Monday, June 16, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di VISTANA HOTEL Bersama 101 Resipi Tok Wan

Hi Korang,

Sejak Vistana Hotel ni direbranding hari tuh, aku still belum ada masa lagi untuk kesana.


Nasib baik ada Ramadhan review minggu lepas, dapatlah jejak kaki ke sini lagi.

Siapakah Tok Wan tuh ek

Tok Wan ni merupakan panggilan/gelaran nenek bagi mereka yang berada di Pahang. Kalau kita just panggil nenek, Wan, grandma kan hehehe

Bertemakan 101 resipi Tok Wan, pihak Vistana menjanjikan 101 jenis resipi pelbagai rasa daripada pembuka selera seperti kerabu hingga ke pencuci mulut kuih muih tradisional.



Pilihan pembuka selera yang berkhasiat seperti ulam-ulaman macam ulam raja, jantung pisang, kacang botol dan petai, Di tambah pula dengan pelbagai jenis sambal mahupun colek seperti sambal belacan, cencaluk, tempoyak, budu dan sambal nenas.












Untuk sajian utama Tok Wan menghidangkan ayam bunga rampai, rendang daging, ikan talapia goreng berempah andassam pedas ikan tenggiri. Di antara pilihan lain yang bersesuaian di makan bersama dengan nasi panas adalah ayam percik, gulai daging dengan nangka, paru paru goreng berlada, daging masak kicap dan lada hitam, ikan sembilang masak tempoyak, pajeri terong dan rebung masak lemak.

Meh intai pemanis mulut plak,












Sangat awesome kan. Aku sendiri makan dessert dulu then baru cuma main course, serius pilihannya sangat sangat banyak dan sedap.

Untuk buffet 101 Resipi Tok Wan ni, ianya bermula dari 29hb Jun 2014 – 27hb Julai 2014 dari 6.30petang hingga 10.00 malam.

Harga buffet ramadhan 2014 di Swez Brasserie ni adalah

RM 48++ untuk dewasa
RM30++ untuk kanak-kanak (4-12 tahun)


Jom kita ke :-

Vistana Hotel Kuala Lumpur Titiwangsa
Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur

Telefon: 03-4042 8000
Official website : 


Buffet Ramadhan ini di adakan di tingkat 3 Banquet Room dan hotel ini di lengkapi dengan parking yang luas dan untuk kemudahan untuk solat di sediakan untuk mereka yang berbuka puasa di sini.

Time puasa, malas nak balik sebab jem bolehlah singgah kat sini jap. Tak de lah mahal sangat pun daripada tempat-tempat lain ek.

10 comments :

MrJocko said...

pernah berbuka kat sini,,, sedap jugak la menu Ramadhan :)

sitirohaida said...

syok betul masuk blog ni..banyak makanan...rasa nak makan jer..

ietams said...

dessert nya mabelesss!

maszull said...

assalamualaikum CLP...sedapnya tengok semua menu tu terasa lapar...:)

hazman fadzil said...

Nice.... if hotel rate RM48++ tu macam murah sangat je.... or harga early bird... sebab macam murah jer

Mummy Dina said...

nampak sedap mcm bebuka puasa je menu...

brohantu said...

menu ala kampung gituuu

Unknown said...

Kambing panggang ade tak..
Sbb mcm taun lepas ade kambing panggang

Unknown said...

Kambing panggang ade tak?
Sbb taun lepas ada kambing panggang

Anonymous said...

BerbalOi sgt harga Rm48++, sbb bukannya nak melantak pun kan sampai harga nak gila2... so gOod!!