Hi Korang,
Intense Pulsed Light (IPL) treatment, pernah dengar tak? Aku pun baru first time dengar jugak tapi kalau buat rawatan laser kat muka? Mesti biasa dengar kan. Cara cepat nak cantikkan kulit kan, gunakan rawatan laser. Cepat tu memang cepat but harga servicesnya tu memang menakutkan. Mana taknya satu sessi tu lebih RM300-600 each tau. Mahal…
Bertitik tolak daripada rawatan IPL inilah L’Oreal Paris mengilhamkan produk kosmestik berteknologi tinggi jeng jeng jeng..
L’Oreal Paris White Perfect Laser™
Produk White Perfect Laser ini mensasar tepat ke bintik-bintik gelap, memperbaiki dan melindungi kulit untuk pencerahan sempurna dalam hanya dua langkah.
So masa di L’Oreal Paris White Perfect Laser Bloggers Briefing di Mid Valley hari tuh, ktorg beauty bloggers ni diberikan penerangan terperinci mengenai produk terbaru dari L’Oreal Paris ni.
Ms Ashley selaku jurucakap bagi L’Oreal Paris menerangkan mengenai bahan-bahan kecantikan yang digunakan di dalam White Perfect Laser ini, cara bagaimana essence pencerahan ini bertindak, kesan penggunaannya dan pelbagai lagi.
Kemudian Beauty Advisor menunjukkan demonstrasi cara penggunaan White Perfect Laser ini satu per satu di mulakan dengan turutan seperti di bawah
1. L’Oréal Paris White Perfect Milky Foam
2. L’Oréal Paris White Perfect Toner
3. L’Oréal Paris White Perfect Micro-Vibration Eye Brightener
4. L’Oréal Paris White Perfect Laser™ Anti-Spot Brightening Essence
5. L’Oréal Paris White Perfect Laser™ All-Round Protection Whitening Day Cream
Time nilah ktorg bloggers ni tanya macam-macam soalan, sampai pening2 Ms Connie kita nak menjawab soalan kan. Siap ada yang bagi opinion tentang packing lagi tau. Hebat tak kuasa bloggers ni hehehehhe
Tak ramai Cuma 8 orang je dijemput oleh pihak PR tapi 5 bloggers je yang dapat hadir coz yang lelain tuh commitment dengan kerja kan.
Selesai je demonstrasi cara penggunaan, ktorg di perlihatkan ke atas sekeping gambar bagaimana kesan wajah seseorang tu jika tiada penjagaan kulit dilakukan ke atas wajah mereka. Hah ko, pigmen, bintik hitam, kulit gelap semua boleh nampak atas gambar tersebut. Jadi takut plak aku di buatnya.
Lebih kurang 1 jam jugak briefing mengenai L’Oreal Paris White Perfect Laser™ ni. Lepas tu ktorg di jemput ke Delicious Café untuk Hi –Tea. Ya ampun, memang sedap nau kuih muih, cakes, biscuits, scones, muffins, pavlova, chocolate kat situ. Semuanya aku bedal tanpa kira kolestrol pun khakhakha
Sememangnya jutaan terima kasih kepada pihak PR dan L’Oreal Paris sendiri yang sudi menjemput ktorg ke event yang amat casual dan santai ni. Hopefully ada lagi jemputan sebegini lagi kan.
Nanti aku citer kat korang mengenai produk ini dengan lebih lanjut ek. Memang tak sabar nak cuba lah sebab dalam masa 8 minggu je kulit muka akan jadi lebih cerah dan bersih kan.
CLP Notes : Ermm tak sabar nak cantik lah kan korang kan..
11 comments :
nak tunggu 8 minggu tue yang hilang sabar tue..hahaha...
mcm2 produk ada dipasaran skrang ni. smpai tak tahu mana satu nak pilih dah. kalau dpt free, seronok jugak :)
nanti story yer...baper hengget...exited ni
hamboiihhh hebat kemaen menda alah ni ek..
waaaahh kena tukar ni cik lily sebab sekarang saya pakai yg aqua.. =)
untung laaaa... nampak produk ni hebat!
Macam best produk baru loreal nih..
menariknye produk baru dari Loreal ni...bleh la try nanti.. :D
syok nye.jd cantik mantik...
Cik lily gne garnier ke gne l'oreal ?
heheheh :p
salam..sy nk letgo loreal paris white perfect toner and night cream.baru pakai 2 kli..harga asal for both items rm68..sy nk letgo rm48..hrga blh kurang lg...pm 01126931736
Post a Comment