Tuesday, February 25, 2014

Bila Air Kena Catu Di Selangor

Hi Korang,

Dari tengahari semalam dah heboh pasal pengumuman MB Selangor pasal catuan air di Selangor ini. 

Bila aku balik petang semalam, mak oi kedai 2 ringgit penuh dengan orang yang sibuk beli tong air. Ermm kes parah ni.


Sampai je rumah terus tadah air, penuhkan segala tong-tong yang ada.

Walaupun berdua je kat umah ni tapi penggunaan air memang maha hebatnya. Aku kang pegang kucing sket kang nak basuh tangan, siram pokok lagi, pakai krim-krim kang kena basuh tangan lepas tuh. Itu baru aku belum lagi Mr Big kan.

Ermm 2 hari ada air dan 2 hari tak de air.


Boleh pening di buatnya. Yelah ko balik nak masak lagi, nak basuh baju, nak bersihkan sangkar kucing macam-macam lah. Nasib baik ada 2 bilik air, so bilik air belakang tu aku tadah air bebanyak. Air untuk masak standby kat dapur. 

Ini baru ktorang berdua.

Bayangkan family yang ramai, nak tadah air untuk anak, untuk isteri nak guna kat dapur, dengan sendiri punya usage kan. Jawabnya mau ada yang tak mandi pi office kan coz nak bagi anak-anak selesa. 

Kalau setakat 1-2 minggu ok gak lah. Ini dengar citer at least boleh sampai end of March. Boleh kering kontang dibuatnya

Aduiyai masak cam ni wei!



4 comments :

sitirohaida said...

harap percatuan air nie tidaklah berpanjangan kan...biar takde electric,jgn takde air...

Mummydearie said...

Susah kalau takda air ni, CikLily. Saya dah merasa masa sukan komanwel dulu dan juga penghujung tahun lepas. Bukan sehari, dua. Sebulan juga lamanya. Kita ada anak-anak kecil lagi. Kalau sehari tak membasuh, memang parah. Penuh bakul pakaian tu dengan baju kotor. Nak masak, nak mandi lagi...Nak suruh angkat air dari lori tu memang serik, fobia sungguh dah rasanya!

Suria Amanda said...

SA dapat tadah 2 baldi je..2 baldi tu pun yg ada kat umah...

Ann said...

moga2 cpt la selesai mslh catuan ni yea..