Tuesday, November 6, 2012

Samsung ATIV Smart PC Media Launch


Hi Korang,

Tablet, tablet, tablet memana sekarang semua orang ada tablet sorang satu. Cuma aku je yang belum ada lagi, rasanya belum jumpa spec yang aku nak. Better simpan duit dulu.


Bila Samsung keluarkan ATIV Smart PC dengan Window 8, aku jadi pelik. Kenapa plak Samsung ni duk sibuk kuar notebook kecik yang sama cam saiz tablet kan. Then masa pi launching hari tuh baru lah tau yang Samsung ATIV Smart PC ni rupanya boleh bertukar menjadi tablet dengan cabut je keyboard tuh.



Launching di adakan di Bridge Bar G-Tower yang sangat simple. Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Mr Kwon Jae Hoon pun baca speech dari Samsung ATIV Smart PC ni. Yelah boleh tanggal-tanggal kan, so senanglah nak bawa.


Dilengkapi dengan sistem yang dinanti-nantikan operasi (OS) Window 8, kuasa pemprosesan dan pelbagai ciri-ciri yang di dalam OS baru, semua membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan Samsung ATIV Smart PC Pro pada tahap yang baru, manakala meningkatkan produktiviti.


Ni aku attach specification untuk Samsung ATIV Smart PC



Ni plak untuk Samsung ATIV Smart PC Pro


Ia dikuasakan oleh generasi ke-3 Intel Core i5 dan ciri-ciri S Pen dibina dalam yang Samsung ATIV Smart PC Pro menawarkan perspektif yang berbeza kepada kategori baru Samsung peranti pengkomputeran, di mana pengguna boleh mengalami pengalaman sebenar menulis dan lukisan pada tablet, menjadikan ia lebih mudah bagi pengguna untuk mendokumenkan penemuan mereka, membuat suntingan kepada dokumen dan kreatif meluahkan perspektif.



Aku pun sempat gak mencubanya walaupun sekejap je, maklumlah ramai sangat IT geek yang nak membelek device ni kan. Bagi chance kat depa nar..


Rasanya dengan hanya ketebalan 11.9mm, tak jadi masalah kot nak usung ke sana kemari untuk jadi peneman di kala bosan. Di tambah pula dengan Samsung’s SuperBright Plus 11.6-inch Full HD (1920x1080) LCD display lagilah syiok layan movie or video music kan.


The new Samsung ATIV Smart PC Pro ni dipasarkan dengan harga dari RM3,599 dan manakala ATIV Smart PC bermula dari RM2,499 satu set. Kedua-duanya boleh di dapati di Samsung dealers yang berdaftar.

Nak tau lebih details mengenai produk Samsung ni, layari lah dihttp://www.samsung.com/my

Apa lagi simpan duit sket ye...





2 comments :

hazman aka species1980 said...

tengok advert pun dah gempak... pegang live lagi best nie... anyway teringin nak cuba windows 8 nie

Adam said...

Rm 2499 ye.. agak murah.. Rasanya nak beli ni ke Macbook?