Hi Korang,
Dah 5-6 kali food blogger Hazman ajak aku kemari.
Tapi tu lah masa tak de walaupun malam, bayangkan betapa busynya aku ni. Kalah Perdana Menteri kata Mr Big. So bila dah set appointment dengan semua orang, barulah Hazman setkan dengan tuan punya D'Laila Mee Udang Superpower.
Malam Khamis lepas, ktorang berempat pun ke Nilai ni. Sebab aku dah biasa dengan area ni dulu so tak delah sesat barat sangat kan. Keluar rumah lepas maghrib gitu then kul 8 dah sampai dah.
Actually kedai D’LAILA Mee Udang ni memang majornya menghidangkan mee udang but aku rasa diaorang slightly tambah menu kan. Jadi malam tuh, ktorang dapat cuba beberapa hidangan masakan kampung instead of mee udang yang hebat diperkatakan oleh bloggers yang rajin singgah di situ.
Ermm masakan kampung ? haruslah yang berlemak, ada pedas sket, ada tempoyak sket, ada ulam-ulam sket kan. Aku memang tak tau menahu pasal menu ni, semuanya Hazman yang uruskan coz dia selalu ke sini bersama Shakiddo. Aku dengan Madi makan jelah hehehhehe buruk perangai ek..
Ni ktorang sempat tengok lagi cara lauk-lauk ini di masak. Semua dalam claypot untuk kekalkan rasa panas once dah di hantar pada customer. Bagus gak, aku makan memang mesti nak kena panas-panas baru umpph!
Bila tengok gegambar ni, jangan plak kata ktorang tamak dan pelahap plak tau. Ktorang food blogger memang cam ni, kena cuba semua k!
Lemak Cili Api Kulit Lembu Keladi Lambuk
Aku rasa menu ni yang unik sket sebab agak payah nak dapatkan kulit lembu fresh ni. Selalunya kulit lembut ni jadi hidangan orang-orang Jawa untuk masak sayur tahuun. Bila masak lemak di campur dengan keladi lambuk ni memang awesome
Asam Tempoyak Ikan Bawal Mas
Aku tak makan coz ada tempoyak kan but Mr Big yang makan so dia cakap memang rasa tempoyak tuh cukup mild tak strong sangat. Kena plak dengan ikan bawal ni. Sedap
Asam Pedas Ikan Sembilang
Ambik jugak, rasa makan ratah je. Sedap siap hirup kuahnya sekali
Kari Telur Ikan Tenggiri
Lauk ni asyik depan mata aku je sebab aku memang suka makan telur ikan ni. Lagipun payah nak dapat, then kalau ada tak berapa pandai plak masak so better aku pi makan kat kedai jelah.
Masak Lemak Cili Api Udang Galah Dengan Jering
Jering or jengkol memang awesome bila di campurkan sekali dengan lauk-lauk masak lemak cili api ni, langsung tak de rasa pahit pun tau.
Masak Lemak Cili Padi Ketam Dengan Nenas
Kari Kepala Ikan Mayong
Hah amik ko. Makan sampai tak ingat
Berpeluh-peluh jugak sampai Mr Big pi beli air mineral botol besar lagi. Tisu abislah sepaket kerana duk sibuk mengelap peluh kan hahahhaha. Walaupun ada menu yang pedas tapi tetap makan dengan tanpa pandang kiri kanan kan.
Bagi aku in terms of harga sangat berpatutan alah tak sampai RM25 pun sehidang, termasuk nasi putih, telur masin dan sedikit ulam-ulaman kan. Ikut harga pasaran lah kata Kak Laila. Takkan udang galah nak jual semangkuk RM5 plak kan, patut-patutlah.
denaihati network hadiahkan something kat K Laila
kami orang-orang beso
Apa pun terima kasih kepada tuan punya D’LAILA Mee Udang sebab sudi menjemput kami orang-orang beso makan di sini. Ye orang-orang beso sebab ktorang semuanya saiz beso-beso hahahahha
Jom la ke:
D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F,
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Contact : 017-2253337 ( kalau nak special request tau)
Facebook : D’Laila Suppower
Landmark : masuk toll nilai, terus ke arah Giant tuh. Sebelum sampai Giant ada traffic light belok kiri then sampai ke roundabout amik simpang yang pertama kiri. Dari situ dah nampak MMA Santai Corner alah yang ada kepala kereta tersangkut tu ek.
Next time nak cuba Mee Udang plak, dengar-dengar kata orang udangnya bersusun cantik dan banyak plak tuh kan.
Hahahahahha
15 comments :
asam pedas ikan sembilang tu buat saya lapar cik lily..teringin betul nak ke kedai kak dlaila ni..
ramainye yang dah sampai sana ... bilo la kaki ni nak jejak sana pulak. Haiiiii .. telio den!
ehemmmm... jom lah repeat lagi.. mee udang sedap! tengok Madi the HULK makan lagi sedap...
Memang terbaik woo dekat sini. Haritu sempat gak rasa Mee Ketam , Mee Udang. Ni ada gaya pergi sini juga kanggg. :D
ya Allah cik lily...meleleh2 tgk...udang tuuuu..telur ikan tuuuuuu...nampak fresh semua laaa...sape suke layan lauk2 kampung mmg ini lah tempatnyer....
Kari kepala ikan mayong!!!! Fuhhhh...semua makanan nampak sedap.
Perghhh.... memang sonok betul aku makan ramai-ramai macam aritu.... so nanti bila semua free kita pulun makan mee udang pulak yea
ok, noted! free2 kang, kot2 t'jejak ke n9, bulehlah terjah.
menu kulit lembu tu menarik....boleh beli kulit saja ker?hehehe..
tq cik lily, konpem kena pi cuba nih....tgk gambar pun dah terliur :)
tak berkesempatan lagi nak pergi
Orang dok seremban pun tak sampai lagi. Macam sedap sangat tengok gambar yg madi post
slalu lalu sini tapi tak pernah singgah pulak..kena try ni
Ni la orang besor yang bikin panas ari tu kan...nyampah tau..kalau iolls ada kan best kan....heheheh....terasa nak cuab masak lemak kulit lembu tu...
Bestnya... masakan kampung.
Jom, terjah blog ummi :
Post a Comment