Hi Korang,
Sebelum tanya, sila baca entry Day 1 dan Day 2 dulu ye.
Final day, ermm sedih betul nak tinggalkan Awana Kijal Resort ni. Packing baju pun lambat2 je. Kuar dari bilik trus pi breakfast untuk kali terakhir kat Restoran Kampung Meraga Berias ni. Aku bedal nasi minyak, English breakfast dan banyak roti coz rotinya lembut2 belaka.
Sebelum balik tu, ktorg di bawa room tour oleh Pn Suriati Front Desk Manager kat Awana Kijal Resort ni. Macam2 bilik yang ktorg masuk. Di antaranya Premier Room Non See View, Deluxe Suite, Premier Suite. Memang cantik bilik2 kat sini. Nampak exclusive. Ktorg sempat singgah ke Meneri punya suite. Cantik sangat but kat sini tak boleh amik gambo ye.
DiorG da cuba spa ni, best katanya
Kemudian, ktorg di bawa ke Taman Sari Royal Heritage Spa. 5-star wei spa ni.Ada sijil pengikhtirafan lagi tau. Ada memacam package seperti body treatment, aromatherapy massage, foot and hand therapy, beauty centre, hair saloon dan memacam lagi.
Abis sudah tawaf satu Awana Kijal ni. Dari hujung sampai ke hujung lah. Memang menyeronokkan holiday kat sini. Macam-macam boleh buat. Rasanya tak yah keluar dari resort pun ok. Aku kalau nak rileks memang nak ke sini lah. Terasa peaceful sangat, aman damai tak de gangguan langsung.
On the way, ktorg sempat singgah ke gerai Lemang Mak Ngah ni. Deretan gerai ni ada di jalan besar Kemaman – Kuala Terengganu. Alah korang kalau ikut jalan lama mesti lalu jalan ni lah. Sedap lemang Mak ngah ni, ktorg siap dia bagi rasa dengan serunding lagi. Abis semua bebudak ni borong. Aku tumpang makan jelah coz dah biasa makan lemang ni.
Lunch plak ktorg singgah makan kat Hai Peng Kopitiam, Kemaman. Ramai betul orang walaupun time tu dah pukul 2pm. Sempat rasa nasi lemak dan roti bakar serta kopi o ais. Lazat sungguh. Nanti citer nak entry lain ek.
Jalan lagi sampai ke Kuantan plak. Nak singgah beli ikan masin katanya. But jalan yang driver bas tu bawak terasa jauh betul. Aku kan dah biasa area Kuantan ni so tau shortcut yang senang kan. Nama kedai Sin Kee HunG Sdn BHd . Banyak giler ikan masin kat kedai ni. Yang besar, yang kecik semua ada.
Kali ni naik bas terus semua tidur, yelah dah kenyang. Mata of courselah ngantuk lah. Aku dengan Ruby tak berapa nak tidur ni pi kacau orang tidur. Snap sekeping dua gambo diorg ni kan. Hehhehehe
Ktorg sampai Wisma Genting dalam kul 8pm cam tu. Hah ko bukan main lama lagi. Bertolak dari Awana Kijal kul 11am sampai kul 8pm. Ermm 10 jam cam tu lah tapi yang penting enjoy. Penat tolak tepi kan.
Hah, abis sudah entry road trip ni. Later aku citer plak kedai2 makan yang ktorg singgah ek. Kalau nak citer dalam satu entry memang masaklah korang nak baca kan.
Anyway terima kasih sekali lagi Genting Team dan Nuffnang for this special holiday. Hopefully kalau ada lagi meh lah ajak aku kan. I senantiasa sedia berkhidmat.
TQQQQQQQQQQ..
CLP notes : Ada banyak sangat gambol ah, malas aku nak letak kat sini. Kang muak plak korang tengok kan. hehehehhe
DiorG yanG yanG join roadtrip best nie. KoranG leH cHeck it out kat bloG diorg Gak.
Single Bloggers
Jess – http://www.jessying.com
Shannon – http://www.shannonchow.com
Parenting Bloggers
K Red – http://www.redmummy.com
Merryn – http://www.submerryn.com
Madam – http://www.madammondoq.com
6 comments :
siyes besh!
Eh ehhhh kita kenal penyu tu... Sbb kita pun ada jugak , color Red! hehee
pengalaman paling awesome di Awana Kijal
;)
p/s: kak lily link blog sy ada pembetulan, yg sebenarnya
www.nurrcahaya.blogspot.com
;)
happy for u cik lily walopun dlm hati i ni nakkkk je follow u.. keh keh keh...
Bestnya... He he he...
makan2x nampak mewah je.... sedap dan bukak selera betul laa... masakan orang kampung la katakan
Post a Comment