Hi Korang,
Pasal bab makan, memang aku suka explore dan cuba.
Bila orang cakap kedai tu sedap, so aku pun excited nak cuba. Kalau hasilnye memuaskan haruslah di kasi pujian melambung dan kalau hampeh itulah kali pertama dan terakhir aku pi makan kat situ.
Macam kedai makan Mee Tarik ni, dah ramai duk cucuk aku pi cuba kat sini. Akhirnya last week, aku heret bebudak office aku pi makan kat sini. Masa ktorang sampai meja kosong still ada lagi lah, lambat sket mesti fullhouse.
So tak pernah cuba dan tak de waiter nak rekomen pun, so aku pilihlah apa yang aku tengok menu tu macam menarik je.
Ktorang order
Beef noodles
Mustard beef noodles
Chicken Braised noodles
So sambil-sambil nak tunggu makanan ktorang siap, sempat jugak dapat tengok proses pembikinan mee tarik ni. Alah tengok kat glass wall yang diorang dah siapkan ni. Hah, camtu sekali meet uh kene tarik ek.
Disebabkan officemate aku ni chinese so banyaklah komen-komen yang dia citer kat aku pasal kualiti mee tarik ni which is aku tak nak share kat sini lah. Cuma yang aku betul-betul berangin sket cara diorang hantar makanan.
Bila kita tanya apa nama makanan ni, waiter tu tak boleh nak jawab coz diorang langsung tak paham Bahasa melayu or english. Itu yang jadi lack of communication tuh. Sampai aku tersalah makan coz diorang pakai letak dan jalan je. Nasib baik tertukar dengan officemate aku je, kalau tertukar dengan order meja sebelah. Aduiyai.. lu fikir la sendiri.
Ok ni alamat kedai mee tarik warisan asli hassan :
Mee Tarik Warisan Asli
51A, Jalan Tasik Utama 3
Medan Niaga Tasik Damai
Sg. Besi 57000, KL
017-8768960 / 0390543209
Maybe masa aku datang ni, pekerja lama cuti kot, tinggal baru newbie je sebab tu diorang tak berapa nak organize tuh. Tapi jangan bimbang cashier boleh cakap melayu. Hahahahahaha
15 comments :
dh pernh mkn yg outlet kt dangwangi...nanti kalo ciklily pegi try la lamb toothpick sedap
rasa dia cmner..
jauh beza dgn mi biasa?
nmpk sedap nye. kuah dia mg ala style cair mcm tu ke?
assalamualaikum CLP...wah sedapnya tengok...;)
saya pun ade gak terkena!
order bungkus, punya lama dah siap, takde sape inform. bertapa lame nunggu sampai le pergi tanye ke cashier, cashier terjeling-jeling muka masam malas layan. huhuhu..
terus pangkah tak mo pergi dah..
cukup la dah merasa dah mee tarik ni dedulu
part cashier tu memang penting pandai cakap melayu..x pernah cuba lagi ciklily...hehehe
kat paradigm mall ada satu rasanya kak... tapi itu chinese restaurant...hik hik hik, nak cuba jugalah yang ni...
Mee hunnya nampak sedap sungguh
Assalamualaikum kak lily, ahhaha sabar banyak la salah makan menu member kan. heee
nak tulis menu kena tulis nombor. yang melayu tukang hantar air.. kalau malam memang penuh restoran ni...
nak tulis menu kena tulis nombor. yang melayu tukang hantar air.. kalau malam memang penuh restoran ni...
mesti sedap kan dapat makan mee yang fresh dan tak de bahan pewarna / pengawet... nak hirup kuah pun jadi best....betul tak
dah macam kedai mamak je..cakap melayu tak reti..yg ni versi kedai cina la ekk..hehe
Suami akak duk keje sg besi x gtau pun psl nih...nih yg berasap hedong nih
Baru.pas tgk kat ntv7. Terus rs nak cuba.
Visit my my blog www.momsmilkyway.com
Post a Comment