Saturday, January 3, 2015

Pemenang “Peraduan TOP Setia Bersamamu” Bakal Bercuti ke Tokyo Disneyland

Hi Korang,

Berita terkini di hujung minggu

Detergen Pencuci TOP keluaran LION Corporation Japan adalah jenama Detergen Cucian No. 1 di Malaysia. Sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan berterusan konsumer, jenama tersebut baru-baru ini menganjurkan Peraduan TOP Setia Bersamamu dengan acara kemuncak, peraduan akhir yang berfokuskan aktiviti kekeluargaan yang penuh dengan keseronokan, menyaksikan 10 keluarga bersaing untuk merebut hadiah utama, percutian 5 hari, 3 malam untuk empat orang ke Tokyo, Jepun di AEON Bukit Tinggi, di sini.


Peraduan yang berlansung dari 1 September hingga 10 November bagi tempoh 10 minggu, menawarkan 10 hadiah mingguan dan 10 hadiah utama untuk para pemenang yang merangkumi Percutian 5 hari, 3 malam ke Tokyo untuk empat orang, Kerusi Urut Ogawa Smart Delight Plus, Pembersih Hampagas Stim Karcher, Mesin Basuh LG, Penapis Air Coway dan 5 hadiah saguhati bernilai RM300 di peraduan akhir dijalankan di AEON Bukit Tinggi, di sini, hari ini. Pusingan mingguan memerlukan para peserta menjawab soalan-soalan mudah, manakala pusingan akhir menyaksikan cabaran mental dan fizikal bertujuan menentukan keluarga yang memiliki semangat berpasukan dan semangat satu hati terbaik di samping strategi yang berkesan. Peraduan ini bertujuan menghargai pelanggan TOP atas kesetiaan mereka, dan bagi menekankan komitmen jangka panjang TOP kepada penggunanya. 


Pemenang hadiah utama Norizahwati Bt Razali dan keluarga, berjaya menewaskan finalis-finalis lain bagi membawa pulang hadiah berupa percutian selama 5-hari 3-malam untuk empat orang ke Jepun, termasuk pas lawatan ke Tokyo Disneyland, bernilai RM28,000.

Marsita Bt Abd Rahman and Soraya Bt Othman yang menduduki tempat kedua dan ketiga masing-masing memenangi kerusi urut Ogawa Smart Delight Plus bernilai RM11,550 dan pembersih hampagas stim Karcher bernilai RM5,500

TOP adalah detergen pakaian pertama yang memperkenalkan teknologi anti-bau hapak di Malaysia pada tahun 2003. Ia kemudiannya memperkenalkan formulasi anti-debu hama pada tahun 2011 yang terbukti menghapus 99.9% debu hama yang merupakan sumber alahan, dan terus mengungguli konsep kebersihan yang menyeluruh.


Menurut Pengurus Kanan Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo, TOP telah menempa nama dan menonjolkan diri menerusi pengenalan konsep kehidupan bersih menyeluruh, warisan Jepun mereka, inovasi berpandukan kajian dan pembangunan dan pemasaran berfokus pengguna serta interaksi bersemuka yang menjadikan jenama tersebut jenama kegemaran ramai konsumer. 

“Sebagai jenama detergen pakaian No.1 di Malaysia, kami memikul tanggungjawab mendidik konsumer menerusi kaedah menarik dan interaktif mengenai konsep kehidupan bersih menyeluruh. Kami sedang mengubah persepsi umum mengenai apa itu bersih, dimana Kebersihan sebenarnya melampaui apa yang boleh dilihat dengan mata kasar dan termasuk yang tidak kelihatan, serta merangkumi keselesaan dan juga kesejahteraan. Warisan Jepun jenama kami, inovasi yang terbukti dalam teknologi pembersihan dan pemasaran yang berfokuskan pengguna seperti Peraduan TOP Setia Bersamamu menguatkan lagi janji jenama kami kepada konsumer dengan membina kepercayaan dan hubungan yang lebih rapat,” kata Cik Foo.

Peraduan tersebut dianjurkan bagi menyokong kempen roadshow yang sedang berjalan di seluruh negara yang memberi peluang konsumer mengenali dengan lebih dekat jenama TOP, inovasi cuciannya, hadiah yang ditawarkan serta mencuba rangkaian detergen yang ada.

Bagi sepuluh keluarga yang berjaya melangkah ke pusingan akhir di AEON Bukit Tinggi ini, finale Peraduan TOP Setia Bersamamu menguji hubungan kekeluargaan mereka. Setiap keluarga perlu memilih dua orang ahli. Salah seorang daripada mereka ditutup matanya dengan kain dan seorang lagi akan memberi petunjuk. Mereka perlu membersihkan kotoran daripada baju gergasi menggunakan cangkuk secepat yang mungkin. 


Para penonton geli hati dan terhibur dengan telatah para peserta yang mendapati bukan mudah mengikuti arahan dengan mata tertutup kerana ia memerlukan konsentrasi, koordinasi dan semangat berpasukan. 

Norizahwati Razali, 34, surirumah and Shahidah Razali membuktikan kehandalan mereka bekerjasama dan menerima arahan, menewaskan lawan mereka dengan catatan masa terpantas untuk memenangi hadiah utama percutian 5 hari 3 malam untuk empat orang ke Tokyo, Jepun. 

“Kami memasuki pusingan akhir ini tanpa mengetahui cabaran yang bakal ditempuhi dan bersyukur kami menang! Sebagai pengguna TOP selama bertahun-tahun, kami memang sedia maklum ia membersih dengan lebih efektif dan menghapuskan bakteria dan debu hama untuk kebersihan lebih baik dan menyeluruh. Gembira rasanya apabila diberi ganjaran kerana membuat pilihan tepat,” kata Norizahwati.

“Terima kasih TOP kerana menghilangkan kotoran kelihatan dan tak kelihatan dari pakaian kami dan memperkenalkan inovasi untuk kehidupan lebih baik. Kami sukakan kerusi urut ini, dan mengalami saat yang menggembirakan semasa Peraduan TOP Setia Bersamamu ini,” kata Marsita Abd Rahman, 51, guru sekolah daripada Teluk Intan yang muncul tempat kedua dan membawa pulang kerusi urut bernilai RM11,500. 

“Nantikan lebih banyak inovasi daripada TOP dari segi produk dan aktiviti pemasaran kami. Kami ingin terus menggembirakan para pelanggan kami menerusi inovasi ke arah kehidupan bersih menyeluruh,” kata Cik Foo sebagai penutup.




2 comments :

Suria Amanda said...

Wow...hadiah mmg berbaloi2...bestnyaaaa....SA pun pengguna jenama TOP sejak dulu...

budakbandunglaici said...

yeay seronoknya menang hadiah