Monday, March 18, 2013

Jim’s Burger & Breakfast, Shah Alam Sangat AMERICAN Style!


Hi Korang,
Bila tuan punya Jim’s Burger and Breakfast ni Wawa approach aku personally ke café dia ni aku macam tak caya pun ade.
Cam ne orang cam aku ni dapat kepercayaan untuk buat food review kan. Hebat sangat ke aku ni, walhal menulis pasal makanan ni memang suka-suka je. Kata Mr Big alah tak baik hampakan orang, jomla kita cuba rasa dulu, sesuai dengan tekak kita ke tak.

So based on experience pasal makan selama ni, ktorg pun pi lah ke Shah Alam last weekend.
Tak susah pun cari Jim’s Burger and Breakfast ni, sekali imbas je aku tengok map yang Wawa email kan. Just nice ktorg sampai during lunch time. Crowd pun biasa je. Tokey kedai Wawa ceria je menanti food critic sampai kan. Tup tup boleh confius jap bila masuk kedai ni, coz interiornya macam kedai nasi beriani but bila Wawa dah citer semuanya baru lah ktorg tau. Diorg tak ubah apa-apa pun lagi dari previous tenant coz kedai ni baru je beroperasi dalam 6 bulan gituh, slow-slow la.

Jim’s Burger and Breakfast ni berkonsepkan American style. So korang jangan nak berangan cari nasi goreng ke, mee goreng ke apa-apa malay food. Menu semuanya American food burger, french toast, fries dan memacam lagi. Mr Big kira kat menu ada lebih 13 menu based on menu yang di tampal dekat meja makan.  Bagi aku ok gak coz customer tak yah nak mintak menu. Sesampai je duduk dan boleh start belek apa yang nak di makan kan.

Kalau student lagi untung, ada set promotion dan discount untuk korang. Tengok jelah kat menu special tu, murah sesangatlah.


Lepas order aku terus pi merayau keliling restaurant ni. Yang uniknya dekorasi kat dinding tu, dihiaskan dengan testimonial customer yang pernah makan kat sini. Rata-ratanya memuji keenakan makanan kat sini. Ermm not bad testinya. Kebanyakkannya sukakan Philly Cheese Steak Burger. Nasib baik aku order kan, so bolehlah rasa kehebatannya.

Mr Big plak makan cream puff yang disediakan as complimentary dish sampai nak tunggu main dish sampai kan. Kira kalau bawak bebudak tak delah diorg meragam lapo coz ada je makanan.

Lupa plak, diorg belum pasang ASTRO lagi ye still dalam proses tapi diorg ada sediakan big screen untuk main game thru playstation, any game tau specially bola lah kan. Ada jugak kalau kena time, diorg akan pasang movie dan pasang siaran bola sepak kalau ada LIVE game.
Ok ok food is ready to makan. Jom tengok apa yang ktorg order.
Grilled Lamb Roll RM10.50
Beef Bacon Roll RM7.00

The Big Jim RM13.50 must try
Pizza steak RM16.00
French Toast
Hershey Chocolate Milk Shake (L) RM9.50
Pineapple Milk Shake (L) RM9.50

Unikkan diorg letak dalam bakul comel-comel cam ni. Makanan tak tumpah. Colourful lagi. Banyak plak yang nak dimakan ek boleh abis ke. Alah kata pun food review, haruslah makan bebanyak hehehhehe..

Sos-sos mesti ada. Cili sos, mayonis dan Tabasco sos disediakan bagi menambahkan lagi kesedapannya dan keenakkan ye.
Jemput makan dulu ye, korang tengok je.
Mr BiG order ni

sedap cheese steak ni

nGanGa beso lagi lah

still tak muat nak masuk semua

Giler korang nak mengabiskan semuanya ni. It takes time wokeh!
Overall:-
Portion bagi setiap dish memang terbaik. Besar dan banyak. Kata husband Wawa, beso barulah kenyang. Rotinya kalau lambat makan sket cam aku yang sibuk amik gambo ni memang chewy. Mr Big makan Grilled Lamb Roll tu pepanas sedap je lembut rotinya. Setiap hidangan disertakan dengan French fries yang panas-panas dan ada setengah dish di letakkan pickles. DaGing beef bacon tu terbaek ooo, rasa smokednya wanGi sanGat, lembut plak tuH.
Meh tengok saiz patty (daging) dari The Big Jim dish.



Dagingnya lebih tebal dari ibu jari Mr Big yang debab tuh. So korang boleh agak berapa ketebalannya. Takkan aku nak amik measuring tape plak.
Bagi ktorg memang sesuatu yang unik untuk dicuba. Lagipun plak young generation cam kita ni seleranya pelik-pelik sket. Siang malam makan burger pun tak de masalah. Yang penting sedap. Even pakcik-pakcik balik surau pun suka melepak kat sini order snacks sambil borak-borak.
Tu nak pi lah kan,  ni tempatnya

Jim's Burgers & Breakfast | Facebook
No 1-07-01, Block 1 Presint Alami,
Pusat Perdagangan Worldwide,
Persiaran Akuatik Seksyen 13,
40150 Shah Alam, Selangor

Bagi student MSU memang dekat lah dengan korang. Betul-betul dekat Tesco Seksyen 13 ni. Tempat ni kalau malam memang pack especially during weekend. Biasalah bebudak lepak-lepak kan sebab ada WiFi free.

Untuk kaki social media cam aku ni, sket nak check in foursquare lah, instagram lah kan, ada special discount untuk korang tau. Tengok kat leaflet tu, ikut je instruction terus boleh dapat 15% discount ye.

Terima kasih kat Wawa dan Hubby coz sudi ajak ktorg ke sini, satu experience yang wortH it laH orang kata.
Daripada duk telan air liur tu je tengok apa aku makan, jemput mai ke sini dan cuba sendiri.Aku dah rasa dan aku rasa level foodnya its quite good.
Sebab tu aku cakap memang AMERICAN style !

12 comments :

Noor Atikah Ramli said...

perghhhhhhh ! sedapnyeeeee

Hidayah said...

wahhh..tergoda..

ok...nanti nak pi try..

:)

*rasa mcm area sana mmg byk kedai mkn best best pun..

Suria Amanda said...

Oh my gucci...xleh tahan la tgok semua tuh,meleleh air liur...

maszull said...

assalamualaikum ciklily....wah meriahnya dgn makanan tu sedap...;)

Berry Lavynia said...

daging tebal... macam best jerr... tapi bukan kt png... :)

AZUE said...

Wallaa...azure mmg minat filed mkn ala2 western nice...nengok died punya bakul tu ala2 bub a bumps..to harga not bad ler...siap ader diskaun lag I...best2

hazman aka species1980 said...

menarik siot....memang tebal dan juicy betul nampak dagingnya....

Anonymous said...

Terima kasih untuk pandangan positive kak lily. Kami sangat gembira kak lily dan suami menyukai makanan kami. Kami juga mahu semua pembaca blog kak lily berkongsi pengalaman kakak. Jadi mulai hari ini, semua pembaca blog kakak yang datang ke Jim's akan menerima diskaun 25% untuk mana2 pesanan makanan. Pembaca hanya perlu memberitahu kami, 'CikLilyPutih.Com' semasa membuat pesanan.
p.s : tidak termasuk minuman dan untuk makan di Jim's sahaja.

~Wawa Ariff~
~Jim's Burger & Breakfast~

Anonymous said...

Terima kasih untuk pandangan positive kak lily. Kami sangat gembira kak lily dan suami menyukai makanan kami. Kami juga mahu semua pembaca blog kak lily berkongsi pengalaman kakak. Jadi mulai hari ini, semua pembaca blog kakak yang datang ke Jim's akan menerima diskaun 25% untuk mana2 pesanan makanan. Pembaca hanya perlu memberitahu kami, 'CikLilyPutih.Com' semasa membuat pesanan.
p.s : tidak termasuk minuman dan untuk makan di Jim's sahaja.

~Wawa Ariff~
~Jim's Burger & Breakfast~

Anonymous said...

Terima kasih untuk pandangan positive kak lily. Kami sangat gembira kak lily dan suami menyukai makanan kami. Kami juga mahu semua pembaca blog kak lily berkongsi pengalaman kakak. Jadi mulai hari ini, semua pembaca blog kakak yang datang ke Jim's akan menerima diskaun 25% untuk mana2 pesanan makanan. Pembaca hanya perlu memberitahu kami, 'CikLilyPutih.Com' semasa membuat pesanan.
p.s : tidak termasuk minuman dan untuk makan di Jim's sahaja.

~Wawa Ariff~
~Jim's Burger & Breakfast~

Anonymous said...

Terima kasih untuk pandangan positive kak lily. Kami sangat gembira kak lily dan suami menyukai makanan kami. Kami juga mahu semua pembaca blog kak lily berkongsi pengalaman kakak. Jadi mulai hari ini, semua pembaca blog kakak yang datang ke Jim's akan menerima diskaun 25% untuk mana-mana pesanan makanan. Pembaca hanya perlu memberitahu kami, 'CikLilyPutih.Com' semasa membuat pesanan.
p.s : tidak termasuk minuman dan untuk makan di Jim's sahaja.

~Wawa Ariff~
~Jim's Burger & Breakfast~

Mee Bandung Bp @ Shah Alam said...

Jemputlah pula rasa resepi warisan Mee Bandung Kuah Kacang (BP) :)

TEH LARIS KAFE
No.21 Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13
Tadisma Business Park
40100 Shah Alam
Buka - 8:00 pagi ke 7:00 malam Setiap Hari KECUALI Ahad