Hi Korang,
Perasan tak beberapa minggu lepas aku ada citer pasal Shell FuelSave Challenge 2014 ni kan. Aku rasa ramai yang turut serta join contest ni, tapi apakan daya tak terpilih kan.
So cabaran Shell FuelSave 2014 telah tamat secara rasmi. Kali ini, Muhammad Kamal Asyraf dinobatkan sebagai juara setelah mencatatkan jarak sejauh 20.64 km bagi seliter Shell FuelSave 95 di Pusingan Akhir.
Acara tahunan ini merupakan antara inisiatif Shell Malaysia terpenting untuk menyampaikan mesej berhubung mobiliti bijak kepada beribu-ribu pemandu Malaysia, di samping menunjuk kepada mereka betapa senangnya mereka boleh meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api dengan membuat pilihan pemanduan lebih bijak.
Cabaran ini telah kembali bagi tahun keenam dan menunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa penjimatan bahan api bukannya sesukar yang dibayangkan dan dapat dicapai menerusi pengamalan Petua Shell FuelSave serta penggunaan bahan-bahan api Shell yang direka untuk tahan lebih lama.
Dalam Pusingan Akhir yang diadakan di Saujana Hotel minggu lepas, Muhammad Kamal yang juga merupakan pemenang wilayah Pantai Timur bertarung dengan tiga lagi pemenang wilayah, dan akhirnya dinobatkan sebagai juara selepas mengharungi perjalanan berjarak 90km yang ditetapkan. Keempat-empat finalis telah mengamalkan tip pemanduan bijak yang dipelajari di cabaran wilayah dalam Pusingan Akhir dengan memandu kereta Hyundai-Inokom Elantra 1.6 Sport, kereta rasmi Cabaran Shell FuelSave 2014 yang ditajakan oleh Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd.
“Saya teruja apabila diumumkan sebagai pemenang Cabaran Shell FuelSave 2014. Bagi saya, cabaran ini sangat bermakna kerana telah menunjuk kepada saya berapa senangnya untuk menjadi pemandu yang lebih bijak dan cekap. Kini, saya sekeluarga mengamalkan Tip Shell FuelSave dan menggunakan bahan-bahan api Shell dalam pemanduan kami setiap hari,” kata Muhammad Asyraf sambil tersenyum-senyum.
Cabaran yang bermatlamat mencari pemandu yang paling cekap ini bermula pada Julai tahun ini dengan cabaran wilayah di Johor, dan diikuti dengan Penang, Kuala Lumpur dan akhirnya Kuantan.
Dalam ucapan beliau di acara tersebut, Tuan Haji Azman, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, “Cabaran Shell FuelSave adalah diantara agenda penting Shell yang memberi tumpuan kepada mobiliti bijak. Dengan ini, kami berpeluang membimbing para pemandu di Malaysia untuk menggalak perubahan yang mudah kepada tabiat memandu serta menggunakan bahan api yang sesuai demi meningkatkan kecekapan, lantas memupuk pengguna bahan api yang bijak. Apatah lagi, inisiatif mobiliti bijak ini juga merupakan satu lagi usaha kami demi mengurangkan potensi impak terhadap alam sekitat.”
Shell telah sekian lama menggerakkan usaha untuk mewujudkan masa depan yang mengutamakan kemampanan. Komitmen ini boleh dilihat dari segi kegigihannya untuk membantu para pemandu menjadi lebih cekap menggunakan bahan api dengan membekalkan bahan-bahan api bermutu tinggi. Bahan-bahan api ini dihasikan selepas kajian selama bertahun-tahun untuk menjamin kecekapannya, misalnya, Shell FuelSave mengandungi Ramuan Active Efficiency yang direka untuk meningkatkan kecekapan bahan api, enjin dan tenaga.
Selain itu, Tuan Haji Azman turut gembira kerana cabaran Shell FuelSave tahun ini mendapat sambutan memberangsangkan dengan mencatatkan hampir 10,000 pendaftaran dari empat wilayah.
“Kami berasa teruja kerana ramai pemandu Malaysia menunjukkan minat mereka untuk mempelajari kecekapan bahan api. Semangat yang ditunjukkan mereka di bengkel bergerak serta cabaran wilayah dapat dirasai. Mereka telah mengkuasai Petua Shell FuelSave dan telah mengambil inisiatif untuk menjadi pemandu yang lebih bijak menggunakan bahan api,” kata beliau.
Shell juga telah memperkenalkan Shell FuelSave Journey, satu aktiviti di laman web yang menyeronokkan demi menggiatkan lagi penglibatan para peserta. Menerusi aktiviti ini, mereka berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan ganjaran yang eksklusif. Di samping itu, mereka dapat meningkatkan pengetahuan mereka dari segi kecekapan bahan api dengan menyertai pelbagai permainan interaktif di laman web yang menggalakkan mereka membuat pilihan lebih cekap berhubung penggunaan bahan api serta mengamalkan Petua Shell FuelSave.
Mengikut Tuan Haji Azman, Shell FuelSave Journey merupakan platform yang amat sesuai untuk menggalakkan para peserta meneruskan penglibatan mereka serta memberi peluang kepada kami untuk mendampingi generasi pemandu yang muda.
Shell FuelSave Journey turut mendapat sambutan hangat. Para peserta telah menyahut cabaran dengan menyempurnakan lebih 25,000 misi yang ditetapkan dan menghantar gambar-gambar serta video-video yang menarik berhubung pandangan serta tip mereka mengenai kecekapan bahan api.
Turut hadir di acara tersebut, Duta Shell FuelSave, Fahrin Ahmad dan artis tanah air terkemuka, Lisa Surihani, yang memberi sokongan moral serta bersorak bagi keempat-empat finalis.
“Semangat tinggi para peserta menandakan kejayaan acara kali ini. Saya berbagga kerana diberi peluang membabitkan diri dalam acara ini dan berkongsi Petua FuelSave serta pengalaman saya berkaitan penjimatan bahan api dengan semua peserta. Sebagai duta Shell FuelSave dan pendukung penjimatan bahan api, saya yakin bahawa semua orang akan mengecapi manfaat dengan mengamalkan Petua FuelSave dalam pemanduan mereka. Saya berazam untuk menyampaikan mesej Shell mengenai pilihan pemanduan yang lebih bijak untuk menggalakkan penjimatan bahan api,” kata Fahrin.
Korang pun boleh berkongsi pandangan korang mengenai pilihan pemanduan yang bijak di #ShellFSC.
Sila layari www.shell.com.my/fschallenge untuk memperoleh maklumat lanjut mengenai Cabaran Shell FuelSave 2014.
1 comment :
Tahniah kepada pemenang...
Post a Comment