Friday, June 27, 2014

Makan-Makan Sempena Buffet Ramadhan di Fish & Co Restaurant, Pavilion

Hi Korang,

Aku memang dah biasa makan dekat restoran Fish & Co ni. Tak kira memana outlet pun semua aku dah try kecuali yang dekat The Mines coz tak de masa nak singgah.


Tup-tup ada plak jemputan makan-makan dari pihak restoran sendiri, so haruslah aku heret Mr Big sekali. Dah tentulah dia suka, maklumlah favourite food dia sejak dari dulu lagi.


Ktorang di sambut oleh Junee, one of the PR yang handle program ni. Rupanya ktorang pernah jumpa dulu masa dia kerja kat tempat lama dia. So majority bloggers yang di jemput ni kebanyakannya aku kenal lah. Jadi lagi senang nak buat networking kan hehehehe..


Kira macam kreatif jugak letak blog header ktorang kat table, comel plak aku rasa blog header aku daripada orang lain hahahahahaha

amik gambo kat food display,senang sket kan

hebat sungguh cara diorang mengambil gambo ek

minum-minum dulu sambil makan udang sedap tuh, aku sendiri makan lebih dari 5 ekor tau sebab sedap punya pasal hehehehehe


tablemate ktorang, bro denaihati.com, eyriqazz.com dan eizil.com

Ok camwhore session sementara tunggu blogger lain sampai. Bergambo jelah tanpa rasa jemu.


Emcee pada hari tuh ada Dollah Cantik. Ermm rasa ramai kot yang kenal, yelah Floor Manager Astro yang paling glamer tuh. Kalau ada event-event LIVE memang dia yang jadi FM nya.




Ms Charmaine Tan, selaku one of Fish &Co team memberi kata-kata aluan sket. Beliau menerangkan serba ringkas menu buffet Ramadhan yang telah pun disediakan untuk bulan Ramadhan nanti.

Inilah dia set menu bagi bulan Ramadhan 2014 nanti


Simple je kan, just nice untuk 2 orang berbuka puasa hanya RM64.95 je. Bolehlah tukar-tukar untuk rasa nanti, nampak cam besar portionnya kalau tengok gambar kat banner ni.


Ada cabutan bertuah tapi cam biasa aku tak bertuah pun. Hadiahnya best tuh, monopod with remote shutter dan Beats earphone.Untunglah sapa yang bertuah tu kan.

Ok jom merasa makanan.

Summer Coolers

Inilah dia minuman rasmi untuk set menu ramadhan nanti. Kemain minuman rasmi bagai, sedap. Tak berapa manis dengan syarat hendaklah di kacau terlebih dahulu sebelum minum kan. Kalau tak boleh potong kaki oooo

Grilled Peri-Peri Chicken with Arctic Fish


Sedap la coz gabungan ikan Pollock yang digoreng garing dengan boneless chicken bersama sos special. Ada plak kentang goreng dan coslew. Aku siap pau Mr Big 2-3 kali lah.

Seasonal Catch with 2 choice Sauce

Ikan dori di masak secara gorengan yang dihidangkan sekali dengan mashed potato dan nasi. Ada 2 pilihan sauce iaitu Sambal sauce dan juga Spicy Teriyaki. Not bad jugaklah, aku makan dua-dua sekali. 

Triple Chocolate Cake

Untuk nak tambah kesedapan lagi di dalam set menu ramadhan ni, di sertakan dengan pemanis mulut sekali iaitu Triple Chocolate Cake.


Hah amik ko, coklatnya yang pekat tapi lembut bila masuk ke dalam mulut. Ermm lazatnya

Prawn Fritters

Yang ni plak, merupakan hidangan tambahan/sampingan bagi set menu ramadhan ni. Korang boleh je add-on pada harga RM 8.95 je.

Memang betul-betul kenyang dibuatnya.


Ini adalah sos wajib ada bila pi makan di sini. Minced garlic+ginger, tomato pes sauce, tartar sauce. Betul ke tidak ni ek, tapi cam tulah yang tekak aku rasa. Kalau salah, memintak team Fish & Co tolong betulkan ye.

Nampak macam portionnya kecik je tapi semput jugak nak abiskan sekuali ni. Ewah macam kuali besar sangat, alah kuali yang orang selalu buat deco tu lah.

Abis makan, jom kita sambung bercamwhore lagi ek.

tau tak monopod ktorang tu ape? batang pancing wokeh..




Yeah, sangat-sangat awesome dengan bebudak bloggers ni. Fish&Co team pun sporting abis.


Kalau dah suka sangat, mehlah ke sini

Pavilion KL (with alfresco dining)
Lot No. C4.02.00,
Level 4, Pavilion Kuala Lumpur,
168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Tel: + 6 03 2141 1350


comel tak monopod aku? pakai garfu je

Senang kan, alah dalam Pavilion je. Bawah TGV cinema tu hah. Bolehlah malas nak bersesak dalam jem balik pi je makan kat sini.

5 comments :

Ainim Rashihah said...

bestnya kak. teringin nak pegi

Prof John said...

murahnya..nampak sedap sgt..mmg kena cuba ni nanti..thanks sharing..

hazman fadzil said...

whoaaa.....tang aksi monopod pancing tu buat gelak besar...dan aku rasa ko ada harapan jadi duta FISH N CO laa sebab gambar ko penuh dalam fb diorang...hehehehe

Junee said...

Alaaa tak sempat pulak nak bergambar ngan you! Insha Allah ada event next time boleh gambar together-gether.

TQ sbb sporting! Hehe. Take care!
- Junee

maszull said...

assalamualaikum CLP...mmg terbaik la...:)