Friday, March 29, 2013

Suami Wajib Buat Nie Pada Isteri


Hi Korang,


Pepagi Jumaat ni, meh aku citer sket pasal kisah SUAMI dan ISTERI ni. Alah sket jelah

JOM!




1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.


4. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

5. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

6. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!



7. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

8. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?



Ok cukuplah 8 ciri-ciri dulu kan. Sebenarnya banyak lagi but nanti lah aku sambung.So suami-suami yang  suka lepak kat blog aku ni, jangan lah marah ye bukan nak kondem but its true gak la..

Silalah hargai perempuan-perempuan di sekeliling korang ye..


Salam Jumaat...



info dan pics : google.com




10 comments:

  1. Hi Lily Putih,
    I am Angeline Lee, co-owner of Party Hat team. I would like to invite you to join our Review & Reward Program. Please refer to this link:
    http://partyhatmy.blogspot.com/2013/03/review-reward-program.html

    If you are interested, please write to partyhat.my@gmail.com..You may write in Bahasa too..Thx hearing from you soon...

    Angeline Lee

    ReplyDelete
  2. tips yang bagus untuk pasangan suami isteri.... tapi kalau yang bab KENTUT yang tak tahan tu....hahahaha

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ciklily...menarik2 n3 ni boleh membantu semuanya...;)

    ReplyDelete
  4. Seyuju.. tapi yg paling best bila part kentut tu.. hehehe :)

    ReplyDelete
  5. masih ada lagi suami wat mcam tu kat isteri...

    ReplyDelete

Korang mesti nak komen kan? Hah cepat2 tulis kan sini okeh!