Friday, August 16, 2013

DRB – HICOM Auto Fest 2013 Sangat Menarik Dan Berinfomatif

Hi Korang,

This is 24 hours sponsored post, scroll down for new entries...

Ingat lagi tak pasal citer aku hari tuh, event DRB-HICOM Auto Fest 2013 kat Penang. La lupa la ek, meh baca jap.


Kalau korang nak tau, lebih 18,000 orang penduduk dari merata Penang dan sekitarnya, mesti orang Taiping, orang Kulim,Sg Petani mai ni kan membanjiri DRB-HICOM Autofest 2013 yang telah pun diadakan di Subterranean Penang International Conference & Exhibition Centre (SPICE). Nama dulunya Penang International Indoor Arena (PISA).  Hah barulah korang boleh ingat kan. Sebelum tuh, DRB-HICOM Auto Fest 2013 ada buat di EON Complex, Glenmarie pada Januari 2013 lepas.

Selama 3 hari diorang berkampung di sana iaitu bermula 28 Jun dan berakhir 30 Jun 2013.





Lebih daripada 10 jenama di bawah DRB-HICOM Group seperti  Audi, Can-am, Honda, Isuzu, Lotus, Mitsubishi, MODENAS, PROTON, Suzuki and Volkswagen turut menyertai dan juga ada presentation daripada mereka kepada orang ramai tentang info-info dan maklumat tentang apa yang ada didalam DRB-HICOM group nie.




Event ini juga disokong oleh badan bukan automotive macam Multi Automotive Services and Assist (MASA) dan DRB-HICOM Leasing (DLSB). Syarikat di bawah DRB-HICOM group synergy seperti PUSPAKOM, ICAM and DRB-HICOM Human Capital turut menyertai booth pameran untuk memberi penerangan mengenai info dan tawaran kepada orang ramai.


PUSPAKOM unit bergerak pun ada, siap bagi pemeriksaan percuma kereta pada mereka yang tiba awal masam event tu. Bagus kan.




Memacamlah aktiviti yang telah pun di sediakan baik dalam dewan mahupun diluar kawasan lapang SPICE ni. Tapi yang paling ramai sekali orang duk pi ialah Lotus Driving Experience dan juga stunt show dari MODENAS. Yelah ko, menda-menda cam ni yang jarang kita dapat tengok ni haruslah best.





Ada gak convoy dari beberapa kelab kereta dari model Suzuki, Proton Inspira, Preve, Exora, Saga, Persona, Satria, Lotus, Mitsubishi Trition Tuners Club dan MODENAS. Kereta-kereta biasa yang dah di make-up kan dan dihias dengan pelbagai jenis hiasan kereta, haruslah menarik hati.



Kat bahagian dalam pulak, ada beberapa aktiviti seperti pameran Mitsubishi G4 concept car, perlancaran model terbaru MODENAS, 118 EFI dan preview Suzuki Jimny. Sedap plak nama kereta ni cam nama orang ek.




Yang bawak anak-anak pun tak bimbang kalau anak-anak boring coz ada colouring contest, main games dan adalah a few things untuk bebudak kecik ni masa time event. Kira anak-anak ada aktiviti, parents pun dapatlah melayan kereta-kereta cantik ni kan.

Tempat concourse area adalah tempat yang paling busy sekali masa event ni, yelah tempat makan tuh. Ada banyak booth makanan tapi yang jadi favourite ialah Burger King, Pizza Hut dan Rasamas. Mestilah fast food kan senang.




Tarikan utama DRB-HICOM Autofest 2013 ni haruslah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah kereta baru Proton SAGA SV dan juga motorsikal MODENAS CTRIC. Pengunjung yang berumur 18 ke atas hanya perlu isikan borang penyertaan untuk join. Sapalah yang beruntung, of courselah bukan aku.

Rugi plak pada sapa yang tak pi hari tuh coz aku dengar banyak special promotion dan deal yang menarik daripada jenama kereta yang buat promotion ni, mesti ada diskaun kaw kaw punyalah.

Ermm kalau tahun depan ada lagi, confirm-comfirm aku tak nak lepaskan. Mesti kena pergi jugak jangan tidak-tidak lagi. Mana tau lucky drawnya makin hebat.

DRB-HICOM Autofest 2014 nanti buat kat KL ek, baru best kan


5 comments :

Suria Amanda said...

Bestnya...siap ada mcm2 activities. ..

hazman aka species1980 said...

Menarik gak nie.... kalau event macam nie aku cari awek model kereta je...hehehehe

Sukma said...

meriahnya event nie...apa kata buat kat MITC confirm saya terjah....hehe

Unknown said...

Bestnya! Tak sangka plak DRB-HICOM ni memiliki banyak syarikat automotif di Malaysia..... patutlah Proton dan Honda ada perancangan nak guna rangka kereta Accord untuk model gantian Perdana....

KiD said...

Macam nak beli kereta baru je. Hihihi