Hi Korang,
Lama betul tak ke Utara Coffee House ni, sejak review buffet Ramadhan dulu tuh.
Kali ni, ktorang dapat menikmati hidangan sausage yang di pelbagaikan di dalam beberapa hidangan yang simple tapi unik.
Selalu makan ala buffet je, untuk promosi ni kitaorang dihidangkan dengan hidangan ala-carte plak. Kira makan berhidang tau. Order saje then tunggu sampai makanan datang.
So let’s see,
Sosej yang panjangnya 14 inci dihidangkan bersama mashed potato dan sauerkraut (kobis jeruk)
Di hidangkan sekali bersama French fries dan garlic mayonnaise sauce
Sosej ayam bersama beef slices, mashed potato dan sauerkraut (kobis jeruk)
Di hidangkan bersama potato salad san mix vegetable
Di hidangkan sekali dengan anchovies (ikan bilis goreng), bawang dan cili
Walaupun nampak macam sket je portionnya tapi bila makan ermm ma kai kenyang sungguh. Di antara 5 hidangan tuh, aku suka Cheese Frankfurters dan German Bratwurst sebab rasa sosej tuh lain sket dan side dishnya sedap tau.
Alah itu tekak aku, kalau korang aku tak tau plak kan hehehhe
Promosi ‘Sizzle With Sausages’ ini berlangsung dari 1hb Oktober 2014 – 31hb Oktober 2014. 1 bulan tuh, oklah boleh lah plan untuk ke mari kan.
Jom kite ke :
Rasa Utara Cafe
Armada Hotel Petaling jaya
Lot 6, lorong Utara c, section 52
46200 Petaling Jaya Selangor
Tel: 0379546888
Fax: 0379568088
GPS: 3.104347,101.640521
alah lapar balik plak bila tengok gegambar ni ek..
9 comments :
tak sangka, sosej pun leh dihidangkan dgn macam2 style haha
harga leh tahan nak 20 hengget lebih sepinggan yeak cik lily....tgk pun sosej2 jeee...tapi rase mesti lain dari sosej2 yg biase tu kan....tergoda gak tgk...
Mcm2 jenis sausage ada ha....pilih jer kan...sesuai utk pencinta sausage la ni...
semua sedap sedap...
semua nampak macam sedap je tapi tengok harga macam quite mahal sikit hanya untuk makan hotdog...:D
Spicy Sauteed Sausage paling menambat selera mata setakat ni.. Hehe..
Rosmiza Ali Official Blog™
Wow...besar sungguh semua menu sosej nie beb.... harga memang berbaloi bagi harga kat hotel....
kalau makan sosej ni kalau eliss buat kudap2 jer..hahaha..mesti carik nasi lepas tu..
foot long sausage tu brp cm panjangnye tu..
betul punye long tu kan
Post a Comment