Monday, August 13, 2012

Buka Puasa ‘Mari Beramal Bersama Colgate’ @ Restoran Nelayan Titiwangsa, KL.


Hi Korang,


Last week aku dapat jemputan ke buka puasa dengan Colgate ni di Restoran Nelayan Titiwangsa ni. Dah Churp2 & Colgate jemput haruslah tak tolak kan. Makan tuh rugi rasanya tak pergi kan.


Actually majlis ‘Mari Beramal Bersama Colgate’ ni adalah acara kebajikan tahunan dari Colgate-Palmolive Malaysia bersempena dengan bulan Ramadhan ni. Acara ni adalah untuk meraikan anak-anak yatim yang datangnya dari institusi pertubuhan yang telah di pilih oleh pihak Colgate.


Sementara menunggu waktu berbuka, ada pelbagai acara yang disediakan untuk anak-anak yatim ni seperti pertandingan membuat kad raya tercantik, ada persembahan istimewa dan pelbagai lagi.

Sejak dari 2008, pihak Colgate Berjaya mengumpulkan RM567,500 keseluruhan 4 kempen yang pernah di anjurkan sebelum ini yang kesemua bantuan derma ini akan disalurkan kepada badan kebajikan yang memerlukan di seluruh negara.  Tahun ini Colgate memperkenalkan charity packs bagi Colgate Maximum Cavity Protection dan Koleksi Kayu Sugi. Dengan pembelian produk ini sepanjang kempen (1hb Julai sehingga 30hb September 2012) di dijalankan, pihak Colgate akan menderma kan 10 sen bagi setiap charity pack dan 20 sen untuk setiap twin pack





Ramai gak bloggers yang hadir macam Zaid, Anakperak, RedMummy sekeluarga, geng-geng Churpers dan Nuffies. Aku semeja dengan Eila (JejariRuncing), Kak Jem (Viruspadu) dan Ceera serta DustyHawk. Hah, berbual tak ingatlah kan sembang pasal nak raya, memacam citer kuar. Bila ambik makanan tuh, penuh semeja maklumlah steamboat kan. So bedal lah itu suka perut.


Bagi kempen ini juga, pihak Colgate telah pun memperkenalkan Facebook page yang bertujuan untuk menggalakkan anak muda Malaysia ini melakukan kebajikan dengan menyebarkan melalui social media.

Caranya, mudah je

Orang ramai boleh membantu golongan anak yatim ni dengan 3 cara iaitu LIKE, PLEDGE dan SHARE.

Setiap ‘LIKE’ di Colgate Malaysia Facebook page, Colgate akan menderma 50 sen kepada badan kebajikan

Setiap ‘PLEDGE’ pula, Colgate akan menderma RM3

Setiap ‘SHARE’ atau dengan kad ucapan kepada sesiapa, Colgate akan menderma sebanyak RM1.

Best kan, so kunjungi website www.facebook.com/ColgateMY dan cuba sendiri. Mesti korang akan suka punyalah.


Lepas buka tu, ada sessi penyampaian hadiah bagi pemenang kad raya tercantik. Suka anak-anak yatim ni bila dapat hadiah kan.


Anyway, terima kasih pada Colgate yang sudi menjemput ktorg berdua ke majlis ni. At least dapat berpeluang meraikan anak-anak yatim ni kan.



9 comments :

Unknown said...

wah.. RM pun ada tu..

Unknown said...

Meriah sungguh.. Sejak dari kecik sampai besar pakai colgate.. dah tak cuba yg lain dah.. hehehe

Eliss said...

bila ntah nk dpt event2 macam ni.kalau dpt pun mungkin kena tolak jugak.

Cik Lily Putih said...

@Boni
RM mestilah ade, tokeh colgate tu

Cik Lily Putih said...

@Nurul
itulah memang dah terbukti sejak dari dulu kan

Cik Lily Putih said...

@elismie
tunggu anak ko beso sket then baru boleh join kan

mommyNadia said...

Cik Lily,
Bak mai berus gigi sponge bob tu kat Adam, boleh..hiks ;)

Afasz said...

wah meriah nye. makanan nampak sedap sgt.

hazman aka species1980 said...

kalau tak silap jumaat lepas kan... time yang aku offer bukak pose burger bakar tue ... huhuhu....haishh tak kesempatan aku nak jumpa si Eila nie...