Hi Korang,
Bila time lunch je tetap ada problem nak makan kat mana, cuma kat office aku ni dah mula ada variety choices. Nak makan mamak boleh, western boleh, mee-mee boleh, kuih muih boleh just kena jalan jauh sket lah pi Sapura.
Hari isnin hari tuh, kena keluar plak beli barang office kan.
Dah alang-alang tuh, lunch kat luar sekali lah. Tambahan plak dah dekat dengan umah aku tempat tuh so terus singgah kat gerai kakak ni.
dah nak abis dah, padahal datang kul 12.30 ni
Aku memang selalu makan kat gerai akak ni, sebab apa pilihan lauk nasi campur yang awesome. Memang banyak giler lauk-lauk kampung macam siput sedut masak lemak, kerabu, pajeri nenas, ulam-ulaman dan memacam lagi lah. Penuhlah atas meja gerai kakak ni, sampai tempat dia nak kira-kira tu kecik je.
Yang paling best, pilihan ikan bakarnya.
Ada macam-macam, ikan keli, siakap, kembung, cencaru, talapia, terubuk dan ntah apa lagi pun aku tak tau. Lagi pulak, sambal kicapnya sedapnya. Tak berapa pedas dan tak berapa manis, campuran cili padi sket, bawang putih, kicap dan gula sket. Blend sekali. Bila cicah ikan dengan sambal kicap tuh, argghhh enaknya masuk ke tekak.
ini suami akak tuh, sedia berkhidmat di tempat ikan bakar
Kalau mood masak cam malas je bila weekend memang kat sinilah ktorang bertandang lepak makan, sampai ktorang ni dah jadi one of the regular customer. Akak tu sampai taulah aku ni blogger sebab pernah ternampak aku ni masuk suratkhabar.. hahahahahahaha.. kelakar kan…
Harga pulak, tak delah mahal mane pun. Seekor ikan bakar, nasi lauk-lauk sket dengan air bawah RM10 gituh. Boleh lah kan. Kekadang tu bila makan berdua baru RM15 je siap 2 ekor ikan bakar dengan 2 jenis air lagi. Ok kan, harganya.
Gerai makcik ni betul-betul kat depan jalan besar Sg Chua ni, dekat dengan Giant Sg Chua. Nak bagi exact alamat tak sure plak aku. Setiap hari bukak tanpa miss kecuali kalau akak ni nak pi kenduri kahwin je dia tutup.
Ok dah tu je nak citer…
Korang selalu lunch kat mane ? rajin berjalan cam aku gak ke hehehhehe
gambo tak berapa cantik coz pakai handphone je ni
10 comments :
Kadang kadang kedai tepi jalan ni lagi best makan. :D
lunch kat ofis jer =='
blogger fofular niii.mmg lah makcik tu pun kenal.hehehe
SA jarang lunch..x tau la kenapa lately memang jarang amik lunch...tp sarap pagi memang makan berat la...mlm just makan sup2 je..kalau lapar sangat makan buah
Giant Sungai Chua yg dulu tu Pasaraya Bintang eh?
Whoaa.... meriah betul la pilihan lauk kat kedai nie... biasanya lagi puas hati sambil makan open air cenggini
Salam. Hee ikan bakar yang sedap.
tak rugi makan kat sini ..lauk bermacam jenis...puas hati nak memilih lauk..kena pulak klu harga dia berpatutan kan...
Cik Lily, leh tumpang tanya, tau tak mana akak ni pergi skrg, dulu mmg favorite place siap ada no phone order dulu baru makan masa kerja kat bangi, lepas tu lost contact kedai pun dah kena roboh ngan MPKJ
Nama je gerai tepi jalan. Tapi tak murah pun. Cekik darah pun. Dah lah sewa tak bayar.
Post a Comment