Hi Korang,
Memang betul rezeki aku bulan puasa ni melimpah ruah, setiap hari ada je yang ajak makan di luar. Kekadang tu sampai terpaksa di tolak dengan baik dek kerana aku dah terima jemputan dari orang lain dulu kan.
Now kali ni, En Hamidon menjemput kami (aku + Mr Big + bloggers lain) untuk merasai sendiri keenakan buffet ramadhan mereka pada tahun ini. Di antara yang hadir ialah FoodBlogger Hazman, Abam Jejai yang kacak bersama K Maz dan juga awek hot dari Pos Malaysia iaitu Zuriey.
Enak KL memang terkenal dengan masakan tradisional melayu lama yang memang lazat. Sudah 2 kali aku ke sini. Kualiti makanannya memang lain daripada yang lain. Cara masakannya macam style mak-mak kita masak kat rumah dan yang penting sekali chef di Enak KL ini langsung tidak menggunakan serbuk MSG dalam masakan mereka. Ermm lebih sihat kan.
Ok makan time, jom tengok apa yang dihidangkan
Daging Dendeng
Pucuk Paku Goreng Bawang Putih
Udang Masak Lemak Nenas
Asam Pedas Butterfish
Udang Sambal Petai
Ayam Percik
Sago Gula Melaka
Pisang Caramel
Nampak macam sket je tapi bila dah makan masyallah, kenyang tak terhingga. Kemudian di sulam pulak dengan minum mocktail yang lazat ni kan.
Menu makanannya ditukar setiap hari bagi mempelbagaikan jenis juadah di bulan ramadhan ini. So tak de para pelanggan bosan asyik makan yang sama je kan.
Korang kalau rindu masakan emak korang kat kampong tapi tak sempat nak balik, meh pi makan kat sini je lah kan
Enak KL
LG2, Feast Floor, Starhill Gallery,
181, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Tel : 03-2141 88973
Email : info@enakkl.com
Harga bagi buffet ramadhan di Enak KL ini ialah RM65.90 nett per adult dan RM39.50 nett per child. Bermula dari 20th July 2012 – 18th August 2012.
So apa lagi, jom ke sini ek
Terus jadi lapar dibuatnya la masa tulis entry nie uhuuhu..
10 comments :
sedpnye
Asam pedas still champion laaa.... tapi yang pasti kali nie makan memang kenyang...
seapnya tengok pisang caramel tu//teringin nak buat la plak..hehe..thanks share makanan sedap2..
tuah badan nampak di blog -- pepatah baru hehe .. syukur kak.. selamat berpuasa
As salam Cik Lily,
Wah! Mabeles!!! Terus terasa nak masak dging dengdeng... tgk udang tu melingkau2..hiks... tpkan udang msk petai tu xnampak pun petainye...hehehe... Untung dpt jemputan makan2... tmpt best lak tu :))
Suka tgk pucuk paku dia...
@saya disini
jom lah pi makan kat sini ek
@Hazman
memanG pun terus kembunG perut mr BiG lah
@ErraH
HHah awak rajjin masak kan, pi buat ek.. mesti sedap punye
@Puan Bee
itulah, rezeki bukan datanG dalam bentuk wanG rinGGit je kan
Post a Comment