Hi Korang,
Bila dapat jemputan dari Tony Roma‘s® untuk mencuba menu terbaru mereka, aku dalam hati dah bercakap janganlah kambing. Memintaklah Bountiful Beef Rib ek.
Tup-tup bila sessi briefing, diorang cakap Lamb Ribs je hati aku dah mula hancur. Nampaknya aku tengok je Mr Big telan kambing sesorang dengan senang hati coz tak payah nak berebut dengan aku. Ermm tak perlah boleh makan side dish je, no problem.
Memang kita tau, kalau western restaurant kat Malaysia ni memang main dishnya beef (daging lembu) so kecian plak pada mereka-mereka yang tak boleh makan lembu ni (disebabkan agama or kesihatan or memacam lagi) itu yang mendatangkan idea pada Chef Adam tuh. Kiranya ada pilihan bagi mereka-mereka yang mengemari kambing ini.
Bila aku tanya mengenai resipinya, Chef Adam cuma cakap yang daging kambing ini di import dari Australia yang telah siap di custom made potongannya especially untuk Tony Roma‘s® Malaysia. Memang betul-betul special. Cara marinate, ingredients semuanya ilham beliau.
Memang kita tau daging lembu bahagian rib ni camne rasanya kan. Di tambahkan plak dengan sos-sos marinate dan sos masak di grill tu memang sedap. Lembut.
Ok restoran Tony Roma‘s® ini mempunyai 6 outlet iaitu di Sunway Piramid mall, eCurve, The Pavilion KL, The Gardens Mid Valley, 1 Mont Kiara dan yang terbaru Setia City Mall
Jom LIKE Tony Roma’s di facebook Tony Roma's Malaysia dan juga di official mereka http://www.tonyromas.com.my mana tau kot-kot ada promotion ke diskaun yang best-best kan.
Jom makan!
Aku bukan geng makan kambing punya orang.
Serious, memang aku tak makan kambing coz dulu pernah terkena sekali dengan baunya hamisnya, loya tekak dibuatnya membuatkan aku terus BANNED kambing dalam wishlist aku. Alah tak mati pun kalau tak dapat makan. Ok je.
Until aku di convincekan oleh Ms May Tan dan Chef Muhammad Adam Mah iaitu orang yang created menu Lamb Rib ni baru aku terbuka hati untuk cuba.
Meh kita dengar apa Chef Adam nak cakap sket mengenai menu Lamb Ribs yang telah memenangi ‘Brand Innovation Award’ dari Romacorp dah diikuti oleh ‘Best Operator of the Year 2008 dan ‘Best Brand – American Casual Dining 2009’ ini.
Mr Big dengan Chef Adam
‘It was a painstaking process to develop the Lamb Ribs, from conception to perfecting the seasoning so that it is palatable to Malaysians of all races. We wanted to make sure the Lamb Ribs would not just be another addition to the menu but a dish that could stand up to scrutiny from our loyal diners’.
Chef Adam telah menceburi di dalam industry F&B ini lebih dari 25 tahun dan mempunyai pengalaman bekerja di pelbagai hotel 5 star di merata dunia dan rangkaian makanan antarabangsa sebelum mengembangkan sayapnya di Tony Roma‘s® Malaysia.
Apa tunggu lagi, jom makan.
Mengikut tradisi makan di Tony Roma‘s® ni, para pelanggan di pakaikan ‘BIB’ ye bagi mengelakkan baju terkena sos tau. Comel plak bila aku tengok kena pakai bib, cam kanak-kanak riang je.
Ktorang dihidangkan dengan 2 dish iaitu Beef Shorts Ribs dan Lamb Ribs.
pakai tangan je udah
siap tutup mata bagai
Dagingnya juicy, lembut. Sekali tarik je terus senang masuk mulut. Langsung tak de bau kambingnya. Rasa bukan macam kambing lah. Sos plum memang terasa. Aku plak makan pakai tangan so apa lagi terus menjilat jari dibuatnya.
Tinggal tulang je uols!
Bagi aku ini adalah pengalaman pertama aku makan kambing setelah sekian lama kan, memang totally salah perception aku, rupanya sedap lah. ishkk...
Lepas makan lamb ribs, terus je pi main VuVuZela kat Sunway Lagoon ni tau.
Thank you pada Ms May dan Chef Adam serta Tony Roma‘s® team kerana sudi menjemput ktorg ni, next visit ke sini nanti memang menu Lamb Ribs ni akan jadi pilihan pertama aku.
Jom makan!
8 comments :
ah bestnya. kita sama tak suka makan kambing. dulu kt TR ni mkn fillet dia sedap giler. tp nampak tempting giler je dia punya lamb tu fuhh
Nampak daging dia tu macam lembut.. Tapi syg Nurul pun mcm akak x makan kambing.. :(
menikmati sungguh akak makan.. lapar plak tgk.. big portion.. :)
fuhh..meleleh lak air liur nengok ribs ni..
Sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap nampak. Memang kena terjah TR niee,.. terbayang fried mushroom nyaa.
perghhhhhhh shedappppppppp
uiii.... ruginya tak dapat kunyah tulang kambing tu...hahahaha....tapi tengok bahan marinated tu mesti berselera makan kan....
CIK LILY.....SA baru je pi makan kat the ship damansara semalam...tgok gambar2 ni..terus terasa nak makan lagi...pssttt..kambing sedap kan? i pencinta kambing...
Post a Comment