Hi Korang,
Yelah ko memasing sibuk dengan aktiviti tersendiri, mana dan nak jumpa kan. Nak-nak aku ni yang paling sibuk kan.
So Eyriqazz ajak ktorang pi cuba makanan arab sedap. Ermm aku ni kureng sket menu middle east ni bukan apa takut tercekik dek keringnya makanan arab ni. Alah Mr Big cakap jomlah kita cuba, mana tau yang ni lain rasanya.
Ktorang sampai lepas maghrib cam tu, yang ada Eyriqazz, Kak Ina KL, Shakkido dan Food Blogger kita lah Hazman.
Minum dulu Yemeni Tea yang disediakan, ada mint dan herba-herba lain. Sedap!
Di sebabkan aku sampai dulu, so aku mintak duduk luarlah. Alah malam kan bukan panas pun, lagipun bebudak kecil ni boleh main kat mini playground yang ada disediakan. Kira tak de anak-anak ni boring tak de buat apa masa tunggu makanan.
Mehlah kita jenguk sket sekitar Restoran makanan ala Yemeni Cuisine ni ek
Ini area kalau nak makan bersila. Maklumlah kita orang melayu ni, kalau makan bersila sambil pakai tangan memang berselera kan. So ada 3 tempatlah, rasa lebih mesra plak kan bila dah makan bersila ni.
Ni kawasan dalam Marhaba Restaurant ni, kemas bersih dan licin lantainya.
Yang ni best ni, ada special room bagi VIP atau sesiapa yang inginkan privacy. Yelah ko meeting sambil makan-makan kan, kang terkeluar maklumat sulit tak ke nyanya dibuatnya. Siap ada private washroom lagi so tak yah nak kuar masuk. Semuanya lengkap dengan TV sekali ye. Sekali makan boleh 15-17 orang.
Area kat luar ni lagi best, open air katanya. Sesuai untuk smoker geng tak pun keluarga dan kengkawan yang ramai cam ktorang yang datang hari tuh. Susun meja sepanjang tidak.
Malam tu, ktorang tak order pun. Semuanya di cadangkan oleh En Azlan (owner restaurant) dan floor managernya. Mehlah tengok apa yang dihidangkan untuk ktorang yang betul-betul kuat makan malam tuh
Lamb soup (compliment)
Soup ini adalah compliment, memang akan dapatlah. Katanya sebagai starter untuk mulakan merasai makanan arab best ni.
Salad tradisional Arab yang mengandungi tomato, timun, parsli, mint, bawang merah dan bawang putih yang di hiris halus bersama olive oil, lemon juice dan sket garam. Ok not bad
Lebih kurang dengan Tabbouleh tapi ada sedikit macam keropok gituh coz ianya ranggup.
untuk pembasah tekak. Mak oi tak manis sangat, sesuai dengan tekak, terus aku order untuk kali kedua tau.
Roti Yemeni yang segar. Roti ni sangat besar, lebih besar dari dulang. Ranggup dan elok di makan panas-panas barulah best. Sharing beramai-ramai adalah di galakkan sebab takut tak abis nanti kan.
Daging kambing yang di masak secara sizzling di dalam periuk batu untuk dibiarkan senantiasa panas je
Ayam BBQ yang di perap dengan rempah tradisional Yemeni, nasinya tak kering langsung. Sedap di makan sekali dengan Arabic Salad tuh.
Kambing yang di masak secara tandoori dengan rempah lamb cooked in tandoor with marhaba secret resipi (ribs or shoulder)
Salad buah-buahan yang dihidangkan sekali dengan ais krim, sejuk, segar dan manis
Penutup dinner kitaorang di hidangkan dengan teh lemak berkrim berherba, ada rasa cam halia, cengkih.
Apa lagi, ktorang makan tak hingat. Lepas abis, order lagi. Kemudian order lagi, sampai K Ina marah Firdaus makan tak berhenti. So korang boleh bayangkan betapa sedapnya makanan kat sini kan. Aku plak duk kat tengah meja, so kiri kanan aku sapu tanpa segan silu hehehehhehe
Bagi aku semuanya special makanan arab kat sini.
Tapi aku ada sket je nak tambah untuk restoran Marhaba ni
~Mungkin kalau pihak restoran dapat sediakan menu ala set untuk masa lunch . Biasalah time lunch office hour kat sejam je, so semua nak cepat. Ada pilihan air, main dish dan dessert cukup lah kan~
Mesti lagi menarik kan.
Nak singgah ke sini, meh lah
MARHABA RESTAURANT
D1-G4-1, PUBLIKA SOLARIS DUTAMAS,
NO 1, JALAN DUTA MAS, 50480 KUALA LUMPUR.
TEL NO - 603-62078222 / 603-62079222
Terima kasih kat Marhaba Restaurant coz sudi mengajak ktorg mencuba makanan Yemeni kat sini. At least bertambah lagi experience baru dalam dunia makanan timur tengah ni kan.
Jemput makan korang!
6 comments :
Best....
semua pun nampak sgt sedap...bestnya selalu dapat review makanan best ni...
wow! best ni..boleh cuba nanti..
makanan memang sedap laa... tapi kalau ada persembahan penari gelek mesti lagi happening....hahahaha
mak aii, konfem sedap ni..
sedapnya sedapnya hu hu hu...jawabnya tunggu lepas dah settle confinement 100 hari lah ni kak lily oiiii...
Post a Comment