Thursday, April 16, 2015

Buffet Minum Petang Hari Ibu 2015 Di Hotel Puri Pujangga, UKM.

Hi Korang,


Seriously aku tak tau pun tentang kewujudan hotel comel lagi cantik di dalam kawasan tenang dan aman di UKM Bangi ni.


Kali pertama masuk ke sini last week, siap guna waze lagi ek. Memang tahap jakun level 5, malu rasanya masa one of officer tu tanya pernah sampai ke mari ke tak. Rasa nak sumbat muka aku dalam beg Coach Poppy aku ni ek hehehehehhe sengal kan.


Not bad jugak Hotel Puri Pujangga ni, sesuai dengan lokasinya dalam kawasan UKM so majoriti para tetamu adalah pengawai-pegawai di dalam UKM ini sendiri. Alah orang luar pun boleh la jugak menginap di sini, kena tiba musim convo mau fullhouse bilik-bilik di hotel ni kan.

So sempena Sambutan Hari Ibu 2015 yang bakal tiba dalam bulan Mei nanti, pihak Hotel Puri Pujangga akan menyediakan buffet minum petang bagi menyambut hari yang berbahagia ni. 

Di antara menu yang menjadi hidangan hari istimewa ni adalah

MOTHER’S DAY HI-TEA 2015 MENU

APPERTIZER
4 types of Green Lettuces
Caesar Dressing with Condiments





MALAYSIAN SPECIALTIES
Pecal Kampung dengan Kuah Kacang
Kerabu Kobis dengan Udang Kering
Thai Somtam Salad
Acar Jelatah
Papadom

Make Your Own Sandwiches Station
3 Types of Filling (Tuna, Egg and Chicken Floss)
3 Types of Bread (White , Wholemeal and French)
Onion, Tomato and Cucumber
Mayonaisse, Thousand Island and Butter

SOUP
Cream of Mushrooms Soup with Garlic Toast






MAIN DISH
Honey Chicken with Lemon
Daging Briyani ala Mamak
Vegetable Dhalca Curry
Pajeri Nenas
Kashmiri Briyani Rice
Steamed Jasmine White Rice

KIDS CORNER
Chinese Fried Rice with Scallions
Mini Burger Malaysia
Chicken Nugget with Ramoulade
Fish Finger with Tartar
Sausage with Barbeque Sauce

NOODLES COUNTER
Mee Rebus Johor and Mee Hoon Soup with Condiments
bawang goreng, daun bawang, daun sup, tauhu, telur rebus, cili jeruk,
cili kicap, ayam carik, sawi, taugeh







DESSERT
Assorted Slices Cakes
Assorted Jelly and Pudding
Warmed Bubur Pulut Hitam
Assorment of Malay Kuih
Infused Chcolate Bread Butter Pudding with Vanilla Sauce
Tropical Sliced Fruits
Chocolate Fountain with Marshmallow and Fruits
6 flavours of Ice Cream with Condiments

Selain daripada makanan yang enak-enak belaka, para ibu akan dimanjakan dengan urutan tangan dan bahu oleh La Facia Beauty Queen Spa & Hair Salon. Bagi merakamkan saat indah di hari yang istimewa tersebut, satu sesi fotografi bersama keluarga akan diadakan. 

Bagi mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak, satu sesi pertandingan menghias cupcake akan diadakan. Ibu akan berkongsi kreativiti bersama anak mencipta satu kenangan yang tidak ternilai harganya. Malah satu sesi cabutan bertuah juga akan diadakan bagi memeriahkan acara pada hari tersebut.

Anak-anak kecil boleh meluangkan masa dengan aktiviti mewarna yang disediakan dan kaum keluarga yang lain boleh berkaraoke lagu kesukaan masing-masing sepanjang hi tea tersebut.


Sambutan Hari Ibu di Hotel Puri Pujangga akan diadakan pada 10 Mei 2015 dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 4.00 petang di Begonia Coffee House. Ditawarkan pada harga RM55.00 nett untuk dewasa dan 50% potongan dari harga asal untuk kanak-kanak yang berumur 6 hingga dua belas tahun. 


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

KHAILA KHALID 
Pengurus Operasi 
HOTEL PURI PUJANGGA 
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 UKM, Bangi Selangor Darul Ehsan 
Office : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443 
Mobile : +6017 699 2437 
Fax : +603 8922 2890 


Apa tunggu lagi, janganlah lepaskan peluang kan. Bagi aku worth it harga buffet tersebut. Lagipun sekali sekala bahagiakan ibu tercinta apa salahnya kan.


3 comments :

Wak Lat said...

Salam.Hee sedapnya mee rebus johor. ;p

hazman fadzil said...

Memang pakej harga yang sangat berbaloi la nie kan... hopefully team HOTEL PURI PUJANGGA nie buat kerap lagi promosi best macam nie

LYAfrina said...

desert nampak best2...