Hi Korang,
This is 48 hours sponsored post,
kindly scroll down for new entries.
Aku sendiri pun baru tau pasal
program Chef Selebriti 2 anjuran Berita Harian (BH) dan Gas PETRONAS ni. Kalau
mak aku tau confirm dia pun nak join sekali, nak tunjuk skill katanya.
Takper lah mother, lain kali la
jawabnya.
Daripada 100 penyertaan bagi
kategori individu dan 50 penyertaan dari kategori professional yang di terima,
seramai 20 chef terpilih bagi kedua-dua kategori untuk ke peringkat separuh
akhir berdasarkan borang penyertaan yang di hantar berserta gambar bersama
masakan, 1 set senarai resipi (pembuka selera, hidangan utama dan pencuci
mulut) dan 10 kepala akhbar BH dan 1 penutup silinder Gas PETRONAS.
Majlis pengumunan peserta separuh
akhir yang di adakan di Bangsar turut dihadiri, Pengarang Kumpulan BH YBhg
Datuk Mior Kamarul Shahid, Pengurus Besar, Bahaian Perniagan Gas Petroleum
Cecair (GPC), PETRONAS Dagangan Berhad, Puan Nik Faizanira Nik Affandi dan
Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Encik Mahfar Ali.
Format pertandingan
bagi Chef Selebriti Musim Kedua ni
Kategori Individu
DIbenarkan membawa seorang
pembantu dapur ketika pertandingan dan membawa bahan masakan berdasarkan resipi
yang di hantar oleh peserta kepada pihak BH
Kategori Profesional
TIDAK dibenarkan membawa seorang
pembantu dapur ketika pertandingan dan membawa bahan masakan tetapi pihak
penganjur akan menyediakan bahan masakan sebagai kejutan untuk menguji
kebolehan para peserta dalam menyediakan surprise ingredients.
‘Uniknya pertandingan ini bukan
sekadar menari individu yang pandai memasak, juga mempunyai personality menarik
serta berupaya menawan hati penonton dengan pengetahuan dalam bidang masakan
dan kepetaan berbicara’ kata Datuk Mior Kamarul Shahid, Pengarang Kumpulan BH.
Pihak BH juga mengumumkan tempat
pertandingan separuh akhir yang akan di adakan pada 1 Disember 2012 di AEON
Bukit Tinggi Klang dan pertandingan akhir pada 15 Disember 2012 bertempat di
Piazza E@Curve, Mutiara Damansara Selangor.
‘PETRONAS Dagangan Berhad (PDB)
amat komited untuk memainkan peranan besar dalam mencungkil bakat-bakat baru di
kalangan peserta bagi memupuk pembangunan industri masakan tempatan.
Pertandingan ini juga adalah satu medium untuk kami mempamerkan dan
meningkatkan pengetahuan pengguna mengenai kelebihan dan kualiti Gas PETRONAS
yang merupakan Gas Memasak No. 1 di Malaysia’ kata Puan Nik Faizanira Nik
Affandi.
Sebelum sessi taklimat untuk
kesemua peserta, sempat gak aku tengok demonstrasi masakan daripada Angah
MasterChef Selebriti. Beliau masak Ayam Tango.
Wah kemain meletup lagi nama
masakan tak nak kalah. Ada plak Along Raja Lawak sekali sebagai tukang pengulas
masakan. Kelakar diorg berdua, tak henti-henti orang kat situ.
Ok meh aku citer hadiah yang
menanti pemenang Chef Selebriti 2 BH dan Gas PETRONAS.
Tempat Pertama (Kategori Individu)
RM10,000 dan trofi
Tempat Pertama (Kategori Profesional)
RM10,000 dan trofi + berpeluang
menjadi penulis jemputan ruangan masakan setiap Khamis di BH Famili selama 6
bulan
Tempat Kedua (Setiap Kategori)
RM2,000 dan trofi
Tempat Ketiga (Setiap Kategori)
RM1,000 dan trofi
Tempat Ke-Empat Hingga Ke 10 (Setiap Kategori)
RM100 dan trofi
Menarik kan hadiahnya, boleh buat
tambah-tambah modal berniaga bukak kedai makan kan.
Eh nak bagitau korang ni
Gas PETRONAS juga telah
memperkenalkan system penghantaran ke rumah melalui talian 1-300-888-GAS (427)
‘Bukan Sekadar Menghantar Gas’. Dengan 1 talian untuk dihubungi, pelanggan akan
mendapat pelbagai faedah sampingan seperti mata ganjaran Kas MESRA dan pemeriksaan
keselamatan percuma daripada krew penghantaran yang terlatih.
Bestlah service cam ni, untung
yang ada Kad MESRA. Memacam boleh buat kan.
Ok ok apa-apa pun kita tunggu nanti pertandingan separuh
akhir Chef Selebriti 2 ni, mana tau ada peserta favourite pilihan kita kan.
Aku kalau dapat invitation pi pertandingan ni, haruslah tak lepas peluang kan.
2 comments :
wah..bestnya..siap ada along rajalawak lagi..hehehe
baru selesai undi blog ni utk tugasan ke 3
jgn lupa kita sama yek
http://www.anakulucheka.com/
Post a Comment