Tuesday, March 10, 2015

Glam Hijab Fashion & Beauty Festival 2015, Peluang Pengusaha Hijabista Berniaga

Hi Korang,


Lama betul aku tak pi bazaar-bazaar ni ek, yelah kan tak de masa pulak sekarang ni. Ada je aktiviti, sungguh mengalahkan PM plak rasa. Bila orang update pasal pi bazaar yang best-bestnya aku selalu je miss. Tak dapat nak shopping lah.

Ni plak, tak lama lagi akan di adakan Glam Hijab Fashion & Beauty Festival 2015. Hah amik ko! Semua sekali ada dalam satu tempat. 

Glam Hijab Fashion & Beauty Festival 2015

-----------------------------------------

Lokasi : Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur

Tarikh: 30hb-31hb Mei 2015 

Masa : 9.00 pagi - 9 malam

Masuk percuma

Of courselah, aku tergedik-gedik nak pi kan. Shopping tu sapa yang tak nak kan. 

Itu untuk pengguna, pelanggan, mereka yang banyak duit, si kaki shopping lah kan. Bagaimana pulak untuk peniaga dan pengusaha produk? Mestilah ada peluang perniagaan di sini.

lokasi kedudukan booth

Meh aku selitkan beberapa info penting bagi bakal peniaga dan pengusaha.

Harga booth : bermula dari RM2000 untuk 2 hari

Keluasan booth : 3meter x 2 meter

Contact info : Cik Zalikha di talian 011-23327191


Sememangnya Glam Hijab Fashion & Beauty Festival 2015 di jangka akan menarik lebih daripada 1 juta pengunjung dari seluruh Malaysia dan juga negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei. Kalau korang nak tau, buat pertama kalinya Menara FELDA ini dibuka kepada umum untuk festival sebegini. 




Selain membeli belah produk hijab, peragaan juga akan dilakukan oleh pengendali booth. Produk-produk lain juga turut serta seperti alatan make up serta produk kecantikan dan kesihatan, fesyen busana muslimah serta aksesori wanita seperti handbag, kerongsang dan sebagainya. 

Eh, jangan bimbang pasal promosi ek, sebab pihak penganjur akan melakukan secara meluas promosi festival ini dengan menggunakan media massa dan elektronik.

Best kan!

Ada juga artis-artis yang akan di jemput bagi memeriahkan majlis ni. Peluang tuh dapat bergambar dengan diaorang ni. Pertunjukan kebudayaan berkonsepkan ‘Seni Melayu’ akan dipersembahkan seperti mainan gamelan, tarian dan macam-macam lagi.


Untuk details lanjut boleh ke

Talian Hotline 03-77239229

Facebook Glam Hijab : https://www.facebook.com/glamhifab

Kita yang datang as pengunjung ni boleh jugak berkenalan dengan pengusaha produk, mana tau ada boleh buat projek dropship kan. Kita tak tau lagi, so mehlah Glam Hijab Fashion & Beauty Festival 2015 ye.



4 comments :

AyuArjuna BiGoshh said...

menarikni

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

dropshiper tue minat jadinya..kiki

Mia Kassim said...

Bestnya kalau berpeluang join event camni :)

Myra said...

Wow..menarik ni..thanks ats infonya...