Hi Korang,
Peluang nak belajar masak dengan chef-chef terkemuka di Malaysia ni memang payah untuk di lepaskan. Selalunya kita kena bayar dengan harga yang tinggi untuk ke kelas masakan sebegini, alangkah bestnya kalau PERCUMA.
Aku terperasan di media social yang Samsung sekarang ni ada mengeluarkan app terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Life yang membolehkan kita sebagai pengguna gadget Samsung ni memuatturun voucher-voucher dan promosi yang menarik dari pelbagai merchant yang mengambil bahagian.
So sebagai pengguna gadget Samsung Mega yang baru je ni, aku pun duk scroll lah dalam Google Play Store untuk download Samsung Galaxy Life app ni. Alah FREE je tak kena bayar pun.
Once dah log in, korang boleh Nampak ada 7 kategori yang boleh korang pilih iaitu Entertain, Live, Learn, Play, Connect, Work dan Surprise.
Terus search je apa yang korang nak. Cam aku haruslah nak pi belajar masak-masak di Starhill Culinary Studio. Ok dah dapat voucher, baca details dulu apa yang patut kena buat dan pi belajar.
Sampai jugak aku ke Starhill Culinary Studio last weekend. Tak susah mana pun nak cari tempat coz dah biasa dengan area Bukit Bintang ni.
Hari tuh aku belajar resipi Shoyu & Honey Glazed Fillet of Chilean Sea Bass With Horseradish Aioli di Wai’s Kitchen dengan Chef Wai sendiri. Chef Wai ni dah 25 tahun berpengalaman dalam bidang masakan dan dengan team Starhill sendiri dah 11 tahun. Wah hebatkan.
Panjang sungguh nama resipinya tapi cara masakannya sangat mudah jika kita baca resipi dengan betul, itu kata Chef Wai
Memula belajar cara nak potong ikan siakap ni. Kena ada pisau yang tajam, sesangat tajam. Dan kemudian cari di mana tulang ikan berada dan start memotong dari situ. Kemudian potong kat tepi, potong atas dan last sekali tanggalkan kulitnya.
Tada ikan pun dah siap di siang.
Sambil tuh, ktorang belajar jugak cara menyediakan bahan sampingan lain seperti glazingnya, risotto dan simple sos bagi menyedapkan lagi menu ikan siakap ni.
Ktorang gak dapat mencuba sendiri cam ne nak buat resipi ni coz Chef Wai memang bagi peluang untuk setiap studentnya untuk mempraktiskan lagi skill masakan masing-masing.
Rasanya hampir 1 jam lebih ktorang belajar masak resipi ni. Memang banyak ilmu dan tips memasak yang Chef Wai kongsikan especially cara kita menyimpan makanan di dalam peti sejuk. Rupanya banyak pantang larang tau. Memang seronok lah.
Ok inilah hidangannya yang aku belajar hari ni
Shoyu & Honey Glazed Fillet of Chilean Sea Bass With Horseradish Aioli
Lepas masak apa lagi, jomlah makan. Ermm memula kita rasa ikannya. Sangat terbaik dan lembut je isi ikannya, langsung tak rapuh. Di tambah plak dengan hidangan sampingan yang authentic tuh lagi bertambah selera aku nak makan. Licin pinggan dibuatnya
Apa-apa pun terima kasih pada Starhill Culinary Studio ni dan juga Samsung Galaxy Life for this special class. Memang tak sabar nak search lagi apa lag tawaran menarik yang aku boleh redeem lagi ek.
So pendek kata,
The Samsung Galaxy Life app is your passport to exclusive privileges, app recommendations, sweepstakes, and expert interviews.
Galaxy Life Gives You:
-Daily deals with discount coupons (barcode, voucher)
-Selection and reviews of apps
-Exclusive content from experts
-Rewards
Khas untuk Samsung Users, korang boleh download di
Or Google Play Store
Hopefully pada masa akan datang lebih banyak tawaran dan recommendations, dan mintak-mintak ada untuk melancong dan wayang gak la..
Untung gak pakai gadget Samsung ni ek.
3 comments :
comel je kak lily pakai topi chef tu!
Alaa kita takde henpong mahal. cemana? mintak sugar daddy boleh? carikn sugar daddy sorang! hahahah
Baru I tau ikan siakap ialah seabass. Selalu pergi beli ikan tak tau nama pulak.. I tau nama Cina sahaja.. sebab selalu ikut mak ke pasar kan!
Adess....buat gua geram nak nak angkat high level smartphone samsung nie...banyak jugak diorang kasi benefit....
Post a Comment