Tuesday, October 2, 2012

Belajar Muay Thai Dengan The Golden Elbow @ Dragon Muay Thai Club


Hi Korang,


Marital arts memang tak de dalam list aktiviti aku. Yelah bersenam pun malas inikan plak nak menumbuk orang kan. Aku kureng sket bab-bab gaduh ni.


Until one day, aku dapat invitation untuk pi belajar muay thai kat Dragon Muay Thai Club kat Jalan Alor Bukit Bintang ni. Cam biasa aku paksa gak Mr Big teman coz ini first time aku nak pi ke tempat ni. Nasib baik aku dah google siang-siang so tak delah sesat.




Once semua dah ada, baru lah training pun start. Ktorg belajar 8 basic step untuk Muay Thai ni. Yang penting tangan mesti cover muka. Itu memang kena ingat sangat. Kalau kaki ko power cam ne pun but muka tak cover memang ‘choi’ lah.





Satu per satu step aku dapat ikut, dari atas sampai ke bawah. Ramai coach yang berada keliling ktorg ni bagi tunjuk ajar. Salah sorangnya iaitu Faizal ‘The Golden Elbow’ Jaguh Dunia wakil Malaysia dalam sukan Muay Thai. Orangnya baik sangat, bagi penerangan pun jelas. Tak langsung garang senyum je.



Nasib baik aku tak de nak bermake-up sangat kan. Tak sampai 5 minit, segala peluh jantan semua keluar. Baju dan seluar ni dah abis basah. Taklah rasa penat pun.



Actually Muay Thai is more to exercise yang macam menari. Korang kena memulakan langkah mengikut lagu yang di pasang. Kalau korang pernah tengok Muay Thai kat citer Siam tu kan diorg ada pasang lagu, so cam tu lah. Sambil bersenam sambil menari.





Ktorg dapat juga tengok Faizal Ramli dan Ali Yaakob (Malaysian Team Captain) berlatih macam bertanding. Hah ko, siap panjat-panjat lagi. Hebatlah walaupun Ali tu badan kecil tapi kuatnya bukan main lagi.





Abis 2 1/2jam ktorg berlatih. Rasanya aku dah boleh practice basic step Muay Thai ni kat umah. Nampak cam susah pun bila dah buat rasa cam seronok plak.



Abis je ber Muay Thai tu ktorg di jamu dengan pelbagai jenis pizza dari Papa john. Hah ko dah penat-penat bersenam, bila dapat makan pizza hilang terus penatnya.





Hah nak pi tengok tak Muay Thai Challenger ni, alah minggu depan je.



Thailand Vs. Asia under Thailand Vs. Challenger Series
Date : 9th October 2012
Time : 7.00 pm
Venue : Sunway Pyramid  Convention Centre

Eh, Diana Danielle pun ada sekali masa ni nanti coz dia Duta untuk Saved My Life Workshop ni.Mesti lagi gempak punya lah. Memintak gak lah aku dapat pi tengok Challenger Fight ni, boleh tengok cam ne Faizal dan Ali bertanding.


Anyway thanks Nuffnang dan Dragon Thai Club for this special invitation ni. At least anything happen to me, aku boleh protect diri aku kan. Sambil-sambil tu kira macam bersenam gak kan.


7 comments :

Eliss said...

boleh bikin kurus ni :)

hazman aka species1980 said...

dua jam layan muay thai...memang gempak laaa.... mesti semangat nak training pulak lepas nie...

SURIA AMANDA said...

huh ganas..tp bagus kan utk mempertahankan diri..

Wilma said...

Bestnya :-)
Lepas belajar...makan pizza...
Jelesnya ^_^
Nak join tapi jauh sangat2 ^_^

Shaffiq Aiman Junior said...

Bleh bagi alamat tmpat ni

Shaffiq Aiman Junior said...

Nk alamat tmpat ni

Unknown said...

Your confidence level will be lower when you think of such lackings.That is why you should be ready with your all battle weapons. Brazilian Jiu-jitsu in Connecticut