Hi Korang,
takutnye huhuhuhu
Hari tu team Cik Lily Putih sempat ke preview telefilem istimewa berjudul ‘Oh My English: Villa Isabellaaa!’ di GSC Signature The Gardens. First time masuk kat wayang Signature ni, esklusif sangat wei.
jom masuk ek
Oh My English: Villa Isabellaaa! merupakan telefilem ketiga daripada siri komedi pendidikan popular ini selepas Oh My Ganu! dan Oh My English – Hello America!. Telefilem arahan Shamyl Othman ini merupakan satu karya dengan suntikan elemen misteri dan suspen ke dalam kisah yang berkonsepkan komedi pendidikan. Para peminat siri ini pastinya tidak sabar menantikan kisah pengembaraan baru dan cabaran yang bakal ditempuhi oleh watak-watak OME! kegemaran mereka dalam merungkai tragedi misteri yang menimpa.
para pelakon oh my english-villa isabellaaa
juzzthin dan nina AF2014 menyanyikan lagu tema
Mr. Henry Middleton (Zain Saidin) akan menyertai para pelajar kelas 4 Merah iaitu Jibam (Akhmal Nazri), Jojie (Nadiya Nisaa), Zack (Juzzthin) dan Mazlee (Zhafir Muzani) dalam menempuhi cabaran baru bersama Sarjan bin Mejar (Rahim Jalur) dan Cikgu Bedah (Sherry Al Hadad) yang pasti akan membuat anda tidak kering gusi dengan telatah mereka. Selain itu, telefilem kali ini bakal menampilkan pelakon wanita berkaliber iaitu Emelda Rosemila yang akan membawa watak sebagai seorang wanita misteri bernama Puan Tiana. Terdapat juga penampilan istimewa daripada Izzue Islam, Sara Ali dan Atu dari kumpulan Zero.
Kisah Oh My English: Villa Isabellaaa! bermula di mana para pelajar kelas 4 Merah dan Mr. Henry Middleton berhasrat untuk melawat See Yew Soon selepas berita pemergian mendadak See Yew Soon ke Singapura di dalam episod kemuncak Musim ke-3. Atas dasar semangat setia kawan, Mr. Henry Middleton bersama Jibam, Jojie, Zack dan Mazlee serta ditemani Cikgu Bedah, Aiman dan Sarjan bin Mejar membuat keputusan untuk melawat See Yew Soon. Mereka kemudiannya memulakan perjalanan dengan menaiki sebuah van. Malang menimpa apabila van yang mereka naiki pancit dan mereka terkandas di kawasan yang asing.
Lantas, mereka menyelusuri hutan dan menempuh perjalanan yang jauh untuk mencari bantuan, tetapi gagal. Sebaliknya mereka menemui Villa Isabella, sebuah rumah terpinggir yang dihuni sendirian oleh Puan Tiana, seorang wanita misteri yang sering berpakaian merah. Puan Tiana menjemput mereka menginap di rumahnya pada malam tersebut. Namun, pelbagai persoalan timbul tatkala beberapa kejadian aneh berlaku pada mereka.
Keberanian mengajar Jojie erti persangkaan. Dia mahu mencari kebenaran. Dia membongkar pelbagai petunjuk membuktikan Puan Tiana tidak seperti yang dijangkakan. Akhirnya rahsia yang tersembunyi di Villa Isabella muncul sedikit demi sedikit menyebabkan rakan-rakannya sudah mula mempercayainya Jojie dan syak wasangkanya.
Sharifah Noraidah, Penolong Naib Presiden Saluran Astro TVIQ berkata, “Kami di Astro sentiasa mengambil kira pandangan dan pendapat daripada para peminat yang telah mengikuti siri rancangan Oh My English! dan rata-ratanya memberikan sokongan positif menonton rancangan ini. Kami berterima kasih atas penerimaan siri pendidikan komedi ini dan gembira siri ini telah menambat hati mereka. Maka dengan itu, seusai tamat siri Oh My English! Musim Ketiga, kami tampilkan telefilem istimewa khas buat para peminat, Oh My English: Villa Isabellaaa!.
Oh My English: Villa Isabellaaa! ini sekali lagi telah ditaja oleh Vitagen, iaitu minuman susu kultur sebenar nombor 1 di Malaysia yang padat dengan kultur Lactobacillus (Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei) bagi membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat dan merangsang sistem imunisasi yang lebih kuat.
Astro TVIQ, saluran 610 juga akan mengadakan marathon selama dua hari pada 26 Disember dan 27 Disember, dari 10 pagi hingga 10 malam, di mana para penonton Oh My English! boleh berinteraksi secara langsung menerusi Twitter sambil menyaksikan kembali telefilem Oh My Ganu dan Hello America serta episod-episod terbaik Oh My English! dari musim 1 hingga 3. Twitter terpilih akan disiar secara langsung di televisyen.
Penonton Oh My English! boleh juga berinteraksi melalui laman sosial seperti Facebook (Oh My English), Twitter (@Oh_My_English), YouTube (Oh My English!) dan Instagram (@ohmyenglish). Peminat Oh My English: Villa Isabellaaa! dijemput untuk menyertai perbualan menggunakan hashtag #OhMyEnglish dan #VillaIsabellaaa untuk mendapatkan klu mengenai villa misteri ini sambil memberi peluang kepada mereka untuk mendekati cerita ini sebelum tayangan perdana di televisyen.
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton telefilem Oh My English: Villa Isabellaaa! yang akan disiarkan pada 27 Disember 2014, jam 9 malam secara eksklusif di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (Saluran 135).
Layari laman rasmi Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my untuk maklumat lanjut atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.
1 comment :
waaaa menarik . . x sabar nak tgk
Post a Comment