Hi Korang,
Aku selalu makan kat sini but selalunya lupa nak amik gambo lah. Yelah perut dah lapo haruslah bedal tak henggat kan. So recently ni Mr Big ingatkan aku kalau nak buat food review sila amik gambo dulu sebelum makan and yes I did!
Ktorg suka makan kat Milwaukee Steak Corner ni coz ada live band dan jus kedondong asam boi yang mantop.
Restoran Milwaukee Steak Corner ni ber konsepkan western food. Ye sangat western tapi sesuai dengan harganya.
Restoran ni 2 tingkat so yang tingkat bawah tu untuk yang nak lepak2 sambil isap rokok, tengok screen beso ke kan. Aku prefer duk tingkat atas coz ada live band dan berair-cond.
Meh tengok apa yang ktorg makan hari tuh.
Chuross ni as compliment masa tunggu food sampai, ala2 kepok gitu lah tapi ianya cam biskut.
Mushroom soup yang rotinya di jadikan mangkuk sup, by the time sup kering roti pun abis gak. Banyak plak tu.
Hah ini lah jus kedondong asam boi. Kalau cawan dah beso tu tau lah sape punya kan. Haruslah Mr Big, tengoklah saiz badan. Aku je minum blackcurrent comel tuh.
Big Bird Ostrich ni aku punya coz dah lama tak makan kan. Sedap dan lembut.
Mr Big punya Oscar Rib Eye Steak, siap ada udang beso tuh.
Kat sini, sos or gravy di asingkan so pelanggan leh nak letak banyak ke sket kan. Kalau nak sedap lagi, letak sos keluaran Milwaukee Steak Corner ni sendiri sebagai penambah rasa. Ok gak lah.
Hah, korang mesti cam teruja kan bila tengok gambo yang ktorg makan tuh. So nak ke sini, alah senang je
Restoran Milwaukee Steak Corner
No. 13G, Jalan Kasturi 1,
Plaza Kasturi Off Jalan Balakong,
43200 Cheras, Selangor
Direction : Kat tepi jalan menuju ke Jusco Balakong, Seberang jalan tu ada kedai perabot banyak sangat.
Tapi aku rasa ramai orang ingat, kedai ni kedai cina coz the decoration tuh nampak cam bar dan pub je but exactly langsung tak lah. Dari segi harga plak, tak de lah mahal mana pun berpatutan dengan hidangan lah.
Kalau korang leh makan Tony Roman tu selalu, Milwaukee Steak Corner ni korang leh makan tiap2 bulan. Cuma bagi ktorg kalau dah teragak tuh, pi je makan kan bukan susah pun.
Enjoy!
CLP notes : Macam nak makan kat sini lah malam ni. slurrppp!!
18 comments :
best je dpt mkn byk2..eh..rase mcm pasan kedai ni..dulu dok balakong..tapi mmg tak penah singgah..pe kate cik lily letak price sekali kat gambar tu.kan senang nak bajet duit nak bwk masa g sane..hehe
terliur sekejab aku tengok udang2 tu.. huhu.. lapar wei
wahhhhh bestttnyaaa tp jauh dari rumah akak.. kalau tak dah terjahhhh ni hehe
bess tempat ni..nanti leh terai!!
bess tempat ni..nanti leh terai!!
Wah, kita dah lama mencari restoran steak yg best :D
CLP... nanti nak try lah kedai nih,... nyum3
hurmm.... BIG OSTRICH tu cam menarik je.... antara menu yang boleh aku cuba nanti.....
aik..tak kuar pun komen CM smlm..huhu..mmg tak publish ek?
@Cik May
ok nanti update balik dgn harga sekali
@Myvitrd
itulah aku tgk ni pun trus jadi lapo
@Mak dara
itulah kat balakong. ramai org tak tau tpt ni
@Posh76
itulah sedap wei
@Nadya
klu dekat dgn umah bleh try kan
@Kid
itulah jom cuba
@hazman
itulah dagingnya lembut btul
@Cik May
lmbt sket reply sorry
thank you sis, sbb review pasal restoran ni...
mmg selalu lalu kat jalan besar depan restoran ni...
sbb parents tinggal kat cheras, bila balik tu mmg ada nampak...
sblum ni ingatkan tu restoran cina...
that's why tak singgah hehe :D
Post a Comment