Wednesday, August 14, 2013

Resipi Triffle Mudah Dan Sedap

Hi Korang,

Tengah musim rumah terbuka ni, elok kiranya kalau dapat buat Triffle sebagai pemanis mulut kan. Yelah tak susah pun buatnya.


Aku belajar buat Triffle mudah dan sedap ni daripada adik-adik ipar aku. Diorang ni kalau bab masak, macam selenge je tapi hebat ooo. Kagum sekejap aku dibuatnya. Masa ni ada makan-makan kat rumah Gemuk, so sempatlah diorang ajar aku.


Bahan-bahan:-

1. Kek Swiss Roll
2. Agar-agar Kristal Jelly brand Nona, senang sket.
3. Fruit Koktel


Cara-caranya:


1. Potong kek Swiss Roll setebal 1cm. Kemudian susun pada mangkuk. Kek mestilah kena tutup seluruh ruang dasar mangkuk tuh. Kalau boleh lagi padat lagi bagus.


2. Amik air koktel tu, siram atas kek yang disusun tadi supaya lapisan kek akan jadi lebih lembut.

3. Masak agar-agar Kristal Jelly tu ikut instruction atas dapur.


4. Buah-buah koktel tu korang susun atas kek tu tadi. Letak sebanyak mungkin abis satu tin pun tak per.


5. Terus je siram agar-agar yang korang dah masak tadi dalam mangkuk Triffle tuh sampai penuh. Kemudian sejukkan dalam fridge, sejuk-sejuk sedap ooo

Hah apmacam? mudah kan.

Itulah aku cakap korang tak caya, mudah dan cepat, yang paling penting sedap.


So inilah dia Triffle mudah dan sedap tuh. Sila abaikan warna purple tu ek coz gemuk salah pilih perisa masa dia pi beli hari tuh. Ada ke perisa grape, sebab tu gelap semacam je kan. Kalau guna perisa strawberry cantik coz warna pink..

Ok ok selamat mencuba

Yang sibuk nak buat OPEN HOUSE tu eloklah korang buat pencuci mulut ni ek... Sedap dan boleh buat bebanyak..

9 comments :

Suria Amanda said...

Triffle senang mcm ni pun SA fail buat..hahaha...

mama tisya said...

simple btul..nk lg sedap ltk custard & creamer jagung..slalu gk wat trifle..yummm

Ara Nadea said...

sedapnya.. dah lama tak buat trifle ni.. asyik buat bread pudding je.. next time tukar menu pulak lah :D

Sabrina Tajudin said...

emmm sedap nya! makan ngan whip cream pn sedap!

Qashmere said...

THanks share resipi ni. Boleh buat nanti utk open house!

Qashmere said...

THanks share resipi ni. Boleh buat nanti utk open house!

Azueriena said...

yg nie memang senang sgt buatnya...azue selalu buat yg 3 layer tu..tgh2 dier custard...anak2 mmg suker sgt...

hazman aka species1980 said...

whoaaa... CLP dah makin terrer buat dessert laaa

Ash Awan said...

haaaa kau lagi terror masak daripada aku kak!