Wednesday, November 21, 2012

Pengalaman Temuduga Kerja Setelah 5 Tahun


Hi Korang,

Kan aku dapat offer untuk pi interview hari tuh.

So dengan hati yang tak berapa nak tenteram, aku pi lah dengan Mr Big sebab dia cakap session aku pukul 11.00pagi dan amik masa lebih kurang 30 minit je cam tuh. Tak de lah Mr Big tunggu lama kan.

Aku sampai awal dalam kul 10.40pagi. Sesampai je register apa yang patut then pi lah tunggu kat tempat yang ditunjukkan


Masuk je ada 4 orang lelaki tengah duk menunggu gak. Ooo kiranya hari tu macam Interview Day kononnya. Mr Big malas nak masuk, dia kuar pi jejalan area Ara Damansara ni.

So menunggulah aku dengan penuh harapan yang masa interview tu sekejap je.

Then

Cuba teka aku kena panggil interview berape?

Teka lah ermm salah

Last chance, ermm salah TETTTT!

Jawabnya kul 2.00petang.

Boleh?

Bayangkan dari pukul 10.40pagi aku duduk kat kerusi tu tak bangun-bangun sampai kul 2.00petang baru diorang panggil masuk interview.


Surfing tu dah memanglah, dah agak bosan aku terus tertidur sampai Mr Big tepon baru sedar. Uishk waktu bangun tu aku memang dah nak balik dah but Mr Big cakap sabar sket tunggu je kejap. Tup-tup baru dia panggil masuk. Aku masuk  bilik interview tuh, dengan rambut serabai, mata yang separuh bukak.

Teruk betul aku rasa lah!

Boleh interviewer tu mintak maaf coz overrun the interview? Dalam hati aku, nak je aku tumbuk diorg ni but sabar je dengar dulu apa diorg nak cakap.

Interview berjalan lancer walaupun aku jawab dengan ikut suka je apa yang aku tau. So far HOD Dept yang nak cari staff tu, puas hati dengan experience aku. Malah dia mengaku yang aku ni lebih expert dari existing staff dia. Hehehehehe bangga kejap mak tau tapi tak riak ye.

Bila discuss bab gaji ni yang aku tak boleh blah. Dengan requirement keje yang agak demanding, diorg cuma boleh tambah gaji aku 5% dari apa yang aku dapat sekarang ni. Wei mana boleh duit toll sebulan pun tak lepas. Malah kalau boleh nak bagi sama cam company aku bagi sekarang ni.

Haruslah jawapannya TIDAK kan. Elok-elok aku keje dekat dengan rumah nak pi site pun senang, nak kena keje jauh plak. 

Dengan tak de segan-segan, aku terus je reject offer diaorg tuh.

Tergaman sekejap diorg berdua kan, sambil siap cakap belum pernah ada orang reject offer kerja time interview. Inilah first time. Aku pun terus cakap, bukan aku nak cakap besar but if diorg still stick dengan offer sebegitu gak tak perlah. Tujuan aku pi interview ni untuk salary increment but nak buat charity.

But HR manager tu pandai, pujuk aku cakap akan negotiate balik dengan management diorg.

Lepas je kuar dari bilik tu aku senyum sendiri. Bila fikir balik, rasa cam kurang ajar plak buat cam tu masa interview tadi kan.


Masa citer balik dengan Mr Big, dia pun kira cam sokong gak cakap aku kan.

Anyway ni satu experience bagi aku dalam negotiation salary kan. Kalau kita betul-betul boleh kerja rasanya akan ada je orang cari kan. So bersabarlah

Korang yang baru-baru belajar nak pi interview ni, jangan ikut perangai aku ek.



13 comments :

Ratu Hatiku said...

Betul tu...kalau gj yg dibagi setakat lbh berapa sen jerk baik xpyh accept. Bukan x bersyukur tp dlm keadaan ekonomi sekarang nie serba serbi mahal..

Eliss said...

laki aku pun sama la mcm ko. dia lagi sedap, masa dlm telefon lagi tanya gaji dah.berapa boleh kasi,so ms iview nanti senang x perlu nego2 psl gaji dah. psl tu tak tukor2 keja gamaknya, demand tinggi. kah kah kah

Unknown said...

kalau 5% jer memang x berbaloi lah kak Lily.. Dah lah lama menunggu lama untuk di interview..

miss scofield said...

hurm..pelik....aa company kat msia...
tang nak offer gaji....slalu ciput....
kena aa consider cost of living n tanggungan etc....

asyik fikir nak save cost je....bile hired unqualified staff...tuh yg jahanam company...........coz the staff not usually boleh deliver work beyond expectation.....

transformed housewife said...

kalau mmg offer tak bagus, takpela reject awal2. lgpun kerja skrg pun ok kan.

SURIA AMANDA said...

cik abg SA suka jer pi suka2 interview..test market..at last baru2 ni dia dpt kerja kat Archema Malaysia...gaji demand sikit jer..

El-Zaffril said...

Weh... kalau 5% tak berbaloi... kalau 20% boleh la consider sikit... tapi memang tak boleh la kalau 5%... atleast up RM500. Baru kire ok sikit...

Myvitrd said...

perggg memang beranilah.. hope yang offer job tu balik fikir semula.. mana tahu dia offer lebih 40% dari gaji sekarang ni.. amacam terima tak? hehehe

isabelle frankly said...

bagusss.aku setuju dgn cara ko tu.
hope u get the job with a higher pay

boni kacak said...

tapi memang betul pun apa yang ciklily buat tu.. apsal dorang nak demand sangat?? padan muka.. tak dapat hire seorang pekerja yang hebat...

hazman aka species1980 said...

hurmmm....nasib baik ko bawak network leh gak online....biasa orang bawak file resume je kan....anyway aku sokong tindakan ko tue kan...dah cakap ko better than their staff tapi offer ciput...huhuhu

esmiera said...

Wah aku respek la ko boleh ckp ngan dorang mcm tu....tp betuii juga apa ko ckp...kena pk semua kosss.....hehehheh

esmiera said...

Wah aku respek la ko boleh ckp ngan dorang mcm tu....tp betuii juga apa ko ckp...kena pk semua kosss.....hehehheh