Wednesday, December 31, 2014

Pisang Cheese Jakarta di Seksyen 9, Bangi

Hi Korang,

Ok teruskan mood berblogging ni ek 

Chaiyok!! 

Minggu lepas sebelum pi amik #DakUban kat hostel dia, ktorang jejalan kat area Bangi ni. Bukan pun, just melawat kawasan. Ewah cam YB plak kan.


Sebenarnye duk cari gerai yang jugal pisang cheese ni. Itu hari aku pi beli kat Seksyen 8 gerai tepi jalan yang menghadap Petronas Seksyen 7 ni. Ermm haru sungguh, ada ke pisang tu dilenyek dan di letak dalam kulit popia dan digoreng. Lepas tu baru curah cheese.

Ermm memang tak kenalah dengan tekak aku, langsung tak original. Taulah nak buat kelainan tapi out of taste lah. Itu kira first dan last aku singgah gerai tuh. 

Lalu lalang depan hospital AnNur ni ternampak gerai Pisang Cheese Jakarta ni. 


Comey nau gerai ko bang, kena bukak mata then baru perasan. Mr Big berhenti tepi, suruh aku turun pi tengok betul ke tidak gerai tuh. Hah nasib baik betul, terus je aku beratur. Tapi tak ramai orang pun time tuh, ada sorang kakak je depan aku ni. Mak oi beli bukan main banyak, agaknya sedaplah kot

Ada pelbagai pilihan perasa untuk dicuba ek.


Of courselah aku memilih 

Original (RM7)

Messy Chocolate (RM7)

Cukuplah cuba dua perasa dulu. Jangan tamak, kang beli bebanyak tak sedap cam ne cakap dalam hatilah time tuh.

Balik rumah, lepas kemaskan bebarang asrama #DakUban ni, terus je makan. Not bad rasanya, boleh tahan sedap. Sama macam aku makan kat Jakarta time birthday aku hari tuh. Aku prefer perasa Original coz rasa brown sugar tu memaniskan lagi pisang tuh.

Korang nak cuba, meh singgah di


Pisang Cheese Jakarta

Sebelah Restoran Kelisa
Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi


(sebaris dengan hospital Annur dan juga restoran jepun Miyagi tuh ek)

ambik gambo guna handphone je, sebab tu cam suram-suram je warnanya kan hehehhehe


12 comments :

Nuriesya Nadia said...

YEAAAYYYYY !!! DAH ADA DEKAT BANGI !! YEAYYYYY DAH DEKAT DAH DEKAT. YESSS.

p.s : maafkan keterujaan hamba. :D

Inani Hazwani said...

femes benau sekarang pisang goreng cheese ni. :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak lily, wahh sedapnya.. leleh ayaq liur tengok gambar. hahaha nasib baik dah selalu makan.. skrg ni musim org jual pisang cheese coklat kan.. senang nak jumpa tapi susah nak cari yang sedapppp :)

FarahFerraDotCom said...

baru semalam farah makan pisang cheese jugak...sedap kan.. hari nie nak pi cari lagi la...btw Selamat Tahun Baru 2015 ya! =D

Keknis said...

aaa sedapnye pisang cheese! dekat da dengan tempat anis ni rasanya, ada masa boleh pegi cuba :)

Keknis said...

aaa sedapnye pisang cheese! dekat da dengan tempat anis ni rasanya, ada masa boleh pegi cuba :)

Anonymous said...

Sayangi Bahasa Melayu
Pisang Cheese - pisang goreng berkeju
Area - kawasan
Bahasa terlalu bercampur aduk.
Malu lah, kalai orang Melayu tak sayang Bahasa sendiri. Siapa yang nak sayang. Jangan jadi Cina kafir perosak Bahasa Melayu

Unknown said...

dari dulu dok baca entri org pasal pisang cheese ni tapi sekali pun tak pernah rasa. hehehe

raihana said...

kite dah try pisang cheese uncle sam nie.. memang sedap!

hazman fadzil said...

owwwhh.... yang kulit popia tu si sumijelly pun terkena gak...hehehe...tapi rasanya kalau kat bangi yang seksyen 9 yang best

INNANIE ARIFFIN said...

menggoda betul lah baca entry ni memalam!

Suria Amanda said...

Ermmmm....nampak tempting sgt2..SA nk cuba la....