Thursday, March 20, 2014

Sayangi Kereta Anda : Tips Memandu Di Tanah Tinggi

Hi Korang,

Sesiapa yang kaki stalker Instagram aku mesti tau yang last week, ktorang berdua ke Genting Highlands time keje.


Siap amik cuti bagai semata-mata nak tengok ILDIVO kan. Ishkk sanggup ko! Peminat setia wei aku ni, suker sebab suara diorang auwww...


Aku memang surrender bila bab bawa kereta memanjat tanah tinggi ni, yelah ko kang silap sket langkah demm. Simpang malaikat 44 ek. Aku cuma pernah bawa sekali je naik ke Genting Highlands tu, time tu first time driving kan. Memula ok dah lelama rasa kecut perut plak but Mr Big kata bawak je cuba belajar naik sampai atas. Seriau darah bila time selekoh tuh, dengan ada plak lori besar-besar ni dan sampai gak ke atas dengan selamat dan rasa leganya.

Lepas tu serik dah.


Last week, naik turun Mr Big yang bawak. Masa ktorang naik kereta tak banyak just lori-lori construction je so kira ok sket. Sebab lama tak naik Genting pakai kereta rasa cuak tu ade lah, selalu naik bas je kan. Jalannya kan berpusing-pusing, ermm tak lepas tangan aku pegang handle pintu tuh, sampai Mr Big tegur, u tak caya I punye driving ke? Ishkk.. ke situ plak kan.

sejuk giler time nie.. dah la pakai short je


ade hujan renyai-renyai plak


Bile time nak turun plak, walaupun dah pukul 1 petang tapi kabus still makin tebal lagi sampai tak nampak jalan. Ermm memang kena slow sangat, tukar gear rendah, kalau tak kereta mengelusur ooo. Yang penting ikut arahan kat papan tanda tepi jalan tuh. Bila kena drop gear then tukarlah jangan degil nak tunjuk terrer ye.


Lega bila dah sampai Genting Sempah dan Gombak. Terus mood lapo tu datang

Ok ni aku kongsikan tips pemanduan di tanah tinggi

1. Apabila memandu di kawasan di selekoh tajam pada waktu siang, bunyikan hon untuk memberitahu pemandu lain tentang kehadiran anda dan pada waktu malam gunakan lampu tinggi.

2. Untuk mengelakkan mabuk ketika menaiki kawasan bukit,gunakan gear satu atau dua.elakkan membrek terlalu kerap sebaliknya lebih bermain dengan minyak.

3. Jangan memotong dilaluan berkembar dan kawasan berbukit kerana pemandu tidak boleh melihat apa yang ada dihadapan

4. Pandu dengan kelajuan sesuai.jika jalan berminyak,berpasir dan keadaan tayar kurang mencengkam,seeloknya jangan pandu laju

5. Jika kenderaan di hadapan memberi isyarat kiri dan memberi laluan ke kiri,ia sebenarnya memberi laluan untuk kenderaan belakang memotong

6. Di selekoh tajam,halakan pemanduan lebih ke kanan utk memastikan tayar belakang melepasi selekoh berkenaan...


Yelah minggu depan kan dah time sekolah so mesti ramai yang nak ke Cameron Highlands ke Bukit Fraser ke Genting Highlands ke mana-mana lah. Kira tips aku ni bersesuaian lah kan. Kena plak bapak-bapak tak dapat cuti so mak-mak kena jadi driver kan. Kalau nak pi Cameron Highlands, hah gigih korang nak membawak anak-anak memanjat bukit tu kan.

Aku sendiri pun tak berapa confident bile drive sengsorang naik ke atas tuh tapi kalau dah terpaksa redah jugak lah.

So dah plan ke cuti sekolah nak bawak anak-anak kemana? ermm cam aku tak kemana pun sekadar bawak anak kucing aku pi Vet  dengan anto grooming.



8 comments :

Hanim said...

dah lama kenit tak memandu di Genting Highland. Memang memula dulu, rasa mabuk sikit dengan telinga tersumbatnya hehehe.

Unknown said...

Hye kak lily, saya suka baca blog kak lily =D baru2 ni saya ada buat blog, jemput singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com , Support each other =)

Ann said...

betul2...plng seriau kami pernah drive naik ke gunung brinchang sblm subuh main redah je..adehhh..bile smp tu lega yaamat..

anyway, thanks 4 the tips ciklily:)

Nurul said...

bbrp bln lps bru je g cameron...hehehe sme la..amik cuti sesaja..tp msa tu g balik hari je..sbb lps rindu kt cameron..mgkn bbrp bln lg akn naik sna lg..

Anonymous said...

tq share tips ni, yg penting bila memandu tu kena sentiasa alert & berhati2 kan !

Myra Jay said...

TQ sharing tip kak :)
Myra selalu gak drive ke CH :)
InsyaALlah tip2 ni banyak membantu :D

Mummydearie said...

Tak berani CikLily saya nak memandu turun naik bukit ni. Lagilah kalau nampak lori ke atau kenderaan dipandu laju sikit, seriau dap, dup, dap, dup dalam hati ni.

Zack said...

Naik bukit gear berapa ye sis