Monday, October 13, 2014

Nasi Ambeng Di Rahsia Kopitiam, Bangi

Hi Korang,


Kan aku cakap, walaupun aku dah lama tak balik Johor tapi dalam sebulan mesti nak pekena makanan Johor tau. Kuat sungguh tarikan kuasa Johor ni ek, luaskan kuasamu sangat!

Tup-tup petang tuh, cam teringin sangat nak makan tapi tak tau apa pun.

Bila lalu je depan kedai Rahsia Kopitiam ni, terus teringat yang diorang ada makanan Johor selain kacang pool kan, apa lagi terus singgah masuk.

Terus je order Nasi Ambeng sebab dah biasa makan kan.

Inilah dia Nasi Ambeng

Nasi Ambeng ni merupakan makanan orang Jawa yang dihidangkan semasa ada keraiaan atau majlis kenduri-kenduri gituh lah. Tapi sekarang dah moden, anytime, anywhere dah boleh makan Nasi Ambeng ni.

ayam kicap

serunding kelapa

mee goreng

sayur tempe

Di antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Nasi Ambang ataupun Nasi Ambeng ini adalah nasi putih, ayam masak kicap, ikan masin, urap, mee goreng/mee hoon, sambal tumis, sambal belacan, sayur tempe goreng dan serunding kelapa. Kira ini yang biasa orang hidangkan lah.

Cara nak makan? Ermm gaulkan semua sekali dan makan.

Selalunya masa aku kecik-kecik dulu, ktorang makan dalam dulang seramai 4 orang. Memang terbaek ooo, lepas je terawih bulan puasa mesti ada hidangan ni setiap malam jumaat. Kena kengkawan ko yang tengah selsema time tu kan, haruslah geli nak makan sesama sedulang.. eeeee… pengotor ek.

Tapi sebab dah biasa, ktorang je.

Sudah merepek-repek plak ek.

Ini hah tempatnye:-

Rahsia Kopitiam
No.1, Jalan 15/1D,
Seksyen 15, 
Bandar Baru Bangi.

Direction: masuk ikut belakang Petronas, nampak 1st junction masuk kanan. Then sampailah kedai ni. Alah sebaris dengan restoran BurgerByte je.

Korang yang tak pernah lagi cuba nasi ambang ni eloklah pi cuba. Tak de rasa pelik mana, sedap je lah. Alah macam korang makan nasi kerabu dan nasi dagang tu je..

Ok selamat makan korang…

8 comments :

AMIIZAA@Mieja said...

sedapnya nasi ambeng...peberet kmieja juga....

aksarafendi said...

nasi ambeng ni mcm mmggil2 suh makan..

ini kisahnya said...

yey.. luaskan kuasamu.. hahaha

erm biasa kenduri time jumaat malam la baru dapat nasi ambang.. sedap kan.. gaul2 pastu makan.. aish.. terlior pulak

Sella Shahbudin said...

sedapnya...... terus rasa lapar... ;)

hazman fadzil said...

Nice... good idea nie , so lepas nie boleh la aku cuba ngorat awek johor sambil kat sini... hik3x

Norliza Osman said...

Salam perkenalan ciklilyPutih.... Nasi ambeng ni mmg terbaik lagi2 kalau bungkus saun pising.lg bestttt....

Suria Amanda said...

Sampai sekarang SA mcm x fhm knp nasi ambeng ni ada mcm2 jenis mknn dlm tu...ada mee..nasi...pas tu ada mcm2 sayur...

Unknown said...


Cik Lily, malam semalam akak g mkan dgn suami, makanannya sedap dan murah. Akak mkn nasi ambeng n abang mkan roti arab.Kami jpe kitten, yang kehilangan mamanya,akhirnya bwk balik rumah...Bila anak tak ramai cam ni la....hehe..