Tuesday, November 18, 2014

The Gravy Factory Empire Damansara, Makan Tengahari Di Sini

Hi Korang,

Jauh betul Cik Lily Putih dah Mr Big merantau mencari tempat makan sedap kan, itulah kalau dah bosan makan kat biasa inilah hasilnya.


Rasa tak syok makan berdua, join sekali bebudak yang sibuk buat #bloggerfoodmarathon hari tuh.


Jadi ktorang ke The Gravy Factory di Empire Damansara.


Restoran ini menghidangkan makanan Asia dan Barat yang difusionkan. Wah kemain gak ayat kan. Menurut kata Mr Wong, menunya di reka mengikut citarasa kita rakyat Malaysia. Haruslah mesti ada rasa pedas, masam, manis dan berlemak. Hehehhehe…




Dekorasi dalam restoran amat simple, berkonsepkan moden.


Yang best tu kita bole lihat sendiri chef memasak tau sebab dapurnya berkonsepkan open kitchen

Jom kita tengok apa yang dihidangkan untuk ktorang pada hari tuh ek


Chicken Salad RM12.90

Succulent grilled chicken tossed with fresh, crisp romaine lettuce, crunchy croutons and cherry tomatoes, with a drizzle of Caesar dressing or Thounsand Island dressing

Komen Cik Lily Putih : saladnya ranggup, ayamnya lebih dan bila di campurkan sekali dengan dressing tuh rasa sangat sedap.


Hainanese Chicken Chop (signature dish) RM20.90

East meet West in a marriage of deep-fried battered chicken and tangy oriental flavours. Completing the dish is a side of French fries and mixed vegetables

Komen Cik Lily Putih : boneless chicken memang sedap buat chicken chop, salutan tepung tak terlalu tebal dan garing, kurang berminyak. Rasa sedap


Fish Concalaise (signature dish) RM26.90

Emerald fish fillet baked and garnished with a drizzle of white cream fish sauce. Served with mash potatoes and juicy mushrooms

Komen Cik Lily Putih : ikannya tak pecah, cantiknya di bakar. Walaupun masa sampai tu dah disiram sos but still ikannya garing lagi


Nasi Lemak RM19.90

Malaysia’s pride and joy. A true national icon. Pick from our exquisite beef or chicken rendang. Served with a fried egg and traditional sambal

Komen Cik Lily Putih : nasi lemak haruslah kena sedap dalam serba serbi even kalau ikan bilis tak garing terus tak jadi sedap nasi lemak tuh. Untuk ini, lengkap semua condimentnya dan sambalnya sedap dan tak pedas.



Spaghetti Carbonara (signature dish) RM22.90

Indulge in the creamy world of carbonara, every mouthful of pasta is filled with fresh French bean, succulent button mushroom and the ever delightful beef bacon.

Komen Cik Lily Putih : nampak macam berlemak tapi tak pun sebenarnya. Cukup rasa dalam hidangan ni, tak yah deco salad yang banyak, biar sesimple yang mungkin

Steam Chocolate Cake RM8.90

Coklat cake kukus yang dihidangkan bersama ais krim

Komen Cik Lily Putih : keknya lembut dan kaya dengan coklat, dihidangkan panas-panas dan di makan sekali dengan ais krim, ermm memang awesome.

Untuk pilihan minuman plak,


Mango Lemon RM10.00

Passion Fruit RM7.90

Jack Fruit Pineapple RM10.00

3 pilihan minuman yang mampu menyejukkan tekak korang ketika panas dan menyegarkan plak tuh.

Ermm sampai tersandar-sandar ktorang makan, walaupun portionnya nampak kecil tapi bila dihidangkan rasa macam tak dapat nak habiskan. Nasib baik ktorang on sharing basis kalau tak jenuh nak mengabiskan sepinggan makanan kan.


Ktorang cam biasa, buat booking dengan OFFPEAK.MY, alah website yang bagi diskaun makan kat restoran terpilih tu kan.


Register dulu kalau boleh, sebab bukan setakat kedai makanan makanan barat je, malah pelbagai jenis menu makanan yang korang boleh pilih dan dapat diskaun.

Pilih tarikh, berapa orang dan masa yang sesuai nak pi.


Dah dapat confirmation email, apa lagi terus print dan redeem lah ye. Jangan plak korang lupa nak bawak masa korang nak pi makan tuh. 15% diskaun tuh, banyak tuh bagi aku kan.


Apa lagi jom ke sini ek,


The Gravy Factory
G11, Heritage Lane,
Empire Damansara
Jalan PJU 8/8,
Damansara Petaling Jaya 47820
03-7611 0176

Mon - Fri: 10:00am - 10:00pm, 
Sat - Sun 11:00am - 11:00pm


Kalau time lunch, mereka ada sediakan hidangan yang berbentuk set lunch. So korang yang nak cepat tuh, boleh je order set lunch ni tau.

Nak tau pasal offpeak lebih lanjut, korang boleh ke:-




5 comments :

Unknown said...

Nyum nyum.. mmg terus lapar bila tgk makanan mcmni

Hazmin Hamudin said...

Memang nampak sedap betul semua menu dia.

Luqman Zakaria said...

nampak sedap kot..yumyum.

hazman fadzil said...

Nice....deko kat tempat nie memang sesuai la kalau nak lepak lunch or dinner....

Suria Amanda said...

Byk tempat menarik kat damansara .thanks cik lily for this review..sng nk bwk anak pi masa cuti sekolah..