Hi Korang,
Aku rasa cam bengong plak tulis entry tunggang terbalik cam nie.
Sekejap citer pasal makan, sekejap pasal beauty, sekejap pasal event kan ermm lantaklah janji korang dapat segala info apa yang ingin aku sampaikan ye.
So kita berbalik pada citer aku sekeluarga bercuti-cuti Malaysia di Taiping hari tuh sempena cousin aku kahwin kan. Malam tu kan ktorang bermalam di Taiping Golf Resort, jadi haruslah keluar mengisi perut yang lapar ni.
Suppose aku google dulu tempat makan mana yang sedap di Taiping ni tapi nan adonye langsung tak de masa ek. Nasib baik petang tuh ktorang sempat jalan-jalan di sekitar Lake Garden Taiping ni then ternampaklah Pusat Penjaja di belakang Balai Bomba, jadi Mr Big cakap kita semua makan kat sini lah coz nampak cam tempting je dari jauh.
Agaknya weekend kot, punyelah payah nak cari parking. Ada 3-4 kali tawaf kat kawasan ni coz diorang kat sini semuanya jalan sehala. Kalau silap sket abissss!
Masuk-masuk je, dah nampak pelbagai jenis gerai jual makanan yang membuatkan air liur aku meleleh. Ada yong tau foo, sate, sotong kangkung, ABC dan memacam lagi lah. Gilorss banyak ooo
Sebab ktorang ramai so order macam-macam tapi sket-sket ek.
Ni aku nak tunjuk ni
Sate
Sotong Kangkung
Yong Tau Foo
Hah amik ko, semua makan dengan berselera sekali. Maklumlah time hujan kan, sejuk jadi semuanya lapar.
sate ayam dan daging
sate tetel
sate limpa
Tak cukup tambah lagi dan lagi dan lagi dan lagi sampai ayah aku cakap sudahlah tu. Pi mintak resipi kat makcik sate tu ek, buat sendiri kat rumah.
Rasa insaf sekejap dibuatnya kan..
Cam tulah citer makan-makan sedap ktorang sekeluarga di Bandar Taiping ni.
Memang tak puas sangat berjalan coz limited time kan, mungkin satu hari nanti mesti akan kemari lagi. Nak amik gambo romantik kat Lake Garden pun tak sempat la wei..
7 comments :
kak ly bila nak bawak farah ke sini? eh nanti nak what's app...lama dah tak what's app...
hmmm.. lama dah tak pi utagha ni.. planning dlm cuti skolah next month nak pergi round2 utara..
walla wei, nampak sedap2 je menunyer, len kali leh cuba kat sini.. i luv satay !
hohohoh..bikin saya meleleh air liur...
wow....besar-besar sate kat sini beb....overall harga kat sini mesti lebih murah dari KL kan...
kampung kitaa nih. selalu balik tepeng mesti pekena yong taufu blkg bomba nih. hikhik
paling x bleh tahan ngan sotong kangkung tuh...my fav tuh cik lily....
Post a Comment