Hi Korang,
Dapat jugak aku paksa si FooD BlogGer ni untuk tengok filem KIL ni sebab Mr Big tak minat tengok cerita sebegini. Dia kata mesti dia akan terlelap dalam panggung nanti, so dia bagi chance aku pi tengok sendiri or dengan orang lain.
Ktorg pi tengok kat GSC Berjaya Times Square lepas abis event KENNY ROGERS semalam petang. Aku dapat agak dah panggung tak akan penuh pun coz orang melayu mana minat citer slow cam ni, baik diorg pi tengok Bikers Kental kat panggung sebelah kan.
Cuma 5 baris je yang penuh. Sedey kan
Aku memang nak sangat tengok filem KIL ni bukan pasal Redza Minhat ok but more tu ceritanya. Aku cuma tengok trailer sekali je dan langsung tak baca sinopsis pun. So dari trailer tu aku dah boleh bayangkan jalan ceritanya kisah orang nak mati dengan cara bunuh diri.
Sebelum meh layan sinopsis filem ni sket ye
Sinopsis Filem KIL
Filem ini mengisahkan Akil (atau dikenali sebagai KIL, sebagai tajuk filem) yang mengalami tekanan hidup dan bertekad untuk membunuh diri. Selepas beberapa percubaan gagal, dia memutuskan untuk mendapatkan bantuan. Namun, bukan bantuan untuk dia terus hidup, namun untuk mati. Walau bagaimanapun, beliau bertemu seorang gadis misteri datang ke dalam hidupnya dan menyentuh hatinya dalam sepanjang perjalanan hidup beliau. Adakah terlalu lewat untuk beliau mengubah fikiran untuk mati?
Ok tragis kan, time nak mati ada plak benda baik datang. Cam no ni
From my view:-
Bila kita dah despress, frust, bingung, kelliru, tekanan perasaan memacam menda yang boleh kita buat untuk menghilangkan penderitaan dan AKIL sememangnya mengambil jalan mudah dengan mengupah L.A.B untuk menyelesaikan masalah dengan membunuhnya setelah cubaannya membunuh diri sendiri termasuk masukkan asap ekszos ke dalam kereta itu gagal.
Tapi yang pelik tu, bila orang lain naik bunuh diri (Juliana Evans) pandai plak dia bagi nasihat.
Rupanya dia bukan perlukan MATI tapi sebenarnya dia perlukan someone untuk meluahkan perasaan walaupun dia ada seekor kucing gemuk bernama CHONG yang kemudiannya dinamakan SATI oleh jirannya iaitu ELLA.
Kehadiran ZARA merupakan sesuatu yang membuatkan dia berusaha untuk membatalkan kontrak bunuhnya tapi apakan daya, once dah berjanji tak boleh di mungkiri so nak tak nak terpaksalah jua dia tinggalkan dunia bunuh diri ciptaan dia sendiri.
Aku suka :
Part bos AKIL panggil nak bagi bonus tuh kelakar, part officemate dia kasi kuih bulat-bulat dalamnya ada sardine makcik buta jual kat bawah, part dia pi amik balik kucing gemuk dia, part dalam panggung diorg pi tengok wayang Dunia Tanpa Esok, part wartawan yang senantiasa mereka-reka gossip untuk mensensasikan rancangan TV mereka, part diorg lepak kat rooftop, part dia mintak diskaun kat tokey workshop kereta tuh dan part dia jadi paranoid kepada sesiapa yang lalu lalang depan dia yang kekononnya akan bunuh dia.
Ok aku bagi 8.5/10 star ye
At end of the filem ni, tak dapek aku nak citer lah
Tak mau kasi HINT lagi, korang pi jelah tengok filem KIL ni ek.
Apa-apa pun congrats to KIL production team yang berjaya bagi aku idea cara amik gambo yang cantik-cantik ye. To Redza Minhat dan Christina Suzanne korang memang bersahaja je berlakon ek.
Terima kasih gak pada oranG yang aku paksa sebab sekaranG baru aku tau kenapa dia cam berat nak pi, rupanya sedang elok bercinta di awan biru.... jeng jenG jenG
7 comments :
Ooo best rupanya....sbb nmpk mcm xbest je!
kalau akak dah kata best tu...memang best ler...
Best kan bila buat entry kisah yang sonok kita tonton kan.... by the way...gua tak kisah kalau outing ngan CLP sebab always dapat green light jee...
I love this kind of movie. Bukan maintstream, and deep in meaning. Reflecting the reality in normal life. Bukan all those fancy-shmancy happy ending.
aih, ramai orang kata cite ni best
nak pi tengok jugak lah next week..
Dunia tanpa esok tu cam ade maksud tersirat...director cam nk compare cite KIL ni ngn cite dunia tanpe esok..mesti director igt cite KIL ni xdpt smbutan cam kat adegan dlm panggung, adegan wartawan tanye kutipan rugi....haha.. ape2 pun cite best....
Christina Suzanne pelakon baru ker? style dia nampak sempoi cantik...
Post a Comment