Hi Korang,
Kalau korang perasan last week aku ke Melaka untuk majlis pembukaan 1st Flagship Pacific Coffee Store kat Dataran Pahlawan. Ermm ini kira first outing trip untuk blogging job la.
Disebabkan event ni awal pagi, so aku sampai malam sebelumnya dapatlah bermalam di Hatten Hotel yang betul-betul dalam Bandar Melaka. Nanti aku citer pasal hotel ni ek, sangat best ooo.
Oklah inilah dia Pacific Coffee Outlet di Melaka
Cantikkan, view dalam café ni. Seriously memang sangat-sangat santai dan comfort untuk menghirup secawan kopi yang menyegarkan
Hatten Group’s CEO – Mr Edwin Tan bersama CEO
Pacific Coffee Company Limited (Hong Kong & Oversea) – Mr Jonathan Somerville
Majlis pelancaran ini di rasmikan oleh Hatten Group’s CEO – Mr Edwin Tan bersama CEO of Pacific Coffee Company Limited (Hong Kong & Oversea) – Mr Jonathan Somerville dan juga Mike Yung – a globally coffee connoisseur
Hah selesai sudah majlis perasmian Pacific Coffee Outlet. Simple je but nice. Potong riben dan bertukar-tukar gift di antara CEO ni.
Inilah dia Pacific Coffee Ambassador Mike Yung yang di datangkan khas dari Hong Kong.
Beliau memperkenalkan Crema Scura, iaitu adunan kopi istimewa Costa Rica, Colombia & New Guinea sambil menunjukkan demonstrasi cara penghasilannya. Crema Scura ni sesuai dijadikan Espresso single shot ataupun minuman yang bersusu kerana nutty aroma dan teksturnya caramel yang berkrim.
Dapatlah ktorang merasai keenakan kopi tersebut, sangat blend dengan tekak aku yang kaki minum kopi kan.
Selain daripada kopi, ada jugak pelbagai jenis souvenir or official merchandise yang korang boleh beli gak tau. Comel-comel kan barangannya.
Nak ke Pacific Cofffee Dataran Pahlawan ala hai senangnya, just cross jalan dari Mahkota Parade dan dari jauh dah nampak. Lokasi yang sangat strategic untuk coffee shop ada tingkat atas dan ada tempat duduk di kaki lima. Boleh chill-chill kat luar bila dah petang sambil menikmati pemandangan di sekitar Bandar Hilir ni.
Ok meh citer sejarah Pacific Coffee ni ek,
Founded by Thomas Neir in 1992, Pacific Coffee Company is a Pacific Northwest U.S.-style coffee shop group originating from Hong Kong, with a few outlets in China, Singapore and Malaysia.
Under Hatten group, SkyWin Brand Management plans to open five more Pacific Coffee Company outlets in the city centre of Melaka within the next 3 years. SkyWin Brand Management aims at establishing Pacific Coffee as one of Melaka’s top favorite coffee house.
Ok itu je.
So kalau korang berjalan-jalan kat area Dataran Pahlawan ni, mehlah singgah ke Pacific Coffee ni dan menikmati secawan kopi segar ek
Bukan satu malah ada 2 outlet Pacific Coffee di Melaka ni
Pacific Coffee Melaka Dataran Pahlawan Melaka Megamall
BX-001A & G-003A
Dataran Pahlawan Melaka Megamall,
Jalan Merdeka
75000 Bandar Hilir Melaka, Malaysia
Telephone Number : +06 282 1812
Mon – Thur : 10am -10pm
Friday – Sunday/Public Holiday : 10am – 12am
Pacific Coffee Hatten Square
G-001 & G-001a
Ground Floor, Hatten Square,
Jalan Merdeka Bandar Hilir,
75000 Melaka
Telephone Number : +606 2821 436
Fax Number : +606 281 6920
Friday – Sunday/Public Holiday : 10am – 11pm
So pengemar kopi sekalian yang berada di Melaka, marilah melepak-lepak dan chillax di sini ye. Aku kalau balik Melaka ni haruslah singgah ke sini ek.
Ermm sesungguhnya aku memang dah jatuh cinta dengan kopi lah. Sehari kalau tak pekena rasa cam ak lengkap dibuatnya.
8 comments :
baru bukak ke..balik Melaka nanti boleh la singgah kejap...
Wah bestnya dapat pergi event. I love coffee too. Sis pergi x opening CaffebeneMalaysia by LeeKwangSoo?
http://notamanjaku.blogspot.com/
Cantiknya cafe ni merah hitam.. Cik Lily apa khabar?
tengok dia punya mug pun macam sempoi gak design dia....
@kisah si diary
mehlah singgah terbaek ooo
@ika
ala lee kwang soo x ajak k lily punggg
@ogy nordin
sweet kan kalernya. ala kite baik2 je..
@hazman
yup beb, simple but nice
Post a Comment