Hi Korang,
Aku memang senantiasa mencari kedai makan yang jual kacang pool kat area KL ni.
Memang agak payah uolls, penah survey dalam tenet ermm hampeh tak do. Kalau yang ado pun, kedainya dah tutupla, kedainya cam tak confident nak masuk, kedainya hidup segan mati tak tau dan memacam lah.
Kemudian ramai duk war-warkan ada satu kedai yang jual kacang pool ni yang dekat benau dengan rumah aku. La sekangkang kera rupanya.
So malam tuh, lepas pi beli tembikai kat Jaya Groccer Bangi ktorang merayau-rayau kat seksyen 15 ni. Beli tembikai sampai ke sana, melampau betul perangai tau. Bukanlah ingat nak pi minum kopi kat Gloria Jeans tu yang ke sana. Sudahnya malas plak coz kedainya penuh orang kan.
Tawaflah satu Seksyen 15 ni, masa pi BurgerByte hari tuh ada perasan satu kedai kat corner lot tu but tak tau kedai apa, alah pusing apa ade hal minyak full tank kan.
Then nampak signboard Rahsia Kopitiam ni. Ermm must be this shop. Park tepi then turun lah. Simple je kedainya maklumlah kedai kopi kan, tak yahlah nak grand sangat pun janji ada tv dan tempat duduk banyak udah.
Ok tengok menu, betul ko ada kacang pool kat sini. Apa lagi terus order 1 set dulu coz nak test sama tak dengan kat JB. Kemudian ktorang orang set nasi + sup tulang untuk Mr Big. Aku plak set nasi + asam pedas ayam.
Sampai pun kacang pool. Tengok appearance kacang pool ni. Ermm exactly cam kat kedai kat bomba larkin tuh. So rasa plak, ermm ada kurang here and there sket. Rasa dah ada but tak tau lah apa yang less or more.
Ala tak per, licin gak ktorang bedal. Kalau orang yang tak pernah makan, mesti tak kisah dengan itu semua kan. Janji sedap masuk ke tekak dan perut.
set asam pedas ayam
set sup tulang
Sup tulang dan asam pedas ayam tuh not bad sebab hidang dalam claypot kan so senantiasa panas ditambah plak dengan set nasi putih siap sambal belacan dan telur masin memang terbaek uolls.
Nak pi la tuh, korang ni memang tau.
Kat sini je
Rahsia Kopitiam
No.1, Jalan 15/1D,
Seksyen 15,
Bandar Baru Bangi.
Direction: masuk ikut belakang Petronas, nampak 1st junction masuk kanan. Then sampailah kedai ni. Alah sebaris dengan restoran BurgerByte je.
Ermm nak ke sini lagi coz aku belum cuba Nasi Ambeng ye. Nampak dalam menu hari tuh but cam banyak plak order kan. Next time la ye
Sapa nak ikut aku? meh angkat tangan sket...
16 comments :
ada dengar kak pasal kacang pool ni, tapi serious kak tak pernah makan dan tak dapat nak bayangkan apakah ia yang sebenarnya...
rajin betul mencari... mengidam betul tu...hheee...
Memang kena terjah jugak nie....boleh layan semangkuk dua nie....
Orang Johor pun tak tahu kacang pool femes kat sana :) Oh, nak juga mencuba ni kalau dah ada kat sini.
laparnya nampak mknn tu..Yummy !!
btw, saya sedang mencari Bloglist http://walkstatic.blogspot.com/2014/02/segmen-bloglist-walkstaticblogspotcom.html
Perghhh .... unik ni.
nak ikot!!! dah lama tak makan kacang pool, makan masa zaman sekolah kat JB je dul (T_T) nasi ambang pun my favourite jugak, adoyai dah lapar lak ni.
hai :)
wah sedap juga rupa menu tuu... leh try juga nnt
mesti la nak pi.....kacang pool tuh....aduyaiiii...sedap...
sekarang cari di pasar tani putrajaya presint 2 selasa dan jumaat.resepi asli kacang pool haji.try la dtg.kitorg jual.
Saya pun cari kacang pool ni. Kena g cari ni. Xpernah nampak or dengar lagi rahsia kopitiam ni. Jarang merayap kot. Hihi.
Anyway, selamat berkenalan. Saya Natrah. Tinggal di Bangi. ;)
Boleh ziarah blog saya: Natrahmohamed.blogspot.com
Tq buat entry ni. Lepas balik johor mmg mencari2 kedai yg ada kacang pool kat KL nih
Tq buat entry ni. Lepas balik johor mmg mencari2 kedai yg ada kacang pool kat KL nih
Kacang pool yang terbaik di Klang Valley adalah Kacang pool feyrouz di Shah Alam Seksyen 7 belakang unisel bangunan anjung 7 Jalan Zirkon 7 /B Tingkat Bawah. 0123862506 whatsapp
Kacang pool yang terbaik di Klang Valley adalah Kacang pool feyrouz di Shah Alam Seksyen 7 belakang unisel bangunan anjung 7 Jalan Zirkon 7 /B Tingkat Bawah. 0123862506 whatsapp
Kalau nak cuba boleh gi ke Kacang Pool dekat IPD Sentul
Post a Comment