-apa pun dah settle semua kerja-kerja proses tukar nama kereta ni.

Kalau tukar nama kereta bagi orang yang dah meninggal memang sangat leceh sebab involve lawyer bagai, so aku nak ingatkan kalau orang tua kita yang dah tak berapa kuat nak drive lagi eloklah ditukar nama bukan apa, takut-takut nanti time nak renew roadtax/insurance dan owner dah meninggal kan lagi payah tuh. Bukan tamak harta ek!!

Hopefully info ini dapat membantu korang ye

Kalau ada soalan boleh tanya aku kat ruangan komen tuh, aku sedia menjawablah yang mana aku tau.

some pics : credit google.com

Cik Lily Terfikir : Susah sekarang tak per daripada susah kemudian kan

41 comments :

Hero Borneo said...

sungguh menarik dan detail..tapi kereta tu milik sapa lepas ini..milik cik lily ye?

Yana Yassin said...

Yer lah , macam kete arwah ayah dulu nak tukar nama susah kemain . Nasib Adik yang uruskan . Kalau x , pening jugak .

peace289 said...

ohooo.. begini rupenye prosesnye.. hassle jugak ek.. tp kalau dah taw step2 pe yang perlu dibawa dan dibuat memudahkan jugak la.. Thanks 4 sharing cik lily...

BTW.. jemput join contest senang gile ni..hihi
http://peace289.blogspot.com/2015/04/contest-teka-apakah-dalam-genggaman.html

mama hantek said...

nasihat bagus ni, tak terfikir pula hal renew roadtax tu kalau owner asal dah meninggal huhu

Unknown said...

kalau owner dia dah meninggal mcm mana plak

hannem said...

Salam..nak tanya..yg kt tpt insurans tu..kena bayar bape..ratus ke ribu ke

Unknown said...

Klau owner x de

Unknown said...

Kalu owner x de

RL said...

Kalau kete lama nak jual kepada owner baru makanya owner baru kene hadir masa buat insurance dan jpj (tukar nama pada geran)kan ?

Unknown said...

assaLam...Lau owner dia ada kat Luar negeri...macamana eh?

grease munkey said...

Kene bicara kuasa gi pejabat pusaka kecil amik borang dptkn persetujuan waris

Unknown said...

Nk tnya klu nk tukar nme bila kereta da abes byr,, nk kne bg lesen knderaan skali ke???

adnan said...

Terima kasih banyak2 Cik Lily. Cerita yang sangat menarik dan info yang sangat berguna.

BooM BoX Beat said...

Assalamualaikum..
Admin tumpang post..

Kalau nak senang, kami ada provide runner puspakom / jpj untuk anda!
Renew road tax pun COD Shah Alam, Klang, Subang, PJ, Puchong, Puncak Alam, Kuala Selangor / KL
Ada apa2 pertanyaan yg lebih lanjut jangan segan silu terus mesej Irfan 013-4641350 (Zada Associates)

atau

tgk link ni ( http://www.mudah.my/vi/42653862.htm )

LES DEUX GARCONS®™ said...

Terima kasih bebanyak cik Lily, sangat sangat membantu .. kalau takde info di atas nie, mungkin kita tertipu by owner kereta @ si penjual kereta persendirian sebab sekarang ni banyak dah kereta Singapore yang bergeran "pemilik singapore" tapi tidak boleh ditukarkan nama kereta tu.

ada gak sesetengah penjual nak menipu, dia cakap, "Lepas saya awak bayar saya, saya akan bagi kat awak ; kereta, geran, sijil puspakom (tipu punya), dan semua borang jpj yang dah di isi, awak bawa semua ni dan buat proses tukar nama tu sendiri di JPJ, kalau perlu sy akan hadir" ... so kena kencing la tuh, kat JPJ, kantoi .. lepas serah duit, penjual tu hilang, no phone dah tak aktif hehe :)

thanks cik Lily!

MizzAyu said...

I ada dua soalan.
1) utk dpt cop tuntutan hak milik dibatalkan tu boleh buat kt JPJ jer kan?

2) Time nk tukar nama ni kena bwk kereta yg nk di tukar nama tu tak? I mean JPJ nk tgk lgi sekali ker slps puspakom kuar kn report?

Cik Lily Putih said...

Mizz Ayu
1. yup betul tuh
2. kena bawak kete jugak sebab ikut mood JPJ, kekadang dia nak tgk rupa kereta tuh

Cik Lily Putih said...

@RL
ye betul tuh. better bawak owner baru. at least dia tau pasal process ni kang kata kite tipu plak kan

Cik Lily Putih said...

@Harris Haria
kalau owner dah meninggal, sila bawak surat sijil kematian sekali

Cik Lily Putih said...

@hannem
ikut value kereta tuh dan jugak kadar semasa kereta

Cik Lily Putih said...

@bshow Choatic
dapatkan surat pengesahan daripada owner

Cik Lily Putih said...

@marsz hafiz
of courselah, penting tu kan

seputum said...

Nak buat insurance pemilik baru kena bawak owner lama jugak ke? Or masa kt jpj ja..

Unknown said...

Salam...sy nk tkar nma krta tp pnjual da mningal cmne?

BooM BoX Beat said...

Nak buat insurans tak payah bawak owner lama dan xperlu ke JPJ pun..

Kalau anda ada sebarang pertanyaan berkenaan urusan2 JPJ / Puspakom, anda boleh menghubungi saya, Irfan 013 464 1350 (ZADA Associates)

refer kat link ini ( http://www.mudah.my/vi/42653862.htm )

Unknown said...

sya nak tanye sikit cik lily... kalau kereta belum habis bayar lagi... nak tukar nama dan loan kereta tu sekali... macam mana ya? sama jugak k proses mcm cik lily bagitau tu

Unknown said...

nak tanye sikit... macam mana law nak tukar nama kereta yg masih ada loan dengan bank... ?

Anonymous said...

salam.. info yg brguna.. nk tnya dn mntk pndangan bro. Aku beli kreta kt pahang (no plate phg) kmudian bwa ke sabah, wktu nk urus/hidupkn roadtax kt jpj sabah tu, dia ckp kena pi check kreta tu kt puspakom dulu sbb dia ckp mmg bgitu prosedurnya.. punya la aku malas.. kmudian ada mmber ckp, urus roadtax kt pjbt pos je (insuran dh seatle).. dn mmg btul, pjbt pos tak byk tnya trus print roadtax tu.. dn skrg 8 thun brlalu, aku nk tukar pemilikn kreta tu.. dsbbkn bro ckp lbh baik urus d negeri ikut no plate, adakh proses ini akn jd mslh klu aku urus jgk kt sabah. lbh2 lg masa bwk pi sbh dulu tu aku tak pi puspakom pn.. hihi.. mnta pndpt bro.. tq

Anonymous said...

kalo ms beli keta,salesman salah letak nama kt geran dan kita nk tukar nama balik boleh ke?isunya mcm ni...sepatutnya kereta atas nama isteri,loan atas nama suami..tup2 ms nk amik keta,tgk pd geran nama suami..mintak salesman tu perbetulkan balik kesilapan tersebut mmg x la..mcm2 alasan yg dia bg...cmne erk nk setel..

Anonymous said...

Klu x habis byr lagi xleh tukar nama ke?

Anonymous said...

Klu kereta x habis bayar lg x blh tukar nama ke?

Unknown said...

Salam sy nk tuka nm owner dh lost cantact mcm mne erk??

Unknown said...

Sy nk tka nma tp dh lost cntact ngan owner.. tp detail owner ic copy suma sy ad.
Mcm mne erk?

lala said...

Salam, kalau owner di luar negara, kena dapatkan surat pengesahan kan? Ada format tak untuk surat pengesahan tu

abgeman@gmail.com
Whatsapp 019-8296835

Amin said...

Slm bro nk tumpang tanya motorsikal dh mati roadtax 6 bln boleh ke tukar nama pd pemilik baru. Perlu ke ke PUSPAKOM. Dan peoses JPJ nk buat mcmna.Tq.

Unknown said...

Salam admin...saya baru lepas loan...kereta dah 2minggu saya tnggu tak siap lagi..puspakom dah siap buat..cuma tinggal tukar name je blum..saleman kedai tu ckp ada masalah dgn bank..die ckp geran tu blum di batalkn lagi dari bank..blh bagi penerangan tak admin saya kurang fhm

Unknown said...

Slm,sy pun nk tnye,cmne nk tukar nama kereta,sekiranya owner asal tak blh nk contact?geran keretanya dh ada tapi owner asal x dpt dikesan?

Nur hidayah ghazal said...

Ymcm mne nk tukar nme kalo xde lesen?

Nur hidayah ghazal said...

Mcm mne nk tukar nme geran kalo xde lesen moto

Unknown said...

Nak Tanya. Kalau tukar nama pemilik ayah kepada anak, insurance tu boleh sambung ke? Atau kena ambik insurance baru

Unknown said...

Cik lily..next time sebarang urisan jpj puspakom kan boleh direct ke NOVY ZEEZEE