Bila one of the PR whatsapp tanya nak ikut pi media trip under Volkswagen ke Pekan terus je aku cakap yesza dengan tak bagitau Mr Big dulu. Balik rumah baru citer dengan dia then he said ok, as long as selamat pi balik kan.
Memandangkan trip ni 2 day 1 night so tak de lah aku bawak barang banyak pun, gadget lebih banyak daripada baju wokeh. Yelah nak buat live update bagai katanya. Hehehe
The Convoy
Ktorang berkumpul di Rondaevoo @Ativo Plaza. Hah amik ko kul 6 pagi dah naik train dan nasib baik sampai on time. Rupanya aku sorang je bloggers yang lelain tu mainstream media, segan jugak pada mulanya then rupanya ramai jugak familiar faces so terus hilang rasa malu gituh tau.
Pengarah Pemasaran Volkswagen Malaysia, Martina Berg
Mr Harve Singh selaku tour lead, bagi safety briefing
photoshoot dulu sebelum gerak
Lebih daripada 25 biji kereta Volkswagen iaitu Polo, Polo Hatchback, Jetta dan Passat dalam media trip ni. Untuk crew diorang guna kereta Golf, Beetle, Tiguan dan Touareg, ermm semua kereta idaman aku tuh. Sambil sarapan tuh, ktorang ada safety briefing daripada tour lead, what to do, where to go, what happen gedebak, gedebuk kul 9 pagi jalan lepas photo op.
guna Sony G Lens je, senang kan
inilah ativo plaza
tengok kete videographer, jeles I wokeh
kereta aku no. 13, Jetta
Aku dengan Hazwan (Car Online Magazine – aku terlupa nak tanya plak) ktorang dipartnerkan dalam trip ni. At first ktorang dapat drive Volkswagen Jetta, apa nak bimbang kan. Dengan convoy yang panjang, GPS tersedia, iPad untuk membantu ktorang lokasi kat mana, thumbdrive lagu-lagu dan yang penting makanan tit-bits yang awesome of courselah media trip ni sangat awesome.
rehat sebentar
tengok tit-bits ktorang, penuh ooo
Ada beberapa pitstop yang ktorang berhenti dalam convoy ni, biasalah nak terkencing, kena rotate kereta, nak makan, lepak borak kejap, legakan sakit pinggang kan dan akhirnya sampai jugak ke Pekan ni dalam kul 1 tghari cam tuh.
The Media Briefing
Once sampai, ermm makan dulu. Kenyangkan perut yang dah lapar tuh. Time nilah borak pasal kereta yang ktorang drive tadi, ada yang syiok ada yang cakap penat tapi semuanya best lah.
So ktorang ada media briefing mengenai media trip kali ni.
Pengarah Urusan VGM, Armin Keller; Pengarah Pemasaran Volkswagen Malaysia, Martina Berg dan Pengurus Kilang Volkswagen Pekan, Bruno Torres mengalu-alukan kedatangan para tetamu bersama Ketua Pegawai Eksekutif Hicom Automotive Manufacturer Malaysia Sdn. Bhd., Shamsuddin Mohamed Yusof.
“Kilang di Pekan adalah sebahagian daripada strategi jangka masa panjang kami untuk pertumbuhan dan pengembangan yang mapan di Malaysia. Kilang ini merupakan pencapaian utama kami kerana ia membolehkan kami menghasilkan kenderaan dengan kejuruteraan Jerman pada harga yang berpatutan buat rakyat Malaysia. Malah, kami turut menyediakan peluang pekerjaan berkelayakan tinggi di sini,” kata Keller.
Pengurus Kilang Volkswagen Pekan, Bruno Torres berkata, “Volkswagen berada di barisan hadapan dari segi inovasi. Ia menjadi peneraju dalam membangunkan rangkaian produk dan model bertaraf dunia yang ekstensif. Di Malaysia, kami telah menetapkan satu penanda aras yang tinggi, konsisten dengan konsep Das Auto apabila menghasilkan kereta di sini.”
The Plant - Factory
Ok ist time to reveal apa yang ada di dalam plant yang nampak cam biasa dari luar tapi sangat hi-tech di dalamnya.
Ktorang ke Body Shop Area dulu.
ensem kan En Hafiz, Planning Engineer tuh
robot-robot sedang bekerja
ok selfie sket
tengok pasang screw pun ada colour code
laser station, tengok kat monitor je tak leh masuk kang kene laser baru tau
ni kat test lab, random check semua buat kat sini lah
Kat sinilah, major body or kerangka frame sesebuah kereta Volkswagen tu di pasang. Volkswagen menggunakan sistem kimpalan lazer (Laser Welding System). Teknologi canggih ini menyambungkan bumbung kenderaan dengan bahagian tepi kenderaan secara sekali gus untuk mendapatkan kemasan yang berkualiti tinggi dan kedapan bunyi lebih baik. Kilang ini juga memiliki satu-satunya saluran pemasangan automotif di dunia yang mampu memasang empat model berbeza di dalam satu saluran Body Shop dengan menggunakan peralatan Volkswagen Framer yang eksklusif.
kena pakai headfon baru boleh dengan yang diorang cakap
Kalau nak tau kat bahagian ni memang banyak sungguh robot-robot yang lebih besar daripada aku. Dah rasa macam dalam filem Transformer dah bila tengok cara robot-robot ni bekerja.Kalau korang tengok Instagram aku, hah taulah kan. Ok settle bahagian body, ktorang ke Plant area sebelah pulak.
ok Mr Bruno jadi tour guide plak
tengok body kereta yang dah siap di pasang dan di sembur cat pun
kat sini, barulah letak special pin code yang unik untuk setiap kereta
yang Mr Bruno pegang tuh, air bag. La cam tu je rupanya
setiap section ada ketua yang menjaganya
safety first as always
tempat pasang cermin depan dan belakang
Kat sinilah segala major accessory macam enjin, tayar, dashboard, air-cond, pintu, tingkap, cermin kereta dan buat testing luar dan dalam. Ada 7 main section untuk semua ni. Mr Bruno Torres selaku pengurus kilang menerangkan pada ktorang satu persatu walaupun nampak banyak tapi sekejap je aku dah boleh paham.
papan tu menunjukkan berapa saat untuk setiap satu pemasangan di buat. Kalau on time bagus, kalau tidak ermm kena ambil tindakan untuk solve kan
enjin semua, bungkus cam tu je kan
enjin di cantumkan dengan transmission
alamak lupa plak menda ni, absorber kalau tak silap
ini section marriage, bahagian atas akan dicantumkan dengan bahagian parts bawah.
tengok jalan cam tu je, lalu atas.
adik ni tengah masukkan air-cond, check brek
pasang seat tempat duduk
pasang pintu pulak
kat sini, tempat untuk testing semua sekali sebelum test drive kat luar
inilah dossier yang perlu kena ada untuk sesebuat kereta. kalau salah satu elemen tu tak siap ermm kena buat balik kan.
Hah itulah dia proses kejadian nak jadikan sebiji kereta Polo, Polo Hatchback, Jetta dan Passat di Pekan Plant ni. Bila kereta dah siap, kena test drive dulu sebelum di hantar untuk pasaran luar dan dalam negara.
test drive kat luar
jalan berliku-liku
jalan berpetak-petak plak
Amik ko, beberapa stage test drive yang perlu di lalui. Aku ikut je. Baru aku tau cam ni rupanya test drive untuk sesebuah kereta yang baru keluar kilang kan.
The Hotel – Hyatt Regency Teluk Cempedak, Kuantan
masa untuk amik kunci bilik
Ya ampun, baik benau lah diorang ni sediakan tempat menginap ktorang di Hyatt Regency Kuantan iaitu di Teluk Cempedak. Resort tepi pantai yang sangat awesome, dapat plak aku bilik mengadap laut kan. Lagilah bertambah awesome walaupun bloggers sorang je pun mestilah special treatment sket. Ngekk ko lah Lily, semua media dapat bilik mengadap laut lah.
tempat BBQ malam nanti
cantik kan
chef tengah prepare kambing bakar
amik ko, favourite semua orang malam tuh
Malam tu plak, ada BBQ dinner.
Depan bilik hotel je hehehhe. Tak banyak shoot gambar aku amik sebab gelap dan busy makan. Menunya memang ada seafood yang bakar-bakar tuh tapi di tambah lagi dengan nasi dagang, kerepok lekor, sata, otak-otak, oyster, dessert yang awesome dan yang excited nak bagitau ni ada ais krim Haagen-Dazs yang ktorang makan sorang satu telap hahahahahaha. Sedap tuhhh. Siap ada trivia session lagi, jawab-jawab soalan pasal tour pagi tadi. At the end semua orang dapat gift comel, kereta golf.. Cute sangat
Balik bilik, buat keja sket update blog then terus tidur dengan nyenyaknyaaaaaaa… zzzzzzz…
2nd Day – Back to KL
pukul 7 pagi
la #Dak Uban pun ade gak
Lepas jalan tepi pantai, main dengan air laut, breakfast mengadap laut ktorang gerak balik ke KL. Kali ni drive Volkswagen Passat CC. Bila bawak kereta besar ni, perasaan dia lain sket, nak melaju kan sebab tak rasa langsung bila drive slow. Kejap-kejap laju, bila nampak sign speed trap tu slow balik.
combi van comel
nampak lengkap dengan mesin kopi
brunch pulak kat sini
Sampai RnR Temerloh ada Combi Van Cafe yang disediakan untuk ktorang. Mods Cafe. Alah comeynya van ni. Order saje kopi dan sandwich. Tada makan sajor.
Borak-borak dengan media lain dekat ½ jam gituh dan terus jalan balik ke Ativo Plaza untuk pulangkan kereta. Memang bawak Passat CC ni tak rasa langsung, tekan jelah ikut suka tapi berhati-hati di jalan raya.
Hah abis pun citer pasal media trip ni, terima kasih pada team Volkswagen yang sudi menjemput
Cik Lily Putih ke trip yang special ni. Selain dapat rasa bawak 4 jenis kereta Volkswagen, dapat melawat kilang dan juga bawak balik pengalaman yang best untuk citer kat korang.