Hi Korang,
Aku lalu lalang je kat depan kedai ni, nak singgah cam tak de masa je.
Yelah masuk KLCC pun sebab keje je kalau tak pun event je pun. Kalau setakat nak pi shopping ke better pi kat shopping mall lain kot. Maklumlah mak tak mampu lagi nak pakai lagi barangan berjenama yang mahe bebenau ni. Kalau makan kat tempat mahal sket boleh sajorrr
Diskriminasi sungguh!!
Hahahaahhahaha
Rezeki aku last week, dapat jemputan makan-makan dengan food blogger Malaysia yang hot asyik masuk tv je tuh. Eh bukan ktorang berdua lah, food blogger kaki masak pun hado jugak. Ermm Hazman kena loteri ke? Bukan lah rezeki dia ada lebih bulan ni so di ajaknya ktorang berdua ni.
Seperti yang di plan, ktorang dinner kat Melur & Thyme yeah!!
Memula aku ingatkan restoran ni ada western food je rupanya semua jenis menu ada. Ok memasing order ikut tekak memasing ek
Aromatic and creamy soup served complete with a piece of garlic toast.
Makan panas-panas, cicah roti bawang putih. Colek punye colek licin semangkuk, langsung tak de kesan tau.
Tender duck breast meat marinated overnight and barbecued over charcoal fire
Kalau orang tak tau ingatkan sate ayam but saiz besar kan, dagingnya juicy, tak de bau apa-apa hanyir itik pun. Kuah satenya sedap
Braised beef ribs marinated with Asian herbs and spices served with our homemade sauce
Uniknya beef ribs ni sebab tulangnye semua dah di buang, so tinggal isi sahaja lagi senang nak makan kan.
Boneless chicken breast marinated with thyme and spices, sous vide to perfection and served with vegetables, mash potato, cilantro garlic oil and thyme sauce.
Sesuai untuk mereka yang berdiet, portionnya tak delah besar mana. Just nice, sosnya sedap.
Stir fried rice with flower torch, long beans, and lemongrass served with egg, crackers, our special crispy chicken and sambal sauce
Ini memang win. Semuanye kena dengan tekak. Condiments yang dihidangkan sekali pun macam linked in, hehehe..
Stir fried koay teow with cockles, chive, bean sprouts, tiger prawns and duck meat
Hangus-hangus sedap, ada bau-bau kuali hangit sket macam masak kat tepi jalan tuh. Lengkap semua ada dah tak lokek dengan bahan-bahan.
Penutup makan malam yang awesome, tak terlalu manis dan pekat rasa coklatnya.
Agak-agak yang mana satu menu untuk ktorang rasa ek?
Sebenarnya kesemua menu makanan tu ktorang makan, yelah bertukar-tukar pinggan. Sekejapan pinggan melayang ke sana, sekejap mangkuk sup melayang ke sini. So barulah boleh rasa yang mana sedap dan yang mana tidak.
Tapi yang best sekali adalah Nasi Bunga Kantan tuh coz memang sedap, di tambah pulak dengan ayam goreng yang crispy di hidangkan panas-panas kan. Sedap
Teringin la tu kan, meh la ke:-
G03H-I Level Ground,
Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur
Phone : 03-2181 8001
Opening Hours:
8:00AM to 10:00PM (daily)
Laman web :
Facebook : https://www.facebook.com/MelurandThyme
Hah, balik tu kang pi singgah la tu kan.. korang ni bukan boleh percaya pun kan hahahahahaha
6 comments :
Kalaulah boleh singgah balik keje ni memang dah singgah. Tapi jauh nau. Ke malas ? Hahahaha.
Tempat nie adalah port yang bagus untuk dating.... tapi gambar kandid tu memang tak boleh blah laa...hahahaha
nampak sedap belaka..
xpernah mkn daging itik
Akak pernah buat entri kat Melur & Thyme ni masa tu buat farewell kawan sepejabat.
SA x pnh cuba mkn kat sini lg......rasanya kat Nusentral pun ada ni...
meleleh air liur...
Post a Comment