Thursday, October 17, 2013

Lost World HOT SPRINGS & SPA At Lost World Of Tambun

Hi Korang,

Kita sambung lagi trip The Butterfly Project menjelajah Lost World Of Tambun ye.


Kalau tak ingat, meh baca kat entries bawah ni.


Pada sebelah malam tuh, ktorang di beri peluang merasai HOT SPRINGS dan SPA yang terkenal di Tambun ni.




Ramainya orang wei, tak terhingga gamaknya. Maklumlah time tu time cuti lagi kan.



Rupanya dalam HOT SPRINGS dan SPA ni ada lebih kurang 8 kolam air panas yang seronok untuk diterjahi. 8 tuh, best best best.

Iaitu
Infinity Pool ~ 40C°
Lost World Steam Cave ~ 40C°
Top of The World Pool ~ 42C°
Foot Spa ~ 40C°
Crystal Pool ~ 40C°
Saphira's Lair ~ 40C°
Saphira's Baby Pool ~ 40C°
The Geyser of Tambun





Ok suhu celcuis bagi setiap kolam tak sama ye, kalau semua sama boleh mati kering kontang di buatnya. So semua orang boleh cuba setiap satu kolam mengikut kesesuaian tahap badan korang.




Cam aku, semuanya aku redah. Dari panas biasa sampai ke panas ya ampun. Kalau macam panas biasa tu, lamalah aku duk berendam tapi kalau panas yang maha hebat tu adalah dalam 15 minit gituh. Sebab mandi air kolam panas ni kena ada caranya. Tak semua kolam korang boleh berendam lelama. Ada kolam tuh, lawnya tak boleh berendam lebih dari 5 minit. Kalau tak kejung semua anggota tubuh badan.




Ktorang bebudak The Butterfly Project ni memang beruntung coz ktorang di sediakan BBQ Seafood untuk dinner. Apalagi sambil makan sambil berendam. Lapar sket pi sambung makan, dah kenyang pi berendam balik.






Lepas tu plak, ada service hand scrub dan shoulder massage courtesy by Crystal Spa.


Best sangat, dapat buat scrub tangan kemudian scrub muka sekali, guna homemade product by Crystal Spa sendiri tau. Dapat plak urut-urutan manja sekali kat bahu dan kepala. Aduiyai terus ringan jadinya, segala mak neka angin keluar dari badan lah.

Kalau korang nak berendam air panas kat sini, meh rujuk informasi kat bawah ni.

Waktu Operasi


OPEN Mon-Fri: 11:00am till 6:00pm

Sat-Sun, School Holidays, Public Holidays: 10:00am till 6:00pm

Lost World Hot Springs and Spa by Night open daily: 6:00pm till 11:00pm

Crystal Spa Treatment: 3:00pm till 11:00pm


Park closed every Tuesday.

Except on Malaysian school and public holidays.


Kira ok la tu kan. Sampai kul 11.00 malam. Kira bila-bila korang balik kerja nak duk area Ipoh tuh, bosan tak tau kat mana nak release tension bolehlah datang ke sini.

Yang luar dari Ipoh tuh, pun boleh gak datanglah. Weekend lah, memalam.Tidur semalam 2 ke kan, hah ko enjoy bersungguh-sungguh kan.


Itulah lah perjalanan trip ktorang bebudak beauty bloggers ni ke Lost World Of Tambun. Pendek kata, semua tempat ceruk dalam theme park ktorang dah jelajahi.

Rasanya cam nak pi lagi ke sini la coz hari tuh cam tak puas bermandi manda.


Once again, terima kasih kepada


-TAMAT-

5 comments :

Norliza Nordin said...

syok dapat berendam air panas malam-malam ^^
http://sinarcintaku.blogspot.com/2013/05/honeymoon-di-lost-world-of-tambun-part-3.html

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak lily, menyampah pula daku melihat mukaku bertepek scrub tu. hehe. Wallah, cedok gambar sikit boleh kak lily? heeeeeeee

THE AUTHOR said...

Bestnya dapat bersantai !!

hazman aka species1980 said...

wow....cun jugak awek massage tu....keh3x

Suria Amanda said...

wah...bila la SA nak merasa macam Cik Lily...mesti best kan...