Wednesday, January 21, 2015

Lee Min Ho Memeriahkan Innisfree Festa 2015, Hensemnya Dia Ni Lah

Hi Korang,

2 minggu lepas aku di jemput ke Innisfree Festa di Sheraton Imperial KL.


Masa dapat invite tu, ada tulis special appearance pelakon kacak dari Korea iaitu Lee Min Ho yang merupakan duta bagi jenama produk kecantikan tersebut.

Aku pun duk google la sape Lee Min Ho ni, rupanya pelakon drama Boys Over Flowers dan The Heirs tu, dah tuh je citer yang aku tengok kan. Hah excitednya, dapat tengok dengan lebih dekat lagi wei..


Pagi sabtu tuh, sampai awal gak dalam kul 10 gituh. Nak masuk dewan ballroom tuh banyak betul security guard. Yelah ko artis terkemuka datang katanya, lepas dah check nama baru boleh masuk ke registration kaunter, amik details dan media pass. Hah baru lega nak berjalan ke sana kemari ek.


Sementara tunggu event start, haruslah join segala aktiviti ‘Green Life Campaign’ yang di sediakan.





Macam menggantikan tisu dengan sapu tangan mesra alam innisfree, mengitar semula botol-botol kosmetik kosong, ktorang dapat melibatkan diri dalam sesi penanaman tumbuhan secara ringkas menggunakan botol-botol kitar semula innisfree yangkemudiannya dibawa pulang mereka sebagai cenderahati.

Ok ok event dah mula ek,



Melalui penganjuran innisfree Festa yang sebelum ini berjaya diadakan di beberapa negara seperti Hong Kong, Taiwan danSingapura, innisfree (diterjemahkan sebagai “pulau suci”) menampilkan pegangan filosofinya dengan menyediakan kecantikanberasaskan kesihatan kepada tubuh dan minda menerusi bahan-bahan asli dari Pulau Jeju yang bersih.


Menurut Pengarah Pemasaran daripada ibu pejabat innisfree, Koo Ae-Ran: “Sejajar dengan peningkatan kesedaran terhadap kehijauan dan kehidupan harmoni bersama alam semula jadi, ia adalah waktu terbaik bagi kami membawakan kebaikansemula jadi Jeju ke Malaysia bagi memenuhi permintaan terhadap produk-produk kecantikan semula jadi. Kami juga amatberbesar hati dan berterima kasih kerana selain berjaya memasuki Malaysia, innisfree turut menerima sambutan menggalakkandalam pasaran di sini. Dengan meraikan kejayaan bersama para pelanggan setia kami hari ini, saya juga memberi jaminanbahawa kedai di pusat beli-belah Sunway Pyramid hanyalah satu daripada banyak cawangan yang dirancang untuk Malaysia bagitempoh akan datang.”


Kemuncak innisfree Festa sudah tentu tertumpu kepada peluang seumur hidup bagi bertemu si pencuri hati ramai gadis, artis danjejaka berpersonaliti menyenangkan dari Korea, Lee Min Ho.




“Semestinya saya perlu berterima kasih kepada Super Volcanic Pore Clay Mask dan Green Tea Seed Serum innisfree kerana sentiasa mencerahkan dan menghidrasi kulit saya serta memberikan kesegaran sepanjang hari.” kata Lee Min Ho


Sejurus selepas itu, Lee Min Ho bersama wakil global dan tempatan innisfree, Koo Ae-Ran dan Margaret Chin (Pengurus Besar AMOREPACIFIC Malaysia) menyiram pokok teh hijau sebagai simbolik perasmian innisfree di Malaysia dan satu tanda peringatanbagi innisfree Festa 2015.




Sejajar dengan kejayaan membanggakan innisfree di dalam dan luar Korea, Lee Min Ho menyatakan kegembiraan dan kesyukurannya kerana dilantik sebagai wajah global jenama ini. Beliau turut berterima kasih kepada para peminat yangmenyokongnya dan innisfree serta akan meneruskan usaha konsisten sebagai seorang duta seperti yang dipraktikkan jenama ini.

jangan nak gatal-gatal report kat JAKIM ek yang aku pegang mamat ni, pukk kang..

Walaupun tak dapat bergambar secara dekat dengan Lee Min Ho, tapi rasa puas hati sangat dapat tengok depan mata orangnya cam ne. Kulit jangan cakap oo, licin macam telur wokeh!

Innisfree kini di pusat beli-belah Sunway Pyramid, G1.70, Ground Floor (Orange Zone). Check it out di Facebook www.facebook.com/innisfreeMYS untuk maklumat lanjut berkenaan innisfree, innisfree Festa, Lee Min Ho dan promosi terkini /akan datang.




12 comments :

Nuriesya Nadia said...

YaAllah Kak Lily !!! Kenapaaaa buat kita jeles sampai macam ni. Hahahaha.

Hanim said...

bestnyeeee! tapi kelakar pulak Lee min Ho posing tegak camtu haha :)

sw33tdarling said...

kenapa tak ajak akuuuuu?????

OK tak jeles sgt sbb ko pun x dapat nak bergambar personal dgn dia. Kalau ko tayang gambar sebelah dia mmg aku nangissss.. xmo kawan! hahahaha

Wak Lat said...

Salam. Hee beruntunglah ahkak dapat tengok Kpop artis gituu., ehhee

Nadia Johari said...

sekarang memnag bagus kalau buat sesuatu guna alam sekitar..takdela tercemar sana sini

LYAfrina said...

haha..pegang poster je takpe.. hihi

Azian Elias said...

Cantiknya kulit dia cik lily oiiii.. bersinar2...

awat lah tak pegi peluk yg real tuuu...

aksarafendi said...

pict berserta caption last tu memang sangat win!!!

Suria Amanda said...

ooooo...ini la dia erk....Lee Min Ho...ensem jugak....

Myra Jay said...

Untungla kak.. Jadila bergambar dengan patung pun kan :)

Mujur tak obses macam remaja tu ;)

Azueriena said...

wahhhhhhh lee min ho adussss memang cair ler nengok dier...suker sgt tgk dier tau..tp kenapa dtg mesia buat rmbut cmtuhh...x macho...huhuhu

Azueriena said...

wahhhhhhh lee min ho adussss memang cair ler nengok dier...suker sgt tgk dier tau..tp kenapa dtg mesia buat rmbut cmtuhh...x macho...huhuhu