Hi Korang,
Banyak betul makan luar last week.
Hari tuh, ktorang pi cuba makan di WAKU WAKU Restaurant di Mid Valley.
Memula aku ingatkan restoran ni non-halal but bila dah buat survey rupanya halal. Ermm dapatlah makan kat sini.
Restoran WAKU WAKU ni menghidangkan makanan Jepun ala 'home cooked' di dalam Teishoku Style yang bermaksud set meal in Japanese.
Dalam set meal ni mengandungi semangkuk nasi, miso soup, 2 small appetizer, secawan kastard telur steam dan pelbagai jenis main dish. Wah , banyak tu nak makan. Bagi Waku Waku kita kena makan seseimbang yang mungkin untuk badan kita.
Meh lah kita tengok apa set yang ada di hidangkan
Grilled Salmon Set (RM26)
Salmon yang digril merupakan salah satu value meal yang di hidangkan. Ikan Salmon Norwegian yang di grill tanpa menghilangkan rasa ikan itu sendiri. Di masak dengan cara yang simple dari kulit hingga ke isi dalamnya sangat juicy.
Beef Hamburg Steak Set (RM19.90)
100% daging yang telah diperap dengan 8 jenis herba dan rempah sekaligus. Kemudian di tambah pula dengan bawang goreng yang dilapisi di dalam patty daging. Juga di sertakan dengan sos buatan sendiri gabungan di antara manis dan masin dan ditambahkan dengan cendawan di atas. Di hidangkan sekali dengan semangkuk nasi
Chicken Tsukune Hamburg Steak Set (RM19.90)
Campuran lotus roots, taufu, halia, bawang merah dan 3 jenis rempah di adun dalam daging Hamburg steak ni. Ini yang membuatkan lagi ianya juicy dan lazat. Hidangan ini terkenal untuk orang-orang yang diet dan menggamalkan makanan berkhasiat.
Mega Mo Mo Set (RM19.90)
Nama dah grand kan. Ia sebenarnya hidangan ayam yang tidak bertulang (boneless chicken) dan di masak secara ‘well-done’. Di mana lepas je ayam tu di ‘de-boned’ terus dicampurkan sekali dengan rempah yang dikenali sebagai ‘sambal Jepun’ beserta mayonis bagi menambahkan keenakkannya.
Apa macam, best kan.
Itulah sangat sedap, lazat dan berkhasiat. Terbaik dari ladang.
Bagi korang yang nak mencuba mehlah datang ke
Waku Waku Japanese Cuisine
Mid Valley Megamall
1 Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City,
Kuala Lumpur
03-2284 8762
Apa lagi, sesiapa yang dekat dengan Mid Valley tuh jom serang.
Wakawaka eh eh… samina samina, this time for Japanese food (nyanyi cam lagu Shakira tu ek)
4 comments :
Japanese food...macam sedap je...hihi
ha tulah ingatkan waka waka tadi... he he he...
memang feveret ko la makan restoran jepun nie kan
macam mana boleh confirm halal? tak ada certificate halal tampal kt luar restauran pun. tanya pekerja diorang, memang cakap halal. tp bila tanya sijil halal, tak de berjawab. siap kena jeling lagi. haa
Post a Comment