Saturday, June 8, 2013

Memang Betul Samsung S4 tu Life Companion

Hi Korang,

Kan hari tuh aku ada citer pasal S4 ni kan, ok ni sambungannya


Memang seronok dapat pegang Samsung S4 ni, dah lah nipis ringan plak tu. Senang je melurut masuk dalam poket. Kira macam boleh berlengang jelah tak terasa pun ada dalam poket.

Di antara beberapa function yang aku suka adalah




Camera Shot
Dalam camera shot ni, memacam function aku dapat belajar. Di antaranya DUAL SHOT, DRAMA SHOT dan SOUND SHOT.  Korang tengok je gegambar ni cantik kan.


Story Album
Sekarang ni kan musim photobook, ala cuci gambar then buat cam album kulit keras secara digital. Dengan function Story album ni aku dapat create pelbagai album dengan mudah. Susun-susun sekejap then dah pun siap. Tinggal nak hantar softcopy kat kedai untuk print je


Samsung Watch On
Ini yang mengelikan hati ni. Ktorg try guna function ni kat kedai mamak last week. Actually function ni berfungsi sebagai remote control for TV, any kind of TV. Kedai mamak kat bawah ni plak pakai Samsung so apa lagi, cuba lah. Hah ko terperanjat mamak tu tetiba TV tertutup dengan sendiri, 2 kali plak tuh. Hehehehe memang kelakar time tuh.

Air View & Air Gesture
Orang pemalas cam aku memang suka ada function ni. Mana tak nya tak yah nak scroll bagai swipe pakai tangan je, screen tu bergerak kiri dan kanan, atas dan bawah.  Sebab ada macam sensor kat screen tuh. So kalau time masak tu tangan kotor still boleh lagi online tengok resipi kan


S Health
Ini first time aku jumpa smartphone yang ada function kesihatan. Dalam S health ada aps yang boleh merekod kita berjalan, bersenam, apa kita makan setiap hari. For instant, aku cubalah gunalah walking mate tuh, hah ko setiap langkah semua direkodnya tak yah nak pegang pun. Letak dalam handbag pun dia boleh detect tau.


Actually ada banyak lagi function yang best-best dalam Samsung S4 ni, but ini di antara yang aku suka sekali. Kalau difikir-fikirkan mau gak nak angkat satu but tunggu menteri kewangan aku approve dulu lah cam ne kan.

Sememangnya S4 is Life’s Companion



2 comments :

INNANIE ARIFFIN said...

peh ni kalau dapat angkat ni... memang bermakna hidup!! :)

Mia Liana said...

wahhhh... kalau ada satu ni.. terasa seperti di syurga...