Thursday, May 29, 2014

NISSAN ELGRAND - Kemewahan Dalam Segmen MPV


Hi Korang,

Nak citer mengenai kereta MPV Nissan Elgrand keluaran Tan Chong Motor ni la ye..


Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memperkenalkan model import sepenuhnya, Nissan ELGRAND baharu. MPV premium 7 tempat duduk itu memiliki penampilan mengagumkan dan ciri baharu yang menyerlahkan rasa kemewahan sebenar. 


Gayaan luaran Nissan ELGRAND baharu mempunyai penampilan yang mantap dan tegap bersama gril hadapan disalut krom penuh gaya serta disempurnakan lagi dengan rim aluminum aloi multi-jejari baharu bersaiz 18 inci. Dengan lampu utama jenis LED projektor baharu dengan sistem lampu hadapan aktif adaptif (Active Adaptive Front-Lighting System), pandangan pada waktu malam dipertingkatkan.



Setiap ciri dalaman Nissan ELGRAND baharu memiliki sentuhan mewah bermula daripada Paparan Multi-Informasi (MID) dan Kawalan Jelajah Automatik. Meter Fine Vision dengan Paparan Bantuan Pemanduan bersaiz 5 inci diletakkan di antara meter kelajuan dan takometer, menawarkan pemandu maklumat penting dengan hanya satu satu sentuhan. 


Nikmati keselesaan Nissan ELGRAND baharu dengan kabin lebih luas yang telah ditambah baik. Ia menampilkan tempat duduk berasingan jenis kapten dengan Ottoman dan sokongan pada bahu yang boleh dilaras. MPV premium 7 tempat duduk itu turut menampilkan tempat duduk kuasa yang boleh dilaras sehingga 8 cara, sekali gus menawarkan versatiliti terbaik dan selesa bersama ruang kaki yang cukup luas. Untuk menambah ruang kargo, tempat duduk baris ketiga boleh digerakkan ke hadapan sehingga 240mm, biarpun ketika digunakan, memberikan ruang luas untuk meletak barang. 


Nissan ELGRAND baharu menampilkan ruang dalaman mewah berwarna hitam dengan kombinasi kemasan kayu. Tempat duduk yang dibalut kulit itu hadir dengan corak berbentuk berlian dan jahitan berkembar berwarna coklat bagi meningkatkan lagi kemewahan Nissan ELGRAND baharu. 


Nissan ELGRAND baharu dilengkapi enjin 3.5 liter dan transmisi automatik. Ia didatangkan dalam empat lilihan warna - Imperial Umber serba baharu, Putih Mutiara (Brilliant White Pearl), Perak (Brilliant Silver) dan Hitam (Phantom Black). MPV ini ditawarkan pada harga di atas jalan RM 388,000 (tidak termasuk insurans), bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mena-mana tiba dahulu). Tempahan kini diterima di mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara. 

Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia, sila layari laman web: www.nissan.com.my.

Ermm itu je...


1 comment :

lieyalatif said...

Perfhhhhh smart nyeeee ciklily...berkenan tgk...tp terus terang ckp nissan mmg best...akak pakai grand livina mmg jarang buat hal....best sgt!....