Hi Korang,
Orang pompuan nak-nak umur cam aku ni, ishk tak abis-abis dengan takut kulit berkedut kan
Betul tak? Haruslah betul. Ku akuiiiii
Kalau boleh, tak naklah orang bercakap umur muda lagi tapi kulit dah macam orang senja kan. Itu yang paling aku takut ni.
Bila L’Oreal Paris ajak aku ke media briefing pasal penjagaan muka anti-ageing ni memang berdesut aku amik cuti untuk ke Blu Med kat The Garden Mall ni. Yelah ko ada ubat untuk cantikkan kulit mestilah dengan pantas kan.
Best media briefing, diorg arrange into small group. Jadi tak de sesak sangat kan, nak tanya soalan pun takde segan sangat. So yang ada pada hari tuh cuma aku, jenjupiter dan rane je.
Memang betul L’Oreal ada keluarkan produk anti-ageing ni but now diorang dah enhance kan lagi kebaikkan skincare ni. Kita tau kan yang REVITALIFT LASER ni di inspirasikan daripada Intense Pulsed Light (IPL) untuk mencegah bintik hitam dan merangsangkan kolagen untuk kesegaran dan complexion muka yang cantik tapi dengan hanya menggunakan creme skin care. So tak yah nak pi buat laser bagai.
Kandungan PRO-XYLANE tu menguatkan lagi keupayaan kolagen untuk membekal sumber-sumber ini ke seluruh kulit muka kita. Dengan hanya 3% PRO-XYLANE dalam setiap formula skin care,ianya terbukti berkesan dari segi
- 85% bersetuju pori-pori muka mengecil
- 89% bersetuju kedutan dapat dikurangkan
- 94% bersetuju kulit muka menganjal
Lagi plak, baunya sangat harum cam bau bunga-bunga gitu. Sedap sampai rasa nak makan.
Dalam REVITALIFT LASER X3 range ada 3 menda iaitu:-
Renewing Anti-Aging Serum (RM89.90)
Renewing Anti-Aging Cream (RM69.90)
Anti-Aging Transforming Eye Cream (RM54.90)
Cara pemakaiannya cam biasa lah. Bersihkan muka dengan cleanser, letak toner then baru letak REVITALIFT Serum ni sket. Kemudian biarkan seminit untuk SERUM ni meresap. Masukkan jari korang slowly dalam REVITALIFT Cream dan sapukan ke seluruh muka dan juga leher. Kemudian baru pakai REVITALIFT Eye Cream kat mata.
Senang je kan.
Anyway thanks to L’Oreal Paris team coz sudi menjemput aku. Bertambahlah ilmu aku hari dan korang yang membaca entry aku ni kan. Semoga korang pun cun jugak dengan REVITALIFT Laser X3 ni.
Itulah aku ni baru je start cuba 2 hari dah. Rasanya lama betul nak tunggu 3 bulan as resultnya cam ne kan. Hopefully dapatlah hilangkan tanda-tanda yang tak sepatutnya kat muka ni ek.
8 comments :
wah boleh cuba juga ni... he he he... Farah bab2 beauty products ni memang cepat jer... he he he...thanks for sharing kak lily...
wahhh... untunglah ada orang menjemput dia....
laaa... ingatkan pergi laser .. rupenyer loreal ni.. bersungguh bace tauuuu...haha
Dah lama SA x guna product loreal ni..dulu masa umur 20 an mmg guna product loreal tp bukan la revitalift ni...skrg if nk guna agak2 terlambat x?
akak pun baru jer 3 hari cuba...lembut tu memang terase la...yg lain2 belum
Cream tu sesuai unt siang ker? X ada ada night cream ke? Dan adakah cream ni berminyak???
Boleh syorkan x..yg mana sesuai untuk jeragat yer
Saya try eye cream dia mcm best la... Selesa dan menegang
Post a Comment