Hi Korang,
Sepanjang aku duk kat KL ni dah hampir 8 tahun, baru 2 kali je aku ke Ikan Bakar Bellamy kat Jalan Istana ni. Itu pun ada orang bawak.
Kalau tak, langsung tak tau uolls
Ramai orang cakap kat blog, kalau nak ke sini mesti awal or lepas kul 2pm coz time-time puncak lunch hour ni memang pack gile. Dah nama pun time makan, haruslah penuh dengan manusia yang kelaparan.
Dah nama pun ikan bakar Bellamy, dah tentu-tentu order ikan bakar. Aku memang akan pilih ikan pari bakar yelah all time favourite. Lagipun sedap, rasa cam manis-manis gitu. Di tambah plak dengan sambal kicap yang tak berapa nak pedas dan tak berapa manis memang terus terbuka selera nak abiskan ikan ni.
Boleh gak pilih nasi campur atau ratah cam tu je. Aku letak lauk lemak putih taugeh, sambal cili sket dan juga cencaluk. Terbaek ooo
Inilah co-pilot aku merangkap tukan bayar harituh. Maklumlah orang baru balik dari site, duit allowance tu banyaklah kan. Berape sangatlah ikan bakar tu makan untuk 3 orang. Tapi sotong bakar mahal tau RM12 seekor, ermm tak delah besar sangat pun.
Inilah kedai yang ktorg makan hari tuh Gerai Seri Melaka. Nampak kedai ni je yang tak ramai orang berbanding dengan kedai sebelah yang nak duduk pun tak de meja, apatah lagi nak mengambil ikan bukan main panjang beratur sampai keluar-keluar kedai.
Ingat tau korang, nak datang ke Ikan bakar Bellamy ni mesti awal coz kalau tak susah nak dapat parking. Nasib ko tak baik kena parking jauh sebelum pintu istana lagi ek.
Lagipun deretan kedai bukan kat tepi jalan Istana lama tu tau, korang kena masuk ada simpang kecil sebelum naik flyover ke DBP. Kalau dah miss kena buat 1 big round again. Rasanya itu je satu jalan je kot.
Jangan bimbang, tandas awam dekat je kat situ. So kalau ada hal emergency nak terkucil ke nak terber.. ke senang.
Nak senang, nah ni locationnya
Ikan Bakar Medan Jalan Bellamy,
Bukit Petaling, 50480, Kuala Lumpur
GPS Coordinates: N3 07.835 E101 41.686
Apo laie, moh pi makan lapo dah ni
Selamat makan korang !
12 comments :
siyes terliur! ^^
selalu dengar jer orang sebut tapi x berkesempatan pun nak pergi sini.
diriku sedang terliur..gulp
azue pun dah lama giler x mkn kat sini...jauh sgt pun yer...mls nak sesak2 pun yer jugak...huhuhu
azue pun dah lama giler x mkn ikan bakar kat sini.. x sanggup nak bersesak2 mkn n berkejaran time balik opis balik..huhuhu
lama x makan ikan bakar belamy nih...
tu laa... selalu je dengar akan kesedapan ikan kat sini....
Selalu jugak pegi sini...mmg terbaekk...
lama dah x pi sini...
nak kena try jugak ni..hehehe
fuhh..rasa geram plak tengok ikan tu.
Memang sentiasa orang makan di situ...
Post a Comment