Hi Korang,
Nak dapat makanan cina yang halal ni memang payah.
Memang kena teliti mencarinya, dapatkan info semua bagai kan, then baru boleh makan. Itu yang selalu aku buat sebelum pi makan. Ini sebab Marketing Director Eastin Hotel yang ajak so teruslah cergas aku ke sana hari tuh time lunch kan.
Check out entry aku sebelum ni pasal makan di Eastin Hotel ek.
ENTRY | Makan Di Swez Brasserie
ENTRY | Buffet Ramadhan 2014
Di sebabkan first time jejak kaki ke restoran EE ni, so aku bagi Ms Ivana yang order semuanya. Semuanya ikut tekak dia lah, maklumlah dia lagi ariff. Kalau aku kang, rasa 30 minit menatap menu tuh tak reti apa nak order.
Sambil tunggu makanan sampai, haruslah borak-borak pasal restoran EE ni. Sebenarnya restoran baru je dapat status sijil HALAL daripada JAKIM iaitu dari segi bahan makanan, supplier, cara penyediaan makanan hah yang tulah. Nowdays, dah ramai orang melayu nak mencuba hidangan makanan cina cuma tak de tempat kan. Itu yg diorang ambil peluang ni dan akhirnya Berjaya jugak mendapat sijil kan.
So jom tengok apa yang menjadi hidangan makan tengahari ktorang ek
Steamed Sweet & Sour Prawns Dimsum
nampak cam pedas tapi tak pun. Rasa sweet sour kan, udang seketul sebijik
Steamed Dried Scallops & Vegetable Dumplings
scallops kenyal-kenyal gituh, sayur yang di balut tu enal dongg
Steamed Crab Meat Dumplings
yang kuning-kuning tuh telur ikan tak silap aku, yang carik-carik tuh crabmeat
Crispy Cups with Seafood Salad
ranggup luarnya, tapi bila masuk mulut cooling effect tu pun datang sebab itu sebenarnya kira cam salad buah-buahan tapi di potong kecik-kecik. atas tu letak telur ikan
Fried Shrimp with Crispy Almond
ini bukan nama sebenarnya sebab aku lupa nak salin. Of course lah sedap sebab udang tu di balut dengan hirisan almond, kemudian goreng panas-panas. tak yah cicah sos manis tu pun tak per
Asparagus Stir Fry with Sambal Belacan
crunchy asparagus digoreng dengan sambal belacan, pedas tapi sedap
Fried Rice with Egg White and Dried Scallops
penutup mesti ada nasi goreng, baru bertambahlah kenyangnya. Simple but marbeles
Lemongrass Jelly with Longan & Lemon Juice
penutup yang paling menyegarkan. Sejuk je bila masuk ke tekak, sebenarnya kat bawah cawan tuh ada jelly sejuk yang amat berserta perahan air limau. Terus terbeliak mata lepas makan pemanis mulut ni ek
Hah menitis air liur korang kan…
hahahhaha… boleh dikatakan semuanya sedaplah. Kira pilihan Ms Ivana tu mengikut selera aku lah. Tak berapa pedas, not to sweet memang just nice. Boleh je nak makan pedas but bila umur dah meningkat ni, kena jaga keadaan perut gak.
Alah peringatan jelah, makan jelah apa yang korang suker.
Ni aku nak tunjuk jap, sijil HALAL dari Jakim untuk hotel Eastin ni ek
Ini adalah sebahagian daripada sijil HALAL, actually ada beberapa kitchen dan kebanyakan restaurant dah dapat sijil tau macam Swez Brasserie, Sewz Kitchen dan banquet kitchen. Kalau tak caya, meh aku boleh bagi copy ek..
Alah peringatan jelah, makan jelah apa yang korang suker.
Ni aku nak tunjuk jap, sijil HALAL dari Jakim untuk hotel Eastin ni ek
Ini adalah sebahagian daripada sijil HALAL, actually ada beberapa kitchen dan kebanyakan restaurant dah dapat sijil tau macam Swez Brasserie, Sewz Kitchen dan banquet kitchen. Kalau tak caya, meh aku boleh bagi copy ek..
Kalau nak datang sini, dia ada time-time tertentu. Tengok ni
Lunch:
12:00 p.m. to 2:30 p.m.
(Monday to Saturday)
10:00 a.m. to 2:30 p.m.
(Sunday and public holidays)
Dinner:
6:30 p.m. to 10:30 p.m. daily
Don’t worry yang penting setiap hari dibukalah.
Jom kita ke :-
EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16,
46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
Tel: +603-7665 1111 / Fax: +603-7665 9999
Laman Web: Eastin Hotel Petaling Jaya
Facebook: facebook.com/eastinhotelpj
Terima kasih kat Ms Ash dan Ms Ivana yang sudi jemput aku makan di sini. Of course I'll come back tau for the delicious dimsum..
hhehehehhehehehe....
hhehehehhehehehe....
3 comments :
sedapnya tengok dumpling tu semua...rasa nak makan jugak la...
dalam banyak-banyak tu mesti ko pulun dan enjoy makan dim sum kan....best2x....
Tak bleh tahan la tgok dim sum tuh...fav SA tu...
Post a Comment